I'tiqad secara umumnya adalah kepercayaan..Dalam Islam ada 3 jenis i'tiqad, iaitu i'tiqad qadariah, i'tiqad jabariah dan i'tiqad ahlus sunnah wal jamaah..
I'tiqad qadariah bermaksud kepercayaan tentang segala perbuatan manusia samada baik mahupun buruk adalah hasil daripada manusia sendiri dan tidak bersangkut-paut dengan kuasa Tuhan..maka, manusia sendiri yang memberi kesan pada segala perbuatannya tapi dengan qudrat yang dijadikan Tuhan pada manusia..namun, ia bersalahan dengan keadaan manusia di dunia ini...jika manusia berkuasa ke atas segala perbuatannya, mesti tiada yang ingin hidup dalam kemiskinan dan kesengsaraan..selain itu, fahaman ini seolah-olah menafikan kekuasaan Tuhan atas segala yang berlaku pada kita semua..maka, mereka yang beri'tiqad dengan kepercayaan ini tergolong dalam golongan fasik ( pendapat yang mu'tad kerana ada ulama' yang menghukumkan kafir)..
I'tiqad yang antonim dengan qadariah adalah I'tiqad Jabariah..ia bermaksud kepercayaan bahawa segala yang berlaku pada manusia adalah qada' dan qadar Allah semata-mata dan tidak berkaitan dengan usaha dan pilihan manusia..seolah-olah segala yang terjadi pada manusia dalam keadaan terpaksa..maka dengan mudahlah seorang pelacur dan pencuri mengatakan perbuatan terkutuk mereka adalah nasib yang ditentukan Tuhan dan mereka terpaksa menerimanya..jika fahaman ini benar, maka tiada gunalah pahala dan dosa...tiada gunalah ganjaran syurga dan azab neraka kerana perbuatan mereka bukan atas kehendak sendiri...tiada gunalah al-Quran sebagai petunjuk kerana ada yang berkehendak dengan petunjuk itu, namun nasibnya telah ditentukan sebaliknya..idealisme ini juga termasuk dalam fasik..namun ada segolongan kecil ulama' yang menghukumkan kafir..
Akhir sekali adalah i'tiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang seharusnya dipegang oleh umat Islam seluruh dunia..segala yang berlaku pada manusia atas kehendak Tuhan Yang Maha Berkuasa dengan melihat kepada ikhtiar manusia..namun ia harus bagi Allah..sekiranya Allah ingin memberikan yang lain kepada kita walaupun kita telah berusaha atas sesuatu yang lain, itu boleh berlaku..kerana Tuhan lebih berkuasa dan lebih tahu apa yang terbaik buat kita semua.. selain itu, ikhtiar manusia inilah yang diberikan pahala mahupun dosa..inilah i'tiqad sederhana yang bertepatan dengan hadis Nabi s.a.w "sebaik2 perkara adalah yang sederhana sahaja"..
Fahaman qadariah dan jabariah adalah keterlaluan dan seharusnya dijauhi..usah percaya segala yang dapat pada hari ini adalah atas usaha kita semata-mata kerana ia merupakan i'tiqad Qadariah..jauhilah daripada mempercayai segala yang berlaku pada kita semua adalah nasib yang tidak boleh diubah..ia bersalahan dengan mafhum firman Allah di dalam Al-Quran "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu sendiri berusaha mengubahnya"..namun, fahaman inilah yang menular dalam masyarakat kita kini..alasan belum sampai seru sering digunakan sedangkan Al-Quran telah sampai kepada mereka sejak lahir lagi...cuma diri sendiri yang tiada ikhtiar untuk berubah...maka berubahlah sebelum terlambat..
Hati-hatilah dengan perbuatan serta percakapan kita agar tidak terjatuh dalam fahaman qadariah dan jabariah...wallohu'alam..
No comments:
Post a Comment