Friday, May 21, 2010

Rezeki Telah Disukat

Hati ini begitu tersentuh tatkala mendengar ayat ini daripada Ust Haji Zulkifli Haji Ismail dalam pengajiannya..ayat yang mampu menenangkan hati tatkala ditimpa musibah dan meningkatkan syukur tatkala dilimpahi rezeki..

Sesungguhnya rezeki kita telah ditentukan di Luh Mahfuz..Namun itu bukan alasan untuk kita tidak berusaha..kerana bagi kita yang mengamalkan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah percaya kepada ikhtiar..Ikhtiar inilah yang akan dinilai oleh Allah dan akhirnya diberikan pahala mahupun dosa..contohnya telah ditetapkan kita untuk mendapat RM50 pada penghujung bulan ini, namun jalan untuk mendapatkannya ada dua..pertama ialah dengan jalan baik seperti berniaga..maka ia akan dinilai dan diberikan pahala...cara kedua pula ialah sebaliknya seperti berjudi..maka nilaian yang buruk ini akan menempah dosa..mengapa kita hendak memilih jalan kedua sedangkan jalan pertama membawa output yang sama ditambah lagi dengan pahala?..maka, pilihlah jalan yang diredhoi Yang Maha Memberi Rezeki..

Mungkin ada yang tertanya bagaimana pula jika kita berusaha lebih?..maka harus bagi Allah untuk memberikan kita lebih...tapi ia hanya HARUS, bukan WAJIB..Dia lebih berhak atas segalanya...kita sebagai hamba seharusnya bersyukur dengan kurniaannya selari dengan pesanan daripadaNya "Sekiranya kamu bersyukur, nescaya Aku akan tambah bagimu"...perlu juga diingat amaran keras daripadaNya " Sekiranya kamu kufur, sesungguhnya azabKu amat pedih sekali"...

Disebabkan rezeki yang telah disukat jugalah kita harus sentiasa beringat...sekiranya kita mendapat lebih maka salurkanlah ia ke jalan kebaikan..kita ambil contoh RM50 pada hujung bulan tadi..jika kita mendapat lebih, contohnya RM60 maka RM10 daripadanya akan dikurangkan..contohnya kereta rosak dan sebagainya..maka, apabila kita mendapat lebih maka bersedekahlah serta buatlah kebajikan..kerana ia lebih baik dan beroleh pahala berbanding hilang begitu saja..

Persolan lain adalah bagaimana kita hendak berbuat kebajikan andai kita tidak tahu mengenai takat rezeki kita? jangan risau...rezeki itu akan datang daripada jalan yang tidak disangka..contohnya jika kita sedekahkan RM10 daripada RM50 tadi, maka Allah akan pulangkan semula melaui jalan yang kita tidak sangka2 dan tidak semestinya dalam bentuk duit..boleh jadi ia akan datang dalam bentuk kain pelikat pemberian rakan dan sebagainya..Insya-Allah..

Maka, usah bersedih andai ditimpa musibah...ia adalah suratan qada' dan qadar ke atas kita..Ingatlah bahawa rezeki yang kita dapat belum tentu kesemuanya milik kita...maka bantulah saudara seIslam kita yang memerlukan..Rezeki Kita Telah Disukat OlehNya..Wallohua'lam..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

2 comments: