Monday, July 5, 2010

Masa

Demi masa,
masa adalah kurun dan zaman
masa adalah penggantian tahun ke tahun
masa adalah peredaran bulan ke bulan
masa adalah perjalanan hari demi hari
masa adalah peredaran saat ke minit
masa juga adalah pertukaran siang dan malam..
hargailah masa kerana ia begitu berharga..

Jangan usia sudah penghujung umur,
gigi pun dah banyak gugur,
yang boleh dimakan hanya bubur,
tinggal tunggu masuk kubur,
barulah sibuk untuk beramal..
oleh itu perbanyakkanlah syukur,
jangan pula menjadi kufur,
jika tidak amalanmu lebur,
tunggulah siksa ketika di kubur..

semua manusia itu rugi
yang kaya itu rugi
yang miskin itu rugi
yang untung pun rugi
dan yang rugi lagilah dua kali rugi..
sebab apa rugi?
sebab tidak mampu urus masa dengan bijaksana

jika taknak rugi,
isilah masa sampai penuh,
jangan nampak sahaja penuh tapi kosong,
jangan nampak sahaja penuh tapi tiada isi..
oleh itu, isilah masa dengan 4 perkara..
1) Iman
2)Amal soleh
3)Nasihat kepada kebenaran
4)Nasihat kepada kesabaran

insya-Allah yang yang kaya itu untung
yang miskin pun untung
yang untung lagilah dua kali untung
dan yang rugi pun ada untungnya..

walau apapun isilah kepala ini hingga nak pecah,
isilah dada ini hingga nak meletup,
jangan isi dengan dunia semata-mata,
kerana ia tidak kekal selamanya..

Gunalah masa yang kita ada sebaiknya
sebagai bekalan untuk ke sana
di dunia yang kekal selamanya
yang tiada patah baliknya...

p/s: posting kali ini adalah sedikit bingkisan daripada syarahan adik tahfiz Umar Al-Faroaq (dari ma'had tahfiz di Indonesia) ketika berada di masjid Kg.Sawah, Banting sempena majlis Israk Mikraj..beliau baru berumur 11 tahun, namun kata2nya mampu mengalahkan orang dewasa..semoga beliau menjadi imam muda yang disegani kelak...amiin..

No comments:

Post a Comment