Friday, October 8, 2010

Mereka atau Kita yang kebudak-budakan?

Hari ini aku melangkahkan kaki ke kelas seperti hari-hari biasa..memulakan kelas dengan doa dan sapaan khabar kepada murid-murid..ada yang selesema dan ada juga yang tidak hadir..namun itu tidak mematahkan semangatku untuk mengajar pada hari ini..



Item yang diajar amat mudah..postur menyanyi ketika duduk mahupun berdiri...namun biasalah, apabila berhadapan dengan kanak-kanak ia menjadi mencabar sedikit...perlu disuruh satu-persatu...daripada A-Z baru mereka faham..hatta tarikh hari ini pun guru yang kena tukarkan..itulah cabaran buat pendidik..insan yang perlu membentuk buluh daripada rebungnya selepas ibu bapa..


Semasa mengajar daku melihat reaksi mereka...ada yang terhibur...ada yang buat muka bosan...mungkin tidak berminat dengan topik pembelajaran hari ini atau caraku tidak memenuhi selera mereka..ada juga yang lebih gemar bermain2..lantas ku panggil beberapa daripada mereka yang bermain itu ke hadapan dan mempraktikkan apa yang telah ku ajar..ternyata mereka masih mampu melakukannya walaupun tidak sempurna..

Namun salah seorang daripada mereka hanya mampu tercegat di hadapan rakan-rakan lain dan diam membatu..dia menundukkan kepalanya dengan riak muka ingin mengangis..ditambah pula dengan ejekan rakan2 sekelas yang lain..menambahkan lagi apa yang terpendam di jiwanya...lalu ku memaksanