Post kali ini bukan berkaitan tempat di mana anda berada, sebaliknya di manakah kedudukan anda dan kita semua di sisi Tuhan Yang Maha Mengasihani hamba-hambaNya.
Pagi tadi diri ini didatangi oleh seorang rakan yang melakukan survey untuk subjek pengurusan emosi (maaf kalau silap,tak ingat). Bezanya survey yang dilakukan adalah beserta gambar yang ada dalam laptop dia. Soalan yang diberi adalah mengenai perasaan kita sewaktu melihat gambar tersebut tapi tak boleh bagi tahu dalam blog ni, takut-takut tak suprise kalau ada yang dapat soalan survey dia nanti..(jangan marah,hehe). Tak cukup dengan itu, di tambah pula dengan cerita kegembiraan di syurga dan seksaan di neraka. Mungkin dia nak lihat sejauh mana pengaruh gambar tadi dengan cerita yang diberi.
Namun satu perkara yang terkesan dihati ini sewaktu membaca kedua-dua cerita tersebut. Jawapan yang kuberi untuk kedua-duanya adalah sama, Sedih dan Risau walaupun cerita tersebut berbeza tajuk (sedih dan gembira). Jawapan tersebut adalah yang tersirat di benak hati ini.
Walaupun diceritakan tentang keindahan di dalam syurga, hati ini tetap sedih & risau kerana belum tentu diri ini mampu mengecapinya kelak. Terasa diriku tidak layak untuk itu semua. Ketika cerita ancaman di neraka, lebih-lebih lagilah hati ini tersentak. Seolah-olah itulah tempat kembaliku kelak jika bersandarkan kepada amalanku kini. Seandainya diriku berada di zaman Rasulullah Sollallohu 'alaihi wassam (s.a.w), adakah diriku akan dicop sebagai orang-orang yang beriman mahupun orang munafik yang mendapat ancaman daripada Allah?..sukar bagiku menganggarnya. Terasa terlalu rendahnya diriku disamping Dia, Sang Pencipta.
Oleh itu, diri ini ingin mengajak semua bermuhasabah diri. Di manakah kedudukan kita disamping Yang Maha Esa? Sejauh manakah perintahNya kita turuti dan sebanyak manakah laranganNya yang kita ingkari? Rasanya terlalu banyak laranganNya yang kita langgar berbanding suruhanNya yang kita taati. Kitalah hamba yang tak sedar diri yang selayaknya ditebang sahaja kerana tidak mendatangkan hasil. Namun kasihnya Allah kepada kita tak terbalas. Kita masih diberi ruang untuk bertaubat dan berubah.
Bertaubatlah selagi belum terlambat. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun terhadap segala dosa dan noda yang kita lakukan sendainya kita benar-benar ingin berubah, kerana itulah sebenar-benar taubat (Taubat Nasuha).
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
wahai Tuhan,ku tak layak ke syurgamu...namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...ampunkan dosaku terimalah taubatku..
ReplyDeletesesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar..
Tuhan itu Maha pengsmpun dan pengasih..jangan jadikan alasan untuk tidak bertaubat kerana fikir setiap dosa yang telah dibuat akan dihukum..Tapi minta lah dengan Tuhan dengan penuh tawaduk agar rahmat nya dicucurkan keatas kita agar dijauhkan dari hkuuman itu..
ReplyDeletebenar sahabatku...ayuh kita bertaubat atas kesilapan lalu...
ReplyDelete