2 hari yang lepas aku didatangi oleh seorang sahabat baik dan kami keluar makan malam bersama. Di kala itu, kami turut bertemu dengan kenalan-kenalan lain yang turut ada di kedai makan tersebut. Kenapa ku nyatakan bahawa dia seorang sahabat baik? Ada sesuatu padanya yang tidak ada pada kawan biasa.
Dia seorang yang berani menyatakan keburukanku secara berdepan. Setiap bait katanya ku amati satu-persatu. Penuh hikmah dan kebenaran disebaliknya. Niatnya adalah agar diri ini perbaiki segala kekurangan yang ada. Terima kasih sahabat, semoga engkaulah teman dunia dan akhirat.
Itulah salah satu daripada ciri seorang sahabat sejati. Orang yang boleh menerima buruk dan baiknya kita serta sanggup menerangkan segala kesilapan yang tidak harus kita ulangi. Bak kata pepatah melayu 'berani kerana benar'. Dengan itu, dia akan selesa selama berkawan dengan kita sedangkan dalam perhubungan pasti ada onak dan duri yang harus ditempuh bersama.
Semoga kita menjadi salah satu golongan yang mendapat lindungan Arasy Allah kelak, iaitu golongan yang bertemu dan berpisah hanya kerana-Nya. Ku bersyukur di atas kurniaan Tuhan kepada diri ini. Terlalu banyak cara yang Dia hantarkan dalam merevolusikan diri ini menjadi insan yang lebih baik dan salah satunya adalah melaluimu Sahabatku. Ku berharap agar lebih ramai insan sepertimu dalam hidupku ini.
TeRiMa KasiH SaHaBatku...
No comments:
Post a Comment