Monday, December 20, 2010

jalan-jalan memerhati

Hujan renyai-renyai bertukar lebat petang semalam...namun ianya tidak membatalkan niatku dan ayah untuk ke pekan banting untuk membeli barang...pada mulanya kami ke bank Islam untuk memasukkan duit..ketika mengambil nombor giliran tidak disangka banyak pula nombornya walaupun hujan lebat ketika itu..takpe, sabar itu sebahagian daripada iman..

Sambil menunggu giliran kami melihat2 pengunguman di softboard..mak aih, terkejut juga aku membacanya...wujud juga benda begini..ada taktik sesetengah kumpulan yang suka menukar kad bank ketika kita mengeluarkan duit..modus operandinya amat mudah...dia akan hampir dengan kita dan menepuk bahu sambil mengatakan ada wang atau barang terjatuh..(mungkin dia umpan dengan RM1@RM10)..bila kita tunduk nak ambil duit tersebut, mereka akan menukarkan kad kita dengan kad orang lain..kita pun dengan selambernye dan tanpa segan silu memasukkan kad orang lain tersebut dalam beg duit dan mengambil duit yang dikeluarkan..maka, berhati-hati!! anda mungkin orang yang selamber dan tiada segan silu itu..

AWAS!!!

Perjalanan diteruskan lagi ke pasaraya Econsave yang baru sahaja mendapat anugerah 'harga patut 2010'..ketika mencari-cari daging hot-dog, daku didatangi oleh orang insurans..takaful etiqa yang sekarang ini telah diambil alih oleh maybank daripada PNB..mula-mula die offer tuk ambil insurans..tapi bila mulut baik ni main-main tanye ada kerja kosong ke tidak, terus kena tarik suruh dengar ceramah bos die..bagus juga..dah lama jadi penanam anggur pun..haha

Penuh bersemangat mereka menyambut kehadiranku...hingga 4-5 orang berada di kelilingku..tapi semuanya lelaki...sadis sungguh, huhu..mula-mula dia keluarkan satu kertas kosong..kemudian dia bertanya tentang nama dan umurku...sebaik sahaja aku menjawab terus dia menyalin jawapan yang diberi..."skema betul bro ni," getus hati kecilku..haha..lalu persoalan lain diajukan seperti tinggal di mana, dah bekerja ke belum dll..tapi tak pula dia salin..ingatkan nak salin semua tadi..(jahat juga bisikan hati ni, jaga2)..dia sambung lagi tentang komisyen dan bonus sambil diiringi senyuman...

Terasa tertarik juga dengan penerangan tadi...tapi ayahku berpesan tak payah ambil kerana ia telah berada di bawah maybank di mana ada unsur syubhah di situ..so, tak jadila nak join...tapi sekurang-kurangnya ada juga yang dapat kupelajari daripada bro tadi..ia di panggil ilmu guna-guna..(bukan ilmu sihir tu, tapi ilmu komunikasi berkesan..hehe)..

Antara ilmu guna-guna tersebut adalah:

1) senyum- itulah sedekah yang paling mudah Nabi s.a.w ajar pada kita..lagipun hati yang resah terasa tenang dengan senyuman,..tapi syaratnya kena ikhlas..jika tidak, tak menjadila..

2) nama panggilan- kita kan berasa lebih mesra jika orang yang berbicara dengan kita menggunakan nama panggilan kita..rasa macam dah lama kenal je..(sebab tu dia salin nama aku tadi)..

3) memetik contoh/ isu yang sesuai- kita akan lebih mudah faham jika begitu..(ini pula sebab dia salin umur aku)..

4) yakin- jika kita bercakap dengan yakin, hujah yang salah pun boleh jadi betul...(inilah teknik yang lawyer amalkan)

Sebenarnya banyak yang kita boleh pelajari walaupun dengan hanya keluar shopping..so, jangan jadi orang selamber yang tertipu dan amalkanlah ilmu guna-guna...renung2kan dan selamat beramal..

ni la hasil kerja aku..hehe

Wednesday, November 17, 2010

Korban Kasih


Hari raya raya haji jua dikenali dengan hari raya korban..peristiwa pada hari tersebut adalah kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan Ismail a.s....

Nabi Ibrahim a.s sanggup korbankan kasih dan sayangnya kepada anaknya Ismail a.s semata-mata mengharapkan redha Allah...Nabi Ismail a.s pula membenarkan mimpi yang merupakan wahyu daripada Allah ke atas bapanya..dia pasrah dan redha atas ketentuan Tuhannya...sungguh menyayat hati...dua insan yang saling menyintai meletakkan cinta tertinggi hanya pada Allah..kerana redha Allah itu adalah segalanya dalam kehidupan ini..cinta mereka terus Allah balas di dunia dengan di gantikan Ismail a.s dengan seekor kibas..sedang balasan cintaNya di akhirat lebih daripada itu..subhanallah..


Kisah ini sudah selalu kita dengar..namun adakah kita mengambil iktibar daripadanya?
ibarat ada ada hendset yang berkepuk dengan kredit kredit tapi tak 'call' atau SMS rakan2 mahupun keluarga..ia hanya digunakan untuk bermain 'game' mahupun melayari internet....ilmu yang ada harus diamalkan sebaiknya...

Antara iktibar yang boleh diambil adalah korban kasih..iktibar yang harus diambil oleh muda-mudi yang asyik bercinta..korbankan rasa kasih pada pasangan yang belum halal buat kita itulah yang sebaiknya..korbankan rasa ingin selalu bersama, saling berpandangan mahupun berpegangan...korbankan rasa itu sebentar sebelum hari yang dinanti itu tiba, pernikahan..

Mungkin ramai yang berfikir bagaimana ingin mengenal budi dan hati pasangan andai tidak selalu keluar bersama...tetapi pernahkah anda fikir, adakah anda telah benar2 mengenali pasangan anda setelah keluar bersama?..mahupun selepas 24 jam bermain kata melalui SMS?..mungkin anda mampu mengenali si dia, tapi hanya pada luarannya sahaja..sikap yang sebenar akan muncul setelah duduk sebumbung..selepas badai ujian datang melanda...seusai kemarau mehnah melintasi rumah tangga..

Selagi belum melalui itu semua usah mengaku anda telah benar2 mengenali si dia..hanya zahir sahaja yang terlihat..bukan tersurat...oleh itu, jagalah kehormatanmu dan kehormatannya kerana itu lebih baik bagimu..cukuplah mengenali pasangan melalui orang tengah mahupun rakan atau kerabat terdekat dengannya..letakkan Kasih dan redha Allah itu sebagai perkara yang tertinggi dalam hidup ini...belajarlah daripada kisah Ibrahim dan Ismail a.s tadi..sanggup korbankan nyawa orang yang dikasihi demi cinta tertinggi, cinta Ilahi...kerana DIAlah Pemilik Segala Cinta..Dia yang memberikan cinta dan Dia yang menyuburkan cinta..

Berdoalah agar rasa cinta yang dikurniakan di antara dirimu dan si dia akan dipandu oleh cintaNya..dibatasi oleh syariatNya...agar tidak jatuh ke jurang neraka yang bisa mengundang kemurkaanNya..korbankanlah kasihmu demi menggapai redhaNya..sedang pengorbananmu itu hanya seketika hingga waktu yang dijanjikannya tiba..kemanisannya pasti terasa selepas itu kerana rahmatNya akan sentiasa bersamamu dan si dia..

Korbankanlah kasihmu demi kasihNya...

Friday, October 22, 2010

Hari bersejarahku = hari yang kutakuti

Semalam adalah hari jumaat..penghulu segala hari buat umat Islam seluruh dunia...jua hari raya mingguan bagi umat Islam..sebab tu kita tak digalakkan berpuasa sunat mutlak pada hari jumaat...semalam jua adalah hari bersejarah buatku.


Itulah hari terakhir buatku bergelar guru..datangku disambut dengan senyuman...pulangku dirai dengan jamuan ringan...aku mungkin akan menyambung kerjaya guru di masa akan datang..borang KPLI pun sudah penuh terisi..andai tiada jodoh di alam pendidikan, paling tidak ku berharap dapat menjadi guru terbaik untuk anak2 dan pasangan hidup..persediaan untuk itu harus lebih lagi..kerana ibu bapa adalah guru pertama untuk setiap anak2 yang dilahirkan ke dunia..

Hati ini terasa sayu apabila melihat anak2 didik yang ditinggalkan..mampukah mereka menjawab soalan peperiksaan yang akan berlangsung Isnin depan berbekalkan ilmu yang ku ajarkan?adakah diriku akan dipersalahkan jika prestasi mereka menurun?..


Runsing rasanya apabila difikirkan...tapi bila diaamati ada perkara yang harus lebih dirunsingkan pada mereka..mereka adalah pemimpin masa depan...merekalah pejuang agama dan bangsa..mereka adalah produk yang kita hasilkan..andai kita salah mencorakkan mereka, hancur-punahlah negara dan rosaklah agama..

