Pernah dengar ayat seperti di atas?..apa perasaan anda jika ada orang yang mengatakan sebegitu kepada anda?...tentu sakit hati bukan..rasa macam hendak lumat-lumatkan muka orang cakap tu je...begitu berbisanya ayat ini..
...satu perkataan yang sengaja dicipta oleh orientalis dan digembar-gemburkan melalui masyarakat sehingga perkataan ini menjadi sungguh menyengat..Fungsinya mudah, iaitu untuk melemahkan semangat untuk kita berubah ke arah kebaikan..
Suatu contoh mudah yang boleh diambil adalah bekas penagih yang baru sahaja keluar dari pusat pemulihan...mereka telah berhenti menagih dan mungkin ada yang sudah tidak merokok...tapi apabila pulang ke kampung rakan-rakan menghulurkan rokok...apabila mereka menolak, rakan-rakan mereka pun berkata, "tak payah hipokrit la wei..dulu ganja pun lu sapu"...akhirnya mereka terpaksa menurut...dan tidak mustahil mereka akan ditangkap semula kerana terpengaruh dengan penagih-penagih di luar sana..
Contoh lain pula seperti seorang artis yang baru pulang menunaikan haji...keadaannya sebelum dan selepas melengkapkan rukun Islam ke-5 itu langsung tiada perbezaan...masih pakai seksi-seksi, mulut laser dan sombong..alasan mudahnya, "I tak nak hipokrit"..tanpa dia sedar perbuatannya seolah-olah mempersendakan agama...na'uzubillahiminzalik..
Dua contoh di atas bukan untuk menghina sesiapa..tapi sekadar ingatan bersama..ia juga membuktikan betapa dalamnya jarum musuh Islam telah menusuk ke dalam daging kita semua..Di dalam Islam tiada istilah hipokrit...yang ada hanyalah munafik mahupun mujahadah..
Apa yang dikatakan sebagai munafik adalah apa yang kita lakukan itu bukan untuk berubah, sebaliknya untuk menunjuk-nunjuk..untuk memberitahu semua orang bahawa dialah orang paling baik dalam dunia ini sedangkan tiada keikhlasan di dalam hati...bahkan hatinya sebenarnya membenci kebaikan yang dilakukan itu..
Mujahadah pula ialah melakukan segala perbuatan baik semata-mata kerana Allah..terniat di sudut hati kecilnya untuk berubah ke arah kebaikan..dia tidak menghiraukan apa yang diperkatakan orang di sekeliling, tapi hanya mengharapkan redha Allah di atas segala perbuatannya..
Oleh itu, ayuh bermujahadah menjadi hamba Allah yang bertaqwa di dunia ini dan jauhi sifat munafik..abaikan ungkapan hipokrit daripada manusia yang tidak mengerti tujuan hidup di dunia..kerana
p/s: cetusan idea ini bersumberkan daripada slot motivasi bersama Ust Fakhrurrazi..
terima kasih atas perkongsian,,
ReplyDeleteanon: same2...hidup di dunia ini penuh cabaran...sbb i2 pnting bg kita saling nasihat-menasihati...maka jika tdpt kekurangan pd tulisan mahupun diri saya, tegur2lah...
ReplyDelete