Suatu ketika, Rasulullah sollallohu'alaihi wasallam (s.a.w) keluar bersama sahabat. Baginda membuat tiga pancang..pancang yang pertama di hadapan baginda s.a.w..pancang yang kedua pula dihadapan sahabat dan yang terakhir sekali diletakkan begitu jauh daripada kedua pancang sebelumnya..
Sahabat hairan, lalu bertanya kepada baginda s.a.w mengapa pancang yang satu lagi diletakkan jauh daripada dua yang lainnya..maka jawab baginda tenang,"pancang yang di hadapanku adalah adalah kita semua dan yang hujung pula adalah cita-cita kita..cita2 kita terlalu tinggi dan jauh hingga kita melupakan perkara yang dekat dengan kita...iaitu pancang yang kedua (kematian)"..
Kita tidak sedar bahawa kematian begitu hampir dengan kita semua..banyak cita-cita dan impian yang ingin kita capai dalam kehidupan ini...banyak perkara baru yang ingin dicuba..tambahan pula diikutkan dengan darah muda yang sukakan benda-benda baru..muda hanya sekali....tapi perlu diingat juga, hidup pun hanya sekali...maka, gunakanlah peluang kehidupan di dunia ini untuk mengumpul bekalan untuk ke akhirat..kerana tiada peluang kedua, ketiga dan keempat..peluang ini hanya sekali..seimbangkanlah dunia dan akhiratmu..
Tiap daripada kita punya 24jam...tapi berapa banyak masa yang kita gunakan untuk akhirat dan berapa lama pula kita hanyut dengan dunia..? berapa ramai yang di antara kita yang cuba bermati-matian mengejar kesenangan hidup di dunia, namun berapa ramai yang berusaha untuk kesenangan hidup di akhirat?..kita ingin kereta mewah, rumah bertingkat-tingkat dan pakaian yang berjenama dalam kehidupan ini..tapi mengapa tidak ada perasaan untuk itu semua di akhirat kelak?..urusan akhirat dibuat sekadar cukup makan sahaja...solat sikit, puasa sikit, baca quran sikit cukuplah..haha...begitu singkatnya pemikiran kita..untuk negeri dunia yang sekelip mata ini kita ingin lebih segala-galanya sedangkan untuk negeri akhirat serba sikit belaka..
Oleh itu, seimbangkanlah dunia dan akhirat kita..jangan terlalu mengejar dunia yang akan binasa ini sehingga kita melupakan akhirat yang kekal selamanya..namun, jangan pula meninggalkan dunia hingga kita menyusahkan orang lain..hidup berminta-minta dan seolah-olah tidak menghargai nikmat dunia cipataan Tuhan...sebaiknya ambillah dunia sekadar keperluan dunia dan carilah bekalan akhirat selagi punya waktu..kerana ..
p/s: cerita 3 pancang ini didapati melalui kuliah maghrib di Surau Al-Azhor,Sg.Buaya sebentar tadi..andainya ada nas keseluruhan hadith daripada pembaca mohon perkongsian...tq..
No comments:
Post a Comment