Takutnya diriku jika ketika mereka melakukan kerosakan di muka bumi, diriku ini yang akan dipersalahkan...gentarnya hatiku jika mereka menjadi penyebab diriku diseret ke neraka..hanya kerana aku tidak mempersiapkan mereka untuk menghadapi dunia penuh cabaran yang melampau...terlalu ramai musuh yang ingin menjatuhkan mereka...musuh yang ingin melihat mereka lalai dan leka dengan dunia dan kemewahan...musuh yang ingin memisahkan agama daripada kehidupan...musuh yang memecah-belahkan umat Islam...juga musuh yang bercita-cita untuk menghancurkan Islam...mampukah mereka menghadapi semua itu?


Aku hanya mampu berharap..semoga mereka menjadi insan berguna kelak..menjadi pemimpin yang menjaga kebajikan rakyat...menjadi pejuang agama yang mendaulatkan Islam melebihi segala perkara..menjadi rakyat yang celik mata hatinya dan berani menegur orang atasan..menjadi ibu bapa terbaik untuk anak-anaknya..kerana itu semua akan menjadi saham ku di akhirat..selagi ilmu yang disampaikan terus dimanfaat..


semoga hari yang ku takuti akan berubah menjadi sinar kebahagiaan di akhirat kelak..amiin..



Friday, October 8, 2010

Mereka atau Kita yang kebudak-budakan?

Hari ini aku melangkahkan kaki ke kelas seperti hari-hari biasa..memulakan kelas dengan doa dan sapaan khabar kepada murid-murid..ada yang selesema dan ada juga yang tidak hadir..namun itu tidak mematahkan semangatku untuk mengajar pada hari ini..



Item yang diajar amat mudah..postur menyanyi ketika duduk mahupun berdiri...namun biasalah, apabila berhadapan dengan kanak-kanak ia menjadi mencabar sedikit...perlu disuruh satu-persatu...daripada A-Z baru mereka faham..hatta tarikh hari ini pun guru yang kena tukarkan..itulah cabaran buat pendidik..insan yang perlu membentuk buluh daripada rebungnya selepas ibu bapa..


Semasa mengajar daku melihat reaksi mereka...ada yang terhibur...ada yang buat muka bosan...mungkin tidak berminat dengan topik pembelajaran hari ini atau caraku tidak memenuhi selera mereka..ada juga yang lebih gemar bermain2..lantas ku panggil beberapa daripada mereka yang bermain itu ke hadapan dan mempraktikkan apa yang telah ku ajar..ternyata mereka masih mampu melakukannya walaupun tidak sempurna..

Namun salah seorang daripada mereka hanya mampu tercegat di hadapan rakan-rakan lain dan diam membatu..dia menundukkan kepalanya dengan riak muka ingin mengangis..ditambah pula dengan ejekan rakan2 sekelas yang lain..menambahkan lagi apa yang terpendam di jiwanya...lalu ku memaksanya untuk menyanyi..dia tetap berdegil walaupun telinganya telah sedikit kemerahan ku tarik..ego dalam dirinya terlalu tebal sehingga apabila ku suruh duduk dia tetap berdegil..seolah-olah meluahkan rasa marah kepadaku dengan melakukan perkara yang berlawanan daripada suruhanku..ku hanya biarkan dia berdiri sehingga kelas tamat..


Setibanya di rumah baru ku terfikir..itulah fitrah kanak2..alam mereka berbeza dengan kita..bermain dan berseronok adalah perkara utama dalam hidup mereka..kitalah yang harus memimpin mereka dalam membezakan waktu belajar dan bermain..memimpin dengan lembut, ibarat menarik rambut di dalam tepung..tidak boleh rentap sesuka hati kerana nanti tepung berterabur dan rambut pun putus.. usah ego dilawan ego kerana mereka tidak akan mengalah..kitalah yang perlu mengalah..kerana buluh bukan senang dilentur..perlukan masa yang lama..

Ingatlah bahawa mengalah bukan bererti kalah..pasti ada sinar kejayaan yang menanti di masa hadapan...semoga kita mampu menjadi orang dewasa yang memahami jiwa kanak2 dan membentuk mereka menjadi kanak2 yang cemerlang..insya-Allah..

Monday, August 30, 2010

Diari Seorang Guru





Hari ini hari kedua aku memulakan kerjaya sebagai seorang guru...berpakaian formal dan bertali leher mengimbau kembali kenangan melakukan pembentangan tesis di hadapan rakan2 sewaktu di universiti suatu masa lalu.

Sedikit perkongsian buat teman2 yang mungkin berminat mahupun ingin tahu lebih lanjut kehidupan seorang guru...terutamanya guru baru sepertiku..


Ternyata profesyen seorang guru ini tak semudah yang disangka...masih banyak yang perlu dipelajari..masih luas lautan pengalaman hidup yang harus ku terokai..namun aku bersyukur kerana dibantu oleh guru-guru lain yang juga merupakan guru-guruku sewaktu aku kecil dahulu..kerja2 mengisi borang kedatangan pun perlu dipelajari kerana ada kiraan tersendiri..

Soal mengajar pula lain ragamnya..walaupun perkara yang kita ajar semudah ABC, namun menerangkan kepada puluhan akal yang memiliki tahap pemikiran berbeza dalam sesebuah kelas memerlukan kesabaran yang tinggi dan kesungguhan..sebagai seorang guru, kita harus menggunakan 1000 cara sebagai usaha untuk memberi kefahaman pada setiap murid..andai 1000 cara ini gagal, maka gunakan 1001 cara..usah sesekali tunjukkan riak wajah penat dan berputus asa pada murid-murid..kerana jika kapten kapal berputus asa, siapa yang akan mengawal para kelasi untuk mengemudi kapal?..maka kita perlu sentiasa optimis dalam menghadapi pelbagai situasi..dan jangan lupa berdoa pada Tuhan Yang Maha Bijaksana, agar diberikan kefahaman kepada murid-murid.


Itulah apa yang aku pelajari...sedikit teguran daripada guru lamaku membuat akal ini berfikir sejenak..masih terngiang2 lagi ditelinga.." bagi mereka peluang..memang kita inginkan yang terbaik, namun berilah peluang untuk mereka"..betul tu..kata-kata ini juga berkait dalam kehidupan seharian kita..berilah peluang pada orang lain untuk melakukan yang terbaik..sebab tiada manusia yang sempurna di dunia ini..jangan terlalu berharap yang terbaik daripada orang lain tapi berilah yang terbaik kepada orang lain..erti hidup pada memberi bak kata Ust Hasrizal Jamil..

Namun perkara yang paling seronok adalah kita dapat lihat kembali imbasan masa lalu kita di alam persekolahan..kadang-kadang tergelak sendirian bila melihat telatah mereka kerana kita melihat diri kita pada suatu masa dahulu..berkejar-kejar dengan rakan, mintak izin ke tandas sambil pakai pas keluar kelas, main sos dalam buku kotak2..itulah masa laluku..perkara sebeginilah yang sedikit sebanyak dapat menghilangkan rasa letih semasa mengajar..

Akhir sekali adalah niat kita..adakah kita mengajar semata2 kerana kerja mahupun minat?..itulah soalan pertama yang dilontarkan oleh guru besar kepadaku waktu mula-mula aku menjejakkan kaki ke sekolah...bagi aku mudah sahaja..ikhlaskan niat kerana Allah, jalankan amanah yang diberi sebaik mungkin..insya-Allah apabila ikhlas, hati akan tenang walau ada ujian melanda dan dengan izin Tuhan Yang Maha Esa, tugasan mengajar itu akan menjadi mudah..

Semoga aku dan dirimu bisa menjadi guru yang bakal melahirkan ribuan guru yang punya peribadi jitu..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Wednesday, July 21, 2010

Cintakan Allah & Cinta kerana Allah I





Satu tajuk yang menarik untuk dikongsi..apatah lagi bila berkaitan dengan cinta..pasti ramai yang teruja..tapi bak kata seorang teman di FB, benarkah kita cintakan Allah? Benarkah segala yang kita cinta di atas dunia ini semata-mata kerana Allah?

Jika benar kita cintakan Allah, apa buktinya? cukupkah sekadar solat 5 waktu yang kadang2 tak penuh sehari semalam & yang kadang2 nak habis waktu baru kita kerjakan?cukupkah sekadar dengan menunaikan rukun Islam yang lima sedangkan rukun Iman yang enam masih tak lengkap lagi?..haha..sungguh banyak persoalan untuk membuktikan cinta kepada Allah..tapi itulah hakikat hamba yang seharusnya menyintai tuannya yang juga menciptakan dirinya...maka seharusnya cinta yang sepatutnya adalah sepenuh jiwa hingga sanggup berkorban nyawa..cinta yang tiada penghujungnya..

Amalan yang diwajibkan ke atas kita, mampukah ia menjadi jambatan penghubung cinta kita kepada Allah?

Andai cukup syarat serta rukun mengerjakannya, ia cukup untuk melepaskan kita daripada tanggungjawab...namun jika tiada keikhlasan dihati, bagaimana kita ingin menjamin ia akan diterima Allah?..perlu diingat bahawa keikhlasan itu takkan wujud tanpa cinta..ibarat ikhlas menolong ibu bapa..mesti didahulukan cinta kepada mereka...begitu jugalah jika ingin ikhlas menunaikan cinta kepada Allah..harus ada cinta yang tiada berbelah bahagi kepada Si Dia, Sang Pencipta.

Cinta boleh dipupuk
....macam orang2 dahulu yang bercinta selepas kahwin..cinta hanya dipupuk selepas kahwin kerana mereka berkahwin atas pilihan keluarga dah masih belum mengenali hati masing-masing..pelbagai cara ang dilakukan untuk memupuk cinta seperti memasak bersama, berkongsi cerita sebelum tidur dan lain-lain lagi..pendek kata, semuanya dilakukan bersama..begitu jugalah jika ingin memupuk cinta kepada Allah, harus merasakan Allah sentiasa bersama-sama kita..Dia melihat dan memerhatikan tiap gerak laku kita..


Selain itu, banyakkan menyebut namaNya seperti kita selalu menyebut-nyebut nama orang yang kita cintai dan memuji mereka..sedangkan Allah yang lebih layak dipuji dan dipuja kerana segala nikmat yang kita dapat datang daripada Dia..namun jangan lupa juga berselawat, jika tidak samalah kita dengan bani Israel.. kerana Bani Israil turut mengakui kewujudan Allah namun menafikan kewujudan Nabi Muhammmad s.a.w.

Usaha lain yang boleh dilakukan adalah banyakkan amalan sunat..kerana selain menampung amalan wajib, amalan sunat inilah yang membantu untuk kita lebih dekat dengan Tuhan..ia boleh diibaratkan dengan mee goreng..mee itu adalah kewajipan yang kita kerjakan..rasanya adalah keikhlasan yang kita lahirkan..dan bagaimana mee itu dihias dan dipersembahkan itulah amalan sunat..jika tak cantik dan rasanya tak sedap pun ia masih di panggil mee goreng..namun, mungkin pelanggan akan menolaknya..jika rasanya sedap, pasti pelanggan akan memujinya..apatahlagi jika persembahannya baik dan rasanya sedap sudah pasti kita jatuh cinta dan takkan beli mee goreng daripada kedai lain..begitu jugalah ingin meraih cinta Allah..andai Dia cintakan kita, insya-Allah Dia akan semaikan benih cinta kepada Dia dalam hati kita..cinta Allah itulah cinta yang abadi..


Itu baru cinta kepada Allah, bagaimana cinta kerana Allah?..fikir2kanlah..
(bersambung di siri akan datang-Cintakan Allah & Cinta kerana Allah II)

Monday, July 5, 2010

Masa

Demi masa,
masa adalah kurun dan zaman
masa adalah penggantian tahun ke tahun
masa adalah peredaran bulan ke bulan
masa adalah perjalanan hari demi hari
masa adalah peredaran saat ke minit
masa juga adalah pertukaran siang dan malam..
hargailah masa kerana ia begitu berharga..

Jangan usia sudah penghujung umur,
gigi pun dah banyak gugur,
yang boleh dimakan hanya bubur,
tinggal tunggu masuk kubur,
barulah sibuk untuk beramal..
oleh itu perbanyakkanlah syukur,
jangan pula menjadi kufur,
jika tidak amalanmu lebur,
tunggulah siksa ketika di kubur..

semua manusia itu rugi
yang kaya itu rugi
yang miskin itu rugi
yang untung pun rugi
dan yang rugi lagilah dua kali rugi..
sebab apa rugi?
sebab tidak mampu urus masa dengan bijaksana

jika taknak rugi,
isilah masa sampai penuh,
jangan nampak sahaja penuh tapi kosong,
jangan nampak sahaja penuh tapi tiada isi..
oleh itu, isilah masa dengan 4 perkara..
1) Iman
2)Amal soleh
3)Nasihat kepada kebenaran
4)Nasihat kepada kesabaran

insya-Allah yang yang kaya itu untung
yang miskin pun untung
yang untung lagilah dua kali untung
dan yang rugi pun ada untungnya..

walau apapun isilah kepala ini hingga nak pecah,
isilah dada ini hingga nak meletup,
jangan isi dengan dunia semata-mata,
kerana ia tidak kekal selamanya..

Gunalah masa yang kita ada sebaiknya
sebagai bekalan untuk ke sana
di dunia yang kekal selamanya
yang tiada patah baliknya...

p/s: posting kali ini adalah sedikit bingkisan daripada syarahan adik tahfiz Umar Al-Faroaq (dari ma'had tahfiz di Indonesia) ketika berada di masjid Kg.Sawah, Banting sempena majlis Israk Mikraj..beliau baru berumur 11 tahun, namun kata2nya mampu mengalahkan orang dewasa..semoga beliau menjadi imam muda yang disegani kelak...amiin..

Tuesday, June 29, 2010

Ko Memang Hipokrit !!!

Pernah dengar ayat seperti di atas?..apa perasaan anda jika ada orang yang mengatakan sebegitu kepada anda?...tentu sakit hati bukan..rasa macam hendak lumat-lumatkan muka orang cakap tu je...begitu berbisanya ayat ini..

Hipokrit...satu perkataan yang sengaja dicipta oleh orientalis dan digembar-gemburkan melalui masyarakat sehingga perkataan ini menjadi sungguh menyengat..Fungsinya mudah, iaitu untuk melemahkan semangat untuk kita berubah ke arah kebaikan..

Suatu contoh mudah yang boleh diambil adalah bekas penagih yang baru sahaja keluar dari pusat pemulihan...mereka telah berhenti menagih dan mungkin ada yang sudah tidak merokok...tapi apabila pulang ke kampung rakan-rakan menghulurkan rokok...apabila mereka menolak, rakan-rakan mereka pun berkata, "tak payah hipokrit la wei..dulu ganja pun lu sapu"...akhirnya mereka terpaksa menurut...dan tidak mustahil mereka akan ditangkap semula kerana terpengaruh dengan penagih-penagih di luar sana..

Contoh lain pula seperti seorang artis yang baru pulang menunaikan haji...keadaannya sebelum dan selepas melengkapkan rukun Islam ke-5 itu langsung tiada perbezaan...masih pakai seksi-seksi, mulut laser dan sombong..alasan mudahnya, "I tak nak hipokrit"..tanpa dia sedar perbuatannya seolah-olah mempersendakan agama...na'uzubillahiminzalik..

Dua contoh di atas bukan untuk menghina sesiapa..tapi sekadar ingatan bersama..ia juga membuktikan betapa dalamnya jarum musuh Islam telah menusuk ke dalam daging kita semua..Di dalam Islam tiada istilah hipokrit...yang ada hanyalah munafik mahupun mujahadah..

Apa yang dikatakan sebagai munafik adalah apa yang kita lakukan itu bukan untuk berubah, sebaliknya untuk menunjuk-nunjuk..untuk memberitahu semua orang bahawa dialah orang paling baik dalam dunia ini sedangkan tiada keikhlasan di dalam hati...bahkan hatinya sebenarnya membenci kebaikan yang dilakukan itu..

Mujahadah pula ialah melakukan segala perbuatan baik semata-mata kerana Allah..terniat di sudut hati kecilnya untuk berubah ke arah kebaikan..dia tidak menghiraukan apa yang diperkatakan orang di sekeliling, tapi hanya mengharapkan redha Allah di atas segala perbuatannya..

Oleh itu, ayuh bermujahadah menjadi hamba Allah yang bertaqwa di dunia ini dan jauhi sifat munafik..abaikan ungkapan hipokrit daripada manusia yang tidak mengerti tujuan hidup di dunia..kerana redha Allah lebih utama daripada segala perkara..


p/s: cetusan idea ini bersumberkan daripada slot motivasi bersama Ust Fakhrurrazi..

Sunday, June 13, 2010

3 Pancang

Suatu ketika, Rasulullah sollallohu'alaihi wasallam (s.a.w) keluar bersama sahabat. Baginda membuat tiga pancang..pancang yang pertama di hadapan baginda s.a.w..pancang yang kedua pula dihadapan sahabat dan yang terakhir sekali diletakkan begitu jauh daripada kedua pancang sebelumnya..

Sahabat hairan, lalu bertanya kepada baginda s.a.w mengapa pancang yang satu lagi diletakkan jauh daripada dua yang lainnya..maka jawab baginda tenang,"pancang yang di hadapanku adalah adalah kita semua dan yang hujung pula adalah cita-cita kita..cita2 kita terlalu tinggi dan jauh hingga kita melupakan perkara yang dekat dengan kita...iaitu pancang yang kedua (kematian)"..

Kita tidak sedar bahawa kematian begitu hampir dengan kita semua..banyak cita-cita dan impian yang ingin kita capai dalam kehidupan ini...banyak perkara baru yang ingin dicuba..tambahan pula diikutkan dengan darah muda yang sukakan benda-benda baru..muda hanya sekali....tapi perlu diingat juga, hidup pun hanya sekali...maka, gunakanlah peluang kehidupan di dunia ini untuk mengumpul bekalan untuk ke akhirat..kerana tiada peluang kedua, ketiga dan keempat..peluang ini hanya sekali..seimbangkanlah dunia dan akhiratmu..

