Wednesday, September 16, 2009

selamatkah kita?

Ramai yang berpusu-pusu akan pulang ke rumah bagi kebanyakan kampus hari ini. rasa ingin berjumpa serta berbuka bersama keluarga amat membuak-buak serta melonjak-lonjak dihati.
Esok pula sekolah-sekolah diisytiharkan cuti.menambahkan lagi suasana 'homesick' dikalangan mahasiswa, terutamanya bagi mereka yang masih belum boleh pulang kerana ada kelas, assignment & sebagainya..
Namun dalam keghairahan kita pulang ke desa halaman masing-masing perlu diingat bahawa kes kemalangan semakin meningkat pada musim-musim begini. semalam sahaja sudah 1,245 kes kemalangan dicatatkan(laporan dari berita harian). Jadi, penunggang motosikal perlulah berhati-hati kerana daripada kes-kes yang dicatatkan tadi majoritinya adalah penunggang motosikal..
selain itu, kes kecurian dan samun juga semakin meningkat, dari keluarga artis, kakitangan pusat akhbar tempatan hinggalah rumah pegawai polis sendiri..itu baru yang dilaporkan serta dipaparkan dalam paper, tapi yang tak dipaparkan mesti lebih dari itu. tak sangka dalam akhir ramadhan ini ketika kebanyakan umat Islam sibuk mengejar pahala yang berganda, masih ada pihak2 yang tak sedar lagi. masalah sosial seperti 'suami isteri yang belum bernikah' tapi gaya melebihi mereka yang dah berkahwin pun apa kurangnya. sekitar tasik berdekatan masjid putrajaya semalam dicemari dengan permandangan2 yang menjelikkan mata. kalau sekitar masjid pun ada yang berani2,apa lagi tempat lain..bukan nak buruk sangka tapi itulah hakikatnya..segalanya mengotorkan kemuliaan ramadhan.
Oleh itu,ayuh kita sama2 muhasabah hati.. segala amalan kita berkait dengan hati. andai baik hati itu,baiklah keseluruhan anggota lainnya..selain itu, amalan bulan yang mulia ini bukan sekadar untuk menghormati BULAN RAMADHAN itu sendiri,tapi untuk kita bawa ke bulan2 yang lain..Insya-Allah. Ingatlah bahawa puasa ini diturunkan agar kita bertaqwa kepada Allah, Pencipta Alam & Pemberi rezeki serta Penerima Taubat. Masih belum terlambat untuk kita bermuhasabah dan bertaubat atas kesilapan lalu..'La'allakum tattaqun'..
bagi yang ingin pulang ke kampung,berhati-hatilah. usah gopoh dan bersabarlah sepanjang perjalanan..'biar sederhana asal sampai' (klu lambat pn tak tentu selamat gak sebab banyak kenderaan yang nak cepat2,so kita amalkan kesederhanaan)..
*selamat bercuti & selamat hari raya".


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Monday, September 14, 2009

salam rindu..

salam rinduku buat ramadhan yang akan pergi.lama lagi bkunjung semula,setahun lamanya.
entah sempat ataupun tidak btemu denganmu ramadhan pada masa depan.terasa bersalah
kerana tidak menghargaimu serta melayanmu sebaik mungkin ketika kau berkunjung tiba.
sedangkan Allah telah memuliakanmu serta sesiapa yang melayanmu dengan amalan wajib
diganda 70 serta amalan sunat mejadi sama taraf dengan amalan wajib ketika ketiadaanmu..
kuharap sisa waktu yang ada ini,diriku dberi peluang untuk menunaikan kewajipanku padamu.
moga dengan keberkatanmu,doaku diperkenan serta dosaku mendapat keampunan..namun kuberharap hanya pada Yang Menghantarmu...ya Ramadhan..

Salam Perkenalan


salam perkenalan untuk blogger2 dmalaysia...diriku hanya baru bertatih dalam dunia maya ini..harap dapat berkenalan serta berkongsi idea...tiap orang punya pandangan,tiap orang punya rasa,tiap orang punya hati,tiap orang bicara tersendiri...smemangnya kita berbeza nmun tak smestinya tak boleh duduk bersama...raikan perbezaan itu & hormati pandangan antara kita..