Wednesday, February 10, 2010

LoVe


Saat itu (malam tadi) amat bermakna buat diri ini..forum remaja; Cintaku, kau dan Dia sungguh membawa kesan yang mendalam pada jiwa ini. Bukan sebab diri ini menjadi pengacara majlis (itupun membawa makna,tapi sikit je),tetapi kerana ia telah dikupas oleh panel handalan iaitu ust Nabil Ahmad (Far East) dan ust Muhd Zai Mustafa. Orang-orang veteran dalam dunia cinta.

Awal-awal lagi ust Nabil buka dengan pertanyaan berapa ramai yang ada di majlis itu yang dah tengok filem Ketika Cinta Bertasbih. Masih ramai yang belum menontonnya, namun mataku baru sahaja menontonnya kelmarin (hehe). Ketika ada yang bertanya relevankah bagi seorang mahasiswa berkahwin semasa belajar, dengan spontan ustaz Nabil menyokong 100%. Namun ianya bersyarat, iaitu kita benar-benar yakin dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami. Andai tidak mampu,berpuasalah..kerana itu anjuran agama Islam. Menariknya hujah itu dikuatkan lagi dengan kenyataan "adik saya juga akan berkahwin pada pertegahan bulan 2 ni " tanda sokongan untuk berkahwin pada usia muda.

Dikala itu juga, ditimbulkan persoalan bahawa jalan manakah di dalam islam yang menghalalkan couple? mmg TIADA selagi belum ada ikatan pernikahan. Kemudian ada audience yang bertanya bagaimana kita ingin menjaga hati ini agar tidak terlalu terdesak untuk bercinta?..memang soalan itulah yang bermain di lubuk hati setiap remaja yang ada kesedaran tentang haramnya couple sebelum nikah..Jawapannya mudah, alihkan cintamu kepada Ilahi kerana ia cinta yang hakiki, sibukkan dirimu dengan kegiatan lain yang dapat melupakanmu tentang cinta monyet dan berdoalah agar dirimu dan dirinya tidak jatuh ke lembah maksiat.

Kita sebagai mahasiswa islam tidak dapat lari daripada pemikiran moden dewasa ini yang mengatakan setiap daripada kita harus bercouple sebelum kahwin. Alasannya ingin mengenali pasangan dan mencari pengalaman. Namun, sedarkah kita bahawa terlalu banyak kes penceraian di luar sana yang melibatkan pasangan muda yang telah banyak kali bercouple sebelum ini? Semuanya disebabkan cinta nafsu semata. Sedarlah bahawa cinta dan perkahwinan itu diiringi dengan tanggungjawab. Jika ia diniatkan ke atas nafsu semata, dirimu akan jemu setelah mendapatkannya di saat awal perkahwinan sehingga ingin mencuba yang lain. Suatu penjelasan yang cukup menarik.

Kesimpulannya, kita harus mensistemkan kembali pemikiran kita mengikut syariat agama dan bukannya menggunakan dalil serta ruang dalam agama sebagai alasan untuk kita terus hanyut dalam arus pemikiran songsang di zaman globalisasi ini. Niatkan cintamu kerana Allah.

Aku hanya mampu berdoa, YA Allah..

Andai benar dia untukku, kau peliharalah dia untukku dan peliharalah daku untuknya. Peliharalah cinta kami agar tidak melebihi cinta kepadaMU ya Ilahi, Peliharalah hati dan diri kami dari jatuh ke lembah kehinaan, Namun, andai dia bukan milikku kau redhakanlah hati ini dengan ketentuanmu. Kau kurniakanlah baginya insan yang lebih baik daripadaku, dan kurniakanlah bagiku insan yang lebih baik darinya, yang dapat mengingatkanku dikala terleka, yang dapat membawaku dekat padaMu Wahai Maha Pemberi Cinta....

p/s : sebagai rujukan tambahan tentang isu cinta, layarilah laman http://saifulislam.com/

2 comments:

  1. buatmu..
    diri ini tidak mahu menggantung perhubungan ini lama-lama tanpa tali sedang diri ini masih belum bersedia untuk berumahtangga..oleh itu,andai ada pilihan keluarga mahupun jejaka yang soleh melamarmu diri ini redha...

    ReplyDelete