Tiap daripada kita punya 24jam...tapi berapa banyak masa yang kita gunakan untuk akhirat dan berapa lama pula kita hanyut dengan dunia..? berapa ramai yang di antara kita yang cuba bermati-matian mengejar kesenangan hidup di dunia, namun berapa ramai yang berusaha untuk kesenangan hidup di akhirat?..kita ingin kereta mewah, rumah bertingkat-tingkat dan pakaian yang berjenama dalam kehidupan ini..tapi mengapa tidak ada perasaan untuk itu semua di akhirat kelak?..urusan akhirat dibuat sekadar cukup makan sahaja...solat sikit, puasa sikit, baca quran sikit cukuplah..haha...begitu singkatnya pemikiran kita..untuk negeri dunia yang sekelip mata ini kita ingin lebih segala-galanya sedangkan untuk negeri akhirat serba sikit belaka..

Oleh itu, seimbangkanlah dunia dan akhirat kita..jangan terlalu mengejar dunia yang akan binasa ini sehingga kita melupakan akhirat yang kekal selamanya..namun, jangan pula meninggalkan dunia hingga kita menyusahkan orang lain..hidup berminta-minta dan seolah-olah tidak menghargai nikmat dunia cipataan Tuhan...sebaiknya ambillah dunia sekadar keperluan dunia dan carilah bekalan akhirat selagi punya waktu..kerana hidup hanya sekali..

p/s: cerita 3 pancang ini didapati melalui kuliah maghrib di Surau Al-Azhor,Sg.Buaya sebentar tadi..andainya ada nas keseluruhan hadith daripada pembaca mohon perkongsian...tq..

Thursday, June 10, 2010

Bagus ke judi?



Tiba-tiba darahku naik setinggi gunung secara tak semena-mena kerana terbaca keratan akhbar berita harian pagi ni.."PPP sokong Berjaya diberi lesen judi bola.." itulah tajuk yang membuatkan lava dalam diriku meruap tinggi..

Sebaik sahaja meneliti segala isi kandunganya, nyata tiada asas yang kukuh dalam hujahnya.. "Perjudian haram akan lebih luas amalannya jika kerajaan tidak menghalalkan aktiviti itu."..itulah kata-kata presiden PPP, Datuk Datuk M Kayveas...sungguh lemah hujah ini kurasakan..jika begitu, mengapa kerajaan tidak meluluskan penjualan dadah kepada rakyat umum kerana penjualan haram telah lama berleluasa?..mengapa tidak menghalalkan pencurian dan aktiviti jenayah lain yang berleluasa?....ternyata hujah yang tidak berasas..

Akhirnya, mata akalku menemui jawapan sebenar penyokongan PPP ini.."kita rugi kerana orang yang mahu berjudi pasti meletakkan pertaruhan mereka melalui syarikat perjudian luar negara dan menyebabkan wang kita mengalir keluar."..ini sebenarnya maksud yang cuba disampaikan oleh beliau..negara kita rugi kerana rakyat tidak berjudi di dalam negara..maksud yang tersirat akhirnya tersurat jua..

Kini ku kembalikan persolan ini kepada pembaca sekalian...adakah anda suka wang yang mengalir di sekeliling anda adalah hasil wang judi?....adakah anda begitu gembira dengan segala pemberian kerajaan kepada anda yang datangnya daripada hasil judi?..sebagai seorang Muslim, mestilah tidak!!..kerana kita tahu ianya HARAM..tiada keberkatan disebaliknya..bahkan bala dan siksaan yang akan mendatang..namun bagi yang non-muslim, anda juga perlu tahu yang perjudian ini sebenarnya merugikan..kerana ia menindas sebahagian besar untuk memberi manfaat kepada sebahagian kecil yang lain..tambahan pula, benda yang mudah dapat, akan lebih mudah hilang..selepas berfoya-foya dengan duit judi itu, akhirnya ia hilang begitu sahaja..

Sedarlah rakanku semua...judi ini tiada kebaikannnya...terutamanya bagi mereka yang menyatakan diri mereka seorang yang beragama ISLAM..kerana telah terang lagi nyata pengharaman judi itu di dalam Al- Quran sebagaimana zina, arak dan lain-lain..sedangkan pengharaman dadah yang tiada dinyatakan di dalam Quran pun kita benci, mengapa kita tidak boleh membenci judi lebih daripada itu?...so, say no to judi ..

p/s : judi kecil yang mintak belanja makan ble membe kalah main kad pun dikira judi...so, beware..










Thursday, June 3, 2010

Aku Redha..

Ucapan Alhamdulillah tanda syukur tidak terhingga aku ucapkan kepada Tuhan Pemberi Rahmat...hati ini sebak tak terkata..lidahku kelu, diam seribu bahasa..

Hari ini aku melihat result last semester..pada mulanya diri ini berasa sedih dan hiba sekali...result jatuh dengan teruk...result paling teruk dalam sejarah hidupku di UKM..sungguh memilukan..bertambah pilu pula apabila mendapat tahu result rakan-rakan yang lebih baik daripadaku..

Tiba-tiba ilham dan petunjuk daripadaNya datang menjengah pintu hatiku yang kepiluan...ia berkata kepada hatiku " Mengapa engkau bersedih dengan 1 result yang teruk sedangkan Allah telah beri banyak result yang baik sebelumnya?"..hatiku begitu tersentak..segala kepiluan itu seolah-olah pergi begitu sahaja..jiwaku kaku seketika dan aku terduduk..lantas hati kecil ini bersuara.."Ya Allah, betapa butanya mata hatiku selama ini kerana tidak dapat melihat rahmatMu yang melimpah-ruah kepada diri ini,,,maafkanlah hamba yang hina lagi dina ini Ya Allah.."..

Itulah fitrah manusia...sering tangisi kesukaran yang kecil dan seketika...sedangkan rahmat serta kurniaanNya seolah-olah tidak pernah datang pada diri..teringat kata-kata hikmah yang biasa dapat pada mesej daripada rakan-rakan..kadang-kadang kita menangis kerana mentari hilang di balik awan hujan...kilat pula datang sabung-menyabung..tapi kita tak tahu Allah nak berikan pelangi yang cantik selepas itu..bersabarlah..pelangi itu akan tiba kepadamu bila masanya tiba...sungguh termotivasi mendengar kata-kata itu..tambahan pula mendengar pesanan daripada rakan di fb klu pun tidak bertambah pointer anda, sudah pasti ILMU dan PENGAMALAN anda bertambah!..jgn khuatir!..ya..memang pengalamanku bertambah..pengalaman hidup ini..pengalaman yang mengajar erti kehidupan kepada jiwa yang kerdil ini...hidup tidak selalunya indah..dan kesusahan itulah yang menjadi perasa untuk membuatkan kehidupan lebih menarik..

Akhirnya aku pasrah..pasrah dengan ketentuan daripada Dia yang lebih tahu apa yang terbaik buat diriku..aku juga bersyukur kerana disedarkan oleh Dia yang mengurniakan hidayah petunjuk kepada diri yang kerdil ini..Ya Allah, Kau tetapkanlah hati ini di jalanMu...bantulah diri ini melalui ranjau kehidupan dalam redhaMu...janganlah Engkau biar diri ini tenggelam dalam maksiat dan kebinasaan..bimbinglah diri ini Ya Allah...

p/s: buat teman2 di luar sana, ingatlah kurniaan yang melangit luas Allah disaat kau diuji dengan sedikit kesukaran..wallohua'lam..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Tuesday, June 1, 2010

I'tiqad..

I'tiqad secara umumnya adalah kepercayaan..Dalam Islam ada 3 jenis i'tiqad, iaitu i'tiqad qadariah, i'tiqad jabariah dan i'tiqad ahlus sunnah wal jamaah..

I'tiqad qadariah bermaksud kepercayaan tentang segala perbuatan manusia samada baik mahupun buruk adalah hasil daripada manusia sendiri dan tidak bersangkut-paut dengan kuasa Tuhan..maka, manusia sendiri yang memberi kesan pada segala perbuatannya tapi dengan qudrat yang dijadikan Tuhan pada manusia..namun, ia bersalahan dengan keadaan manusia di dunia ini...jika manusia berkuasa ke atas segala perbuatannya, mesti tiada yang ingin hidup dalam kemiskinan dan kesengsaraan..selain itu, fahaman ini seolah-olah menafikan kekuasaan Tuhan atas segala yang berlaku pada kita semua..maka, mereka yang beri'tiqad dengan kepercayaan ini tergolong dalam golongan fasik ( pendapat yang mu'tad kerana ada ulama' yang menghukumkan kafir)..

