JADILAH PERMATA DITENGAH LAUTAN DALAM YANG BERSINAR..SUNGGUH BERHARGA & SUKAR DICARI...
Wednesday, February 17, 2010
Perjuangan Islam Itu Sukar?
Itulah kesimpulan yang dapat diriku catatkan selepas menghadiri ceramah disurau An-Nur, Bandar Baru Bangi malam tadi. Berkisarkan tentang perang khandak (parit) yang berlaku di madinah suatu ketika dahulu. Sungguh bijak penceramah menyampaikan isinya, jelas dan penuh perinciaan.
Ketika itu umat Islam dikepung, makanan dicatu dan tiada siapa yang boleh keluar dari Madinah. Rasulullah sollallohu 'alaihi wasallam (s.a.w) sendiri mengikat batu di perut baginda bagi menahan lapar. Umat Islam amat teruji ketika ini. Allah juga menurunkan ribut ketika perang ini berlaku yang menjadi salah satu faktor kekalahan kaum Quraisy Makkah ketika itu.
Ribut yang ditemani oleh suasana dingin turut menggugat umat Islam ketika itu sehingga tiada yang sanggup pergi ke Makkah melihat perancanaan musuh walau dijanjikan kedudukan disisi Baginda di akhirat kelak. Bukannya mereka semua ingkar, namun mereka hanya insan biasa yang turut tergugat oleh cuaca amat dingin mencengkam ketika itu. Akhirnya Khuzaifah yang dipilih Baginda bagi menjalankan tanggungjawab tersebut. Dengan hati yang redha, dia menuruti.
Kisah ini sudah cukup sebagai pembuktian bahawa perjuangan Islam bukan mudah seperti ABC. Ia menuntut kepayahan+ tekanan fizikal & mental + pengorbanan harta, diri dan hati + kesabaran serta kesetiaan yang menggunung demi mendapatkan hasil yang bergelar kejayaan.
Dalam kepayahan inilah Allah menapis tentera-tenteraNya. Ada yang tidak tahan dan lari dari medan perjuangan dengan cara menyorok , lompat parti dan sebagainya (sebagai gambaran). Ini semua berlaku kerana Allah hanya mahukan insan yang benar-benar setia kepada agama yang benar ini.
Ketika ada insan yang mengadu kepada Nabi s.a.w sendiri agar berdoa menuntut kemenangan Islam kerana dalam dirinya telah dimasukkan dengan 7 butir batu-bata, Baginda hanya menjawab bahawa pemuda itu terlalu gopoh. Insan-insan lain sebelumnya telah melalui kepayahan yang lebih hingga mengorbankan nyawa demi agama Islam tercinta. Keluarga Yasir, Bilal bin Robah dan Zaid bin Thabit antara mereka yang melalui kepayahan itu.
Memang sukar, namun itulah harga yang perlu dibayar untuk sebuah kemenangan. Jangan anggap diri kita telah beriman selagi belum diuji. Nilailah sendiri sejauh mana pengorbanan kita untuk Islam, agama yang suci lagi murni ini. Terus tetap dalam perjuangan ini hingga ke akhirnya. Dunia ini bukan untuk kita, tetapi untuk mereka yang tidak inginkan syurga di akhirat sana. Wassalam..