I'tiqad yang antonim dengan qadariah adalah I'tiqad Jabariah..ia bermaksud kepercayaan bahawa segala yang berlaku pada manusia adalah qada' dan qadar Allah semata-mata dan tidak berkaitan dengan usaha dan pilihan manusia..seolah-olah segala yang terjadi pada manusia dalam keadaan terpaksa..maka dengan mudahlah seorang pelacur dan pencuri mengatakan perbuatan terkutuk mereka adalah nasib yang ditentukan Tuhan dan mereka terpaksa menerimanya..jika fahaman ini benar, maka tiada gunalah pahala dan dosa...tiada gunalah ganjaran syurga dan azab neraka kerana perbuatan mereka bukan atas kehendak sendiri...tiada gunalah al-Quran sebagai petunjuk kerana ada yang berkehendak dengan petunjuk itu, namun nasibnya telah ditentukan sebaliknya..idealisme ini juga termasuk dalam fasik..namun ada segolongan kecil ulama' yang menghukumkan kafir..

Akhir sekali adalah i'tiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang seharusnya dipegang oleh umat Islam seluruh dunia..segala yang berlaku pada manusia atas kehendak Tuhan Yang Maha Berkuasa dengan melihat kepada ikhtiar manusia..namun ia harus bagi Allah..sekiranya Allah ingin memberikan yang lain kepada kita walaupun kita telah berusaha atas sesuatu yang lain, itu boleh berlaku..kerana Tuhan lebih berkuasa dan lebih tahu apa yang terbaik buat kita semua.. selain itu, ikhtiar manusia inilah yang diberikan pahala mahupun dosa..inilah i'tiqad sederhana yang bertepatan dengan hadis Nabi s.a.w "sebaik2 perkara adalah yang sederhana sahaja"..

Fahaman qadariah dan jabariah adalah keterlaluan dan seharusnya dijauhi..usah percaya segala yang dapat pada hari ini adalah atas usaha kita semata-mata kerana ia merupakan i'tiqad Qadariah..jauhilah daripada mempercayai segala yang berlaku pada kita semua adalah nasib yang tidak boleh diubah..ia bersalahan dengan mafhum firman Allah di dalam Al-Quran "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu sendiri berusaha mengubahnya"..namun, fahaman inilah yang menular dalam masyarakat kita kini..alasan belum sampai seru sering digunakan sedangkan Al-Quran telah sampai kepada mereka sejak lahir lagi...cuma diri sendiri yang tiada ikhtiar untuk berubah...maka berubahlah sebelum terlambat..

Hati-hatilah dengan perbuatan serta percakapan kita agar tidak terjatuh dalam fahaman qadariah dan jabariah...wallohu'alam..

Wednesday, May 26, 2010

Jgn MCM2...

Pernah dengar tak ayat " Jangan macam-macam"?...maksudnye jangan buat yang bukan-bukan atau jangan cari pasal...tapi tajuk kali ni bukanlah pasal ayat ni...ia adalah singkatan untuk 3 sifat mazmumah yang saya ingin kongsikan daripada kuliah maghrib sebentar tadi..apa agaknya yea?..tekalah..hehe..

3 sifat itu adalah makan, cakap dan marah...so, singkatannya adalah MCM...tanda 2 pada tajuk pula sebagai perasa untuk senang mengingat..tapi tajuk ni bukanlah bermaksud jangan makan, bercakap dan marah..maksudnya adalah jangan makan sambil bercakap dan marah..pelikkah?..selingan sahaja...maksudnya jangan makan, bercakap dan marah keterlaluan dan tidak bertempat..

Makan itu hukum asalnya adalah harus..ia menjadi haram apabila secara melampau.. sebagaimana firman Allah yang bermaksud "makan dan minumlah dan jangan pula melampaui batas".. maka, sebaiknya ikutlah sunnah Nabi Muhammad Sollallohu'alaihi wasaalam (S.A.W) yang makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang..sebagai tambahan, penceramah sebentar tadi juga menyatakan banyakkan makan ikan berbanding daging..dan jika makan ikan jangan makan kepalanya..tidak baik untuk ingatan...lagi satu, semasa makan ikan jangan minum susu...kerana campuran makanan dan minuman ini mampu membuatkan kita menjadi bebal...

Jika merujuk kitab tasawuf pula, yang dimaksudkan makan berlebihan ini adalah mencari makan secara berlebihan..maksudnya bekerja secara melampau sehingga mengabaikan kewajipan syariat seperti solat fardhu..maka, harta yang diperolehi dengan cara ini adalah haram hukumnya..

Sifat mazmumah kedua yang dibincangkan pula adalah bercakap..bercakap yang tiada henti dan disertai dusta..maka inilah yang dimaksudkan dengan apabila banyak cakap, maka banyak salahnya..dan apabila banyak salahnya maka banyaklah dosanya..dan apabila banyak dosanya maka nerakalah tempatnya..maka berhati-hatilah dalam berbicara..selain itu, diam tu banyak kelebihannya...selain dapat mengurangkan dosa, diam orang yang berpuasa adalah sama dengan orang yang berzikir...subhanallah...begitu pemurahnya Allah terhadap hamba-hambaNya..namun, ada perbahasan ulama' yang menyatakan bercakap tentang ilmu itu lebih baik daripada diam..so, secara keseluruhannya kita harus bercakap tentang ilmu dan jauhi dusta..jika tidak mampu diam itu lebih baik..

Akhir sekali adalah marah..marah juga perlu tapi biar kena pada tempatnya...contohnya kemarahan umat Islam ketika karikatur nabi Muhammad S.A.W dikeluarkan...ia jelas menghina kedudukan Baginda yang mulia di sisi Allah..maka sewajarnya umat Islam bangkit marah dan mengecam tindakan ini...jika tidak umat islam akan terus dihina dan hilang maruahnya..dalilnya mudah,,,“Barangsiapa dari kalangan kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubah kemungkaran itu dengan tangannya. Andai tiada keupayaan, maka lakukan dengan lisannya. Andai tiada juga keupayaan, maka lakukan ia dengan hatinya. Dan demikian itu adalah selemah-lemah iman” ( Muttafaq ‘alayh).. menentang di dalam hati ini boleh ditafsirkan sebagai marah...marah kepada kemungkaran..maka marahlah, tapi biar bertempat..

Akhir kata, kawallah pemakanan, percakapan dan perasaan marah kita...anda mampu mengubahnya...(ayat iklan)..hehe..salam perkongsian ilmu..

*p/s= dalil naqli (ayat al-quran) yang digunakan di dalam post ini tidak diingati penulis daripada surah dan ayatnya..namun ia adalah ayat yang masyhur....maka, jika ada yang tahu harap maklumkan...tq..

Friday, May 21, 2010

Rezeki Telah Disukat

Hati ini begitu tersentuh tatkala mendengar ayat ini daripada Ust Haji Zulkifli Haji Ismail dalam pengajiannya..ayat yang mampu menenangkan hati tatkala ditimpa musibah dan meningkatkan syukur tatkala dilimpahi rezeki..

Sesungguhnya rezeki kita telah ditentukan di Luh Mahfuz..Namun itu bukan alasan untuk kita tidak berusaha..kerana bagi kita yang mengamalkan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah percaya kepada ikhtiar..Ikhtiar inilah yang akan dinilai oleh Allah dan akhirnya diberikan pahala mahupun dosa..contohnya telah ditetapkan kita untuk mendapat RM50 pada penghujung bulan ini, namun jalan untuk mendapatkannya ada dua..pertama ialah dengan jalan baik seperti berniaga..maka ia akan dinilai dan diberikan pahala...cara kedua pula ialah sebaliknya seperti berjudi..maka nilaian yang buruk ini akan menempah dosa..mengapa kita hendak memilih jalan kedua sedangkan jalan pertama membawa output yang sama ditambah lagi dengan pahala?..maka, pilihlah jalan yang diredhoi Yang Maha Memberi Rezeki..

Mungkin ada yang tertanya bagaimana pula jika kita berusaha lebih?..maka harus bagi Allah untuk memberikan kita lebih...tapi ia hanya HARUS, bukan WAJIB..Dia lebih berhak atas segalanya...kita sebagai hamba seharusnya bersyukur dengan kurniaannya selari dengan pesanan daripadaNya "Sekiranya kamu bersyukur, nescaya Aku akan tambah bagimu"...perlu juga diingat amaran keras daripadaNya " Sekiranya kamu kufur, sesungguhnya azabKu amat pedih sekali"...

Disebabkan rezeki yang telah disukat jugalah kita harus sentiasa beringat...sekiranya kita mendapat lebih maka salurkanlah ia ke jalan kebaikan..kita ambil contoh RM50 pada hujung bulan tadi..jika kita mendapat lebih, contohnya RM60 maka RM10 daripadanya akan dikurangkan..contohnya kereta rosak dan sebagainya..maka, apabila kita mendapat lebih maka bersedekahlah serta buatlah kebajikan..kerana ia lebih baik dan beroleh pahala berbanding hilang begitu saja..

Persolan lain adalah bagaimana kita hendak berbuat kebajikan andai kita tidak tahu mengenai takat rezeki kita? jangan risau...rezeki itu akan datang daripada jalan yang tidak disangka..contohnya jika kita sedekahkan RM10 daripada RM50 tadi, maka Allah akan pulangkan semula melaui jalan yang kita tidak sangka2 dan tidak semestinya dalam bentuk duit..boleh jadi ia akan datang dalam bentuk kain pelikat pemberian rakan dan sebagainya..Insya-Allah..

Maka, usah bersedih andai ditimpa musibah...ia adalah suratan qada' dan qadar ke atas kita..Ingatlah bahawa rezeki yang kita dapat belum tentu kesemuanya milik kita...maka bantulah saudara seIslam kita yang memerlukan..Rezeki Kita Telah Disukat OlehNya..Wallohua'lam..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Thursday, May 20, 2010

Pulang

Setelah lama meyepi kerana sibuk dengan tesis dan final exam sebelum ni, akhirnya jari-jemariku menari kembali...menari mengikut rentak irama hati yang melonjak-lonjak kini..

Sebulan telah berlalu sejak last paper pada 30 April 2010..Banyak pengalaman yang mengajar erti kehidupan dalam tempoh itu..sempat juga berjinak-jinak dengan ilmu agama bersama teman-teman seperjuangan di Melaka..Bertemu dengan keturunan Rasulullah Solallohu'alaihi Wasallam (S.A.W) iaitu para Habib merupakan pengalaman yang cukup indah.

Sungguh kagum kerana wakil mereka yang berucap pada malam itu, Habib Umar Al-Jailani tidak menekankan perkara yang besar, namun pembawakan Islam yang paling asas..penjagaan solat umpamanya yang kelihatan kecil di mata kebanyakan kita pada hakikatnya adalah garis permulaan untuk perhitungan amalan yang lain..Solat Malam yang ditekankan oleh beliau amat terkesan sekali di hati sanubari ini..telah lama amalan orang2 soleh ini daku tinggalkan..

Solat malam ataupun Qiamullail adalah rahsia antara kita dengan Allah..tiada siapa yang tahu..hanya ada kita dan Sang Pencipta Yang Maha Esa..bukti keikhlasan pengabdian diri kepadaNya..luahkan segala isi hati..merayu dan merintihlah...mohonlah ampunan dan jalan keluar bagi segala permasalahan hidup..kerana waktu inilah mustajab doa seorang hamba..carilah ketenangan melaluinya...kita telah terlalu lama dan sibuk dengan urusan dunia..mengapa kita amat kedekut untuk meluangkan sejenak waktu untuk mengadapNya sedang 24 JAM yang kita miliki adalah pemberianNya?..Ayuh renungkan dan beramal dengannya teman2ku..

Maka, post kali ini bukan sekadar menyatakan kepulanganku tapi turut mengajak tamu-tamu yang hadir ke blog ini untuk pulang ke pangkal jalan..jalan yang diredhai Tuhan..Mulalah dari sekarang untuk berubah ke arah kebaikan kerana maut itu tiada mengenal waktu..Permulaan itu tdak semestinya drastik, tapi bermulalah dengan sedikit tapi dengan kefahaman yang tinggi dan pengabdian sepenuh hati..Dampingilah Tuhan untuk mendapatkan redhaNya di dunia dan Akhirat...

Wassalam..

Saturday, April 24, 2010

Cinta Terakhir


Post kali ni bukan tentang hidupku....bukan peristiwa ketika diriku putus cinta mahupun baru bercinta..tapi tentang satu lagu yang baru dihadiahkan oleh kak cik aku semalam..memang best lagu ni..sayhdu..namun apa guna lagu jika tidak dihayati liriknya..itulah yang jari-jemariku akan bahaskan di sini..

Tiap orang punya persepsi tersendiri. Persepsi awal diriku terhadap lagu ini ialah jelek kerana seolah-olah lagu ini memuja seorang gadis secara terlampau dan akhirnya frust menonggeng. Namun, setelah menghayati berulang kali akhirnya aku keluar dengan suatu konklusi. Ia dipecahkan mengikut perenggan..

Pada perenggan pertama dan kedua itulah hakikat kebanyakan manusia kini dalam bercinta. Ketika bercinta segalanya dirasakan indah sehingga segala yang ada di dunia ini tiada tandingannya berbanding dengan buah hati masing-masing. Bak kata ustaz mahupun ustazah pada kebiasaan ceramah tentang cinta ini, "bila cinta sudah melekat, tahi kucing pun rasa coklat". Itulah kebiasaan yang di alami oleh orang yang bercinta.

Pada perenggan ketiga dan keempat pula, disitulah hakikat percintaan. Tiada siapa yang dapat menjamin rasa cinta yang ada dalam diri kepada seseorang akan kekal selamanya..sebab itu ada ulama' berpesan "jika engkau mencintai sesuatu, cintailah seadanya..kerana mungkin kelak ia akan menjadi sesuatu yang kau benci..jika kau membenci sesuatu, bencilah seadanya..kerana mungkin kelak ia akan menjadi sesuatu yang kau cintai" . Itulah hakikat percintaan manusia.. Tidak tahu apa kesudahannya. Hanya Tuhan yang mampu menentukan segalanya..Kita hanya mampu merancang dan berdoa untuk dapat yang terbaik, namun segalanya atas ketentuan serta rahmatNya.

Pengajaran yang terakhir yang ingin ku kongsi bersama disini adalah cinta manusia tiada kesudahan. Tapi cinta Allah dan Rasulullah sudah pasti berbalas dengan kesudahan yang pasti (syurga)..Hayati, renungi dan amalkanlah hadith nabi sollallohu 'alaihi wasallam (s.a.w) ini :

لا يؤمن أحدكم حتى أكون أحب إليه من والده وولده والناس أجمعين
"Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga aku (Rasulullah s.a.w) dicintai melebihi daripada kedua ibu bapanya, anaknya serta seluruh manusia." (Sohih Bukhari)

Maka sebagai umat Islam, urutan rasa cinta yang harus diikuti adalah :

Allah
Rasulullah S.A.W
Ibu Bapa, Anak Isteri, Keluarga & Sesama umat Islam

p/s : Kat bawah ni, aku sediakan lirik lagu Cinta Terakhir untuk rujukan semua.


Kau Cinta pertamaku
Engkau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa menafikan kasih kita...

Kau ayu dimataku
Satu antara seribu
Tiada tara didunia...

Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir...

Mungkin kitakan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan Tuhan....

Lagu/lirik: Hafiz Hamidun
Album : Single Terbaru
Munsyid : Aiman Akademi Nasyid
http://liriknasyid.com

Wednesday, April 7, 2010

JaLinAn KaSiH

Salam perpisahan kuucapkan buat rakan-rakan serta adik-adik di FST yang mengenali diri ini terutamanya mereka yang berada dalam PMFST..Kenapa awal sangat diri ini mengucapkan kata-kata ini?...takut2 tak berkesempatan kerana masing-masing sibuk dengan
peperiksaan..Tahniah dan salam perkenalan buat keluarga PMFST yang baru..

Terkenang kembali saat diri ini mula-mula hadir dalam keluarga FST..tiada ikatan kerja..hanya jalinan kasih daripada anda semua menarik diri ini untuk bersama-sama kalian..Insan yang paling beriya ketika itu adalah YDP PMFST 09/10 sendiri..rakan silat seawal kehadiranku di UKM ini ...kusangka diri akan disisih namun kalian terlalu baik buat diri ini..kehadiranku disambut bagai bayi yang baru lahir..penuh mesra n gelak ketawa.

Hadir kalian dalam hidup ini amat bermakna..walaupun tempoh 1 tahun bersama kalian terasa begitu singkat, namun kenangan indah bersama takkan pernah kulupakan..majlis ilmu terlalu kerap dilakukan mengisi jiwaku yang kekosongan ini..apatah lagi majlis makan bersama yang kesannya kalian boleh lihat pada diriku sekarang ini..hehe..

Susah-senangku di FST kalian memahami..kalianlah sahabat, kaunselor serta pembantu bagi diri ini dalam mengharungi mehnah dan ujian hidup sebagai mahasiswa..Detik itu sangat kurasai waktu bertanding untuk pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar..walau diriku bukan mewakili PMFST tapi seluruh FST, kalianlah insan yang paling berjasa buat diri ini...sanggup berkorban masa dan tenaga membantuku...Infiniti terima kasih kuhadiakan buat kalian..kalian terlalu baik buat diri ini.

Ku bersyukur pada Tuhan kerana dengan Rahmah serta mahabbahNYa, kalian hadir dalam hidup ini..Biarlah kalian mengatakan diri ini terlalu 'touching' mahupun lembut hati ataupun jiwang karat.....hati ini terlalu sayangkan kalian..terasa tidak ingin berpisah namun itulah adat setiap pertemuan....perpisahan menjadi gandingannya...Kuharap kalian dapat memaafkan segala kesalahan diri yang kerdil lagi hina ini andai bicaraku pernah mengguris hati, andai perbuatanku pernah menyalakan api kemarahan dijiwa dan andai umpatanku dibelakang kalian tak pernah kalian ketahui...diriku terlalu lemah untuk mengelakkan itu semua..hanya mampu duduk menanti sejuta kemaafan daripada kalian.

Buat kalian yang masih berada di FST, teruskanlah perjuangan...usah tewas dengan perasaan..usah gentar pada ujian..Sesungguhnya pada setiap permasalahan ada kunci kejayaan..Binalah keperibadianmu, ciptalah kejayaanmu dan timbalah ilmu selagi kau masih punya waktu..jiwaku tetap menyokong kalian...Salam juang kuucapkan sebagai kata mungundur diri..


Thursday, March 11, 2010

LuaHaN RaSa BerSaMa

Detik itu terlalu bermakna bagiku...seolah-olah itulah yang ku nanti-nantikan selama berada dalam galaxy geologi ini. Sesi meluahkan perasaan yang selama ini terpendam dalam tiap jiwa yang menemaniku selama 3 tahun ini. Inilah yang pertama dan mungkin inilah yang terakhir buat kita bersama. Namun detik yang hanya 3 jam lebih itu akan ku kenang selamanya.

Walaupun tak semua yang ada, namun ku cukup terharu. Suasana yang mampu membuatkan setiap insan mengalirkan air mata. Amat sukar dikecapi. Baru sekarang ku tahu apa yang selama ini terpendam di hati mereka. Baru kini ku sedari siapa mereka sebenarnya. Pelbagai konflik yang berlegar di antara kami seolah selesai begitu sahaja. Segala kekusutan begitu senang terlerai. Segala kesumat dendam begitu mudah dimaafkan. Inilah insan-insan yang berada disekitarku selama ini.

Dalam keramaian itu, diriku cukup berterima kasih serta kagum kepada seorang sahabatku yang dahulunya sama-sama pergi ke kelas semasa di matrikulasi dan masih sekelas denganku di UKM ini. Semuanya gara-gara diriku yang menyebabkan beliau ditawarkan bidang geologi ini sedangkan dirinya tidak berminat pun. Kutahu segalanya atas taqdir Allah, namun hatiku sayu, kerana pada awalnya jiwaku turut menolak bidang geologi ini. Terlalu sukar bagiku, apatah lagi bagi dirinya. Namun kami tak keseorangan. Masih ada insan-insan lain yang menemani jiwa yang gundah ini. Segala susah-payah diharungi bersama. Anda semualah motivasi bagi diri ini. Kini, sahabatku itulah geologist yang matang bagiku.

Diri ini jua ingin mengucapkan syukur kepada Ilahi kerana diberi peluang serta kekuatan untuk terus bersama-sama mereka ini. Mungkin kadangkala hati ini terusik dengan gurauan mahupun tingkahlaku rakan-rakan, namun itulah yang merapatkan kita semua. Hanya ucapan maaf serta terima kasih sudah cukup untuk menjadi pengubat buatku. Mengimbau nostalgia lalu, terasa terlalu banyak perubahan pada mereka. Perubahan yang kadang-kala sukar diramal. Itulah warna-warna kehidupan ini. Tiada siapa yang bisa meramal apa yang ada pada tiap insan kerana tiap jiwa ada kelebihan tersendiri.

Terima Kasih Rakan-Rakan Sekelasku...Maaf andai diri ini pernah melukakan hati anda semua.. Semoga persahabatan ini kekal selamanya...




p/s : kepada intan, sowi aku tak bagitau copy gambar ni dari profil fb ko..mohon copy k..(",)

Friday, March 5, 2010

DuGaaN KeHiDuPaN




Hampir setiap hari dugaan itu tiba..ada yang kecil dan ada yang besar sehingga terlalu berat buat diri ini menanggungnya.Keluahan sering juga terhembus sedang diri ini tahu bahawa dalam tiap sesuatu kesusahan pasti diiringi kesenangan sebagaimana mafhum firman Allah dalam Al-Quran ( Al-Insyirah, ayat 5 & 6).

Tiap jiwa di dalam dunia ini pasti akan menerima ujian. Ujian yang menguji kedudukan kita sebagai seorang hamba kepada Sang Pencipta. Hanya cara kita melalui ujian tersebut yang berbeza. Ada yang melaluinya dengan jalan terbaik, ada yang sederhana dan ada jua yang tidak lulus. Semuanya dalam nilaian Allah. Seandainya jalan keluar yang diambil mengikut perintahNya, nescaya redhaNya di dunia & akhirat menjadi ganjarannya. Itulah impian setiap mukmin dan muttaqin..kebahagiaan dunia dan akhirat..tiada yang lebih berharga daripadanya.

Ramai yang sedar akan perkara ini namun berapa ramai antara kita yang sentiasa mengingati Allah ketika susah mahupun senang? jawapannya ada pada anda..kadang-kala Dia sengaja memberikan sedikit kesukaran di kala senang sebagai peringatan agar kita sentiasa menjadi hambanya yang bersyukur. Sering jua dugaan itu datang bertatalu hingga ingin rebah diriku, Namun ingatlah teman-temanku sekalian, tiada kesusahan yang berpanjangan. Tiap permasalahan pasti punya jalan keluar tersendiri..Insya-Allah.

Dia yang menurunkan ujian tersebut, pasti Dia punya skema jawapan bagi tiap permasalahan hidup ini. Mengadulah padanya. Hanya padanya. Letakkan sepenuh pergantungan diri padaNya.Nescaya aduanmu akan diterima. Cuma waktu yang menjadi batasnya. Ada yang cepat dan ada yang kurang pantas. Segalanya atas aturanNya. Namun kita diberi ruang dan peluang untuk berusaha (penyebab ) demi menggapai segala yang tersirat di hati. Usah berputus asa teman-temanku.

Sedarlah wahai hati dan jiwa,
Sesungguhnya ujian itu hanya seketika,
jambatan untuk tingkatkan iman,
Ruang untuk dekat padaNya.

hayatilah bait-bait lagu Maher Zain yang membicarkan soal ini. Semoga dirimu dan diriku menemui jalan iu..Jalan menuju redha Ilahi.

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way


p/s : lagu ni tak sampai habis..Ringkas tapi padat dengan isinya,.Semoga terenung kesilapan lalu dan ambil iktibar.


Monday, March 1, 2010

WaRkah BuAtMu

Rasa ini telah lama kupendam. Sedalam lubuk hati yang tidak terjangkau oleh akal, namun itulah sifatnya hati..didiami oleh perasaan serta perikemanusiaan..di situ jua terletak jua nafsu. Sebab itulah jika baik hati seseorang maka baik seluruh jasadnya..itulah mafhum sabda Rasulullah solallahu'alaihi wasallam (s.a.w).

Namun bukan tentang nafsu itu yang ingin ku ceritakan saat ini. Hanya perasaan yang kurasa kebelakangan ini. Tentang dia. Tentang insan yang menjadi penyebab kelahiranku kedunia ini. Tentang insan yang perlu berlaku baik terhadapnya selepas Allah dan RasulNya..dialah ibu, ummi, mama & emak buat diri ini..

Terlalu besar pengorbananmu dalam mendidik diri ini. Tatkala rakan-rakan berkata tentang kenakalan serta keligatan diri ini, tika itulah diri ini terkenang susah-payah serta jerih-maungmu membesarkanku. Ku sering sakiti hatimu, namun dirimu terus bersabar..Ku sering buatmu menangis, namun kau tak pernah menyisihkanku..Ku sering memalukanmu di kalangan teman-temanmu, namun engkau abaikan itu semua..Dirimu terlalu baik buatku.

Engkaulah insan yang begitu mudah membaca segala gerak-langkahku tatkala orang lain tidak menyedarinya. Sukar bagiku berselindung darimu. Namun, diri ini jua bisa membaca segala kepayahan yang kau lalui walaupun dalam senyummu. Keperitan itu kau lalui untukku dan adik-adik tanpa mengenal erti penat dan putus asa.

Terima kasih ummi. Akan ku cuba berikan yang terbaik buatmu walaupun ku tahu pengorbananku tak sebesar mana jika dibandingkan dengan apa yang telah kau lalui. Ku harap dirimu dapat memafkan segala kesalahanku sepanjang hayat ini dan meredhakan segala yang telah kau berikan buat diri ini...kerana redha Allah terletak pada redhamu...




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Tuesday, February 23, 2010

di mana anda?

Post kali ini bukan berkaitan tempat di mana anda berada, sebaliknya di manakah kedudukan anda dan kita semua di sisi Tuhan Yang Maha Mengasihani hamba-hambaNya.

Pagi tadi diri ini didatangi oleh seorang rakan yang melakukan survey untuk subjek pengurusan emosi (maaf kalau silap,tak ingat). Bezanya survey yang dilakukan adalah beserta gambar yang ada dalam laptop dia. Soalan yang diberi adalah mengenai perasaan kita sewaktu melihat gambar tersebut tapi tak boleh bagi tahu dalam blog ni, takut-takut tak suprise kalau ada yang dapat soalan survey dia nanti..(jangan marah,hehe). Tak cukup dengan itu, di tambah pula dengan cerita kegembiraan di syurga dan seksaan di neraka. Mungkin dia nak lihat sejauh mana pengaruh gambar tadi dengan cerita yang diberi.

Namun satu perkara yang terkesan dihati ini sewaktu membaca kedua-dua cerita tersebut. Jawapan yang kuberi untuk kedua-duanya adalah sama, Sedih dan Risau walaupun cerita tersebut berbeza tajuk (sedih dan gembira). Jawapan tersebut adalah yang tersirat di benak hati ini.

Walaupun diceritakan tentang keindahan di dalam syurga, hati ini tetap sedih & risau kerana belum tentu diri ini mampu mengecapinya kelak. Terasa diriku tidak layak untuk itu semua. Ketika cerita ancaman di neraka, lebih-lebih lagilah hati ini tersentak. Seolah-olah itulah tempat kembaliku kelak jika bersandarkan kepada amalanku kini. Seandainya diriku berada di zaman Rasulullah Sollallohu 'alaihi wassam (s.a.w), adakah diriku akan dicop sebagai orang-orang yang beriman mahupun orang munafik yang mendapat ancaman daripada Allah?..sukar bagiku menganggarnya. Terasa terlalu rendahnya diriku disamping Dia, Sang Pencipta.

Oleh itu, diri ini ingin mengajak semua bermuhasabah diri. Di manakah kedudukan kita disamping Yang Maha Esa? Sejauh manakah perintahNya kita turuti dan sebanyak manakah laranganNya yang kita ingkari? Rasanya terlalu banyak laranganNya yang kita langgar berbanding suruhanNya yang kita taati. Kitalah hamba yang tak sedar diri yang selayaknya ditebang sahaja kerana tidak mendatangkan hasil. Namun kasihnya Allah kepada kita tak terbalas. Kita masih diberi ruang untuk bertaubat dan berubah.

Bertaubatlah selagi belum terlambat. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun terhadap segala dosa dan noda yang kita lakukan sendainya kita benar-benar ingin berubah, kerana itulah sebenar-benar taubat (Taubat Nasuha).


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Wednesday, February 17, 2010

Perjuangan Islam Itu Sukar?




Itulah kesimpulan yang dapat diriku catatkan selepas menghadiri ceramah disurau An-Nur, Bandar Baru Bangi malam tadi. Berkisarkan tentang perang khandak (parit) yang berlaku di madinah suatu ketika dahulu. Sungguh bijak penceramah menyampaikan isinya, jelas dan penuh perinciaan.

Ketika itu umat Islam dikepung, makanan dicatu dan tiada siapa yang boleh keluar dari Madinah. Rasulullah sollallohu 'alaihi wasallam (s.a.w) sendiri mengikat batu di perut baginda bagi menahan lapar. Umat Islam amat teruji ketika ini. Allah juga menurunkan ribut ketika perang ini berlaku yang menjadi salah satu faktor kekalahan kaum Quraisy Makkah ketika itu.

Ribut yang ditemani oleh suasana dingin turut menggugat umat Islam ketika itu sehingga tiada yang sanggup pergi ke Makkah melihat perancanaan musuh walau dijanjikan kedudukan disisi Baginda di akhirat kelak. Bukannya mereka semua ingkar, namun mereka hanya insan biasa yang turut tergugat oleh cuaca amat dingin mencengkam ketika itu. Akhirnya Khuzaifah yang dipilih Baginda bagi menjalankan tanggungjawab tersebut. Dengan hati yang redha, dia menuruti.

Kisah ini sudah cukup sebagai pembuktian bahawa perjuangan Islam bukan mudah seperti ABC. Ia menuntut kepayahan+ tekanan fizikal & mental + pengorbanan harta, diri dan hati + kesabaran serta kesetiaan yang menggunung demi mendapatkan hasil yang bergelar kejayaan.

Dalam kepayahan inilah Allah menapis tentera-tenteraNya. Ada yang tidak tahan dan lari dari medan perjuangan dengan cara menyorok , lompat parti dan sebagainya (sebagai gambaran). Ini semua berlaku kerana Allah hanya mahukan insan yang benar-benar setia kepada agama yang benar ini.

Ketika ada insan yang mengadu kepada Nabi s.a.w sendiri agar berdoa menuntut kemenangan Islam kerana dalam dirinya telah dimasukkan dengan 7 butir batu-bata, Baginda hanya menjawab bahawa pemuda itu terlalu gopoh. Insan-insan lain sebelumnya telah melalui kepayahan yang lebih hingga mengorbankan nyawa demi agama Islam tercinta. Keluarga Yasir, Bilal bin Robah dan Zaid bin Thabit antara mereka yang melalui kepayahan itu.

Memang sukar, namun itulah harga yang perlu dibayar untuk sebuah kemenangan. Jangan anggap diri kita telah beriman selagi belum diuji. Nilailah sendiri sejauh mana pengorbanan kita untuk Islam, agama yang suci lagi murni ini. Terus tetap dalam perjuangan ini hingga ke akhirnya. Dunia ini bukan untuk kita, tetapi untuk mereka yang tidak inginkan syurga di akhirat sana. Wassalam..



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

pengorbanan tak pernah berakhir buat selamanya...

Wednesday, February 10, 2010

LoVe


Saat itu (malam tadi) amat bermakna buat diri ini..forum remaja; Cintaku, kau dan Dia sungguh membawa kesan yang mendalam pada jiwa ini. Bukan sebab diri ini menjadi pengacara majlis (itupun membawa makna,tapi sikit je),tetapi kerana ia telah dikupas oleh panel handalan iaitu ust Nabil Ahmad (Far East) dan ust Muhd Zai Mustafa. Orang-orang veteran dalam dunia cinta.

Awal-awal lagi ust Nabil buka dengan pertanyaan berapa ramai yang ada di majlis itu yang dah tengok filem Ketika Cinta Bertasbih. Masih ramai yang belum menontonnya, namun mataku baru sahaja menontonnya kelmarin (hehe). Ketika ada yang bertanya relevankah bagi seorang mahasiswa berkahwin semasa belajar, dengan spontan ustaz Nabil menyokong 100%. Namun ianya bersyarat, iaitu kita benar-benar yakin dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami. Andai tidak mampu,berpuasalah..kerana itu anjuran agama Islam. Menariknya hujah itu dikuatkan lagi dengan kenyataan "adik saya juga akan berkahwin pada pertegahan bulan 2 ni " tanda sokongan untuk berkahwin pada usia muda.

Dikala itu juga, ditimbulkan persoalan bahawa jalan manakah di dalam islam yang menghalalkan couple? mmg TIADA selagi belum ada ikatan pernikahan. Kemudian ada audience yang bertanya bagaimana kita ingin menjaga hati ini agar tidak terlalu terdesak untuk bercinta?..memang soalan itulah yang bermain di lubuk hati setiap remaja yang ada kesedaran tentang haramnya couple sebelum nikah..Jawapannya mudah, alihkan cintamu kepada Ilahi kerana ia cinta yang hakiki, sibukkan dirimu dengan kegiatan lain yang dapat melupakanmu tentang cinta monyet dan berdoalah agar dirimu dan dirinya tidak jatuh ke lembah maksiat.

Kita sebagai mahasiswa islam tidak dapat lari daripada pemikiran moden dewasa ini yang mengatakan setiap daripada kita harus bercouple sebelum kahwin. Alasannya ingin mengenali pasangan dan mencari pengalaman. Namun, sedarkah kita bahawa terlalu banyak kes penceraian di luar sana yang melibatkan pasangan muda yang telah banyak kali bercouple sebelum ini? Semuanya disebabkan cinta nafsu semata. Sedarlah bahawa cinta dan perkahwinan itu diiringi dengan tanggungjawab. Jika ia diniatkan ke atas nafsu semata, dirimu akan jemu setelah mendapatkannya di saat awal perkahwinan sehingga ingin mencuba yang lain. Suatu penjelasan yang cukup menarik.

Kesimpulannya, kita harus mensistemkan kembali pemikiran kita mengikut syariat agama dan bukannya menggunakan dalil serta ruang dalam agama sebagai alasan untuk kita terus hanyut dalam arus pemikiran songsang di zaman globalisasi ini. Niatkan cintamu kerana Allah.

Aku hanya mampu berdoa, YA Allah..

Andai benar dia untukku, kau peliharalah dia untukku dan peliharalah daku untuknya. Peliharalah cinta kami agar tidak melebihi cinta kepadaMU ya Ilahi, Peliharalah hati dan diri kami dari jatuh ke lembah kehinaan, Namun, andai dia bukan milikku kau redhakanlah hati ini dengan ketentuanmu. Kau kurniakanlah baginya insan yang lebih baik daripadaku, dan kurniakanlah bagiku insan yang lebih baik darinya, yang dapat mengingatkanku dikala terleka, yang dapat membawaku dekat padaMu Wahai Maha Pemberi Cinta....

p/s : sebagai rujukan tambahan tentang isu cinta, layarilah laman http://saifulislam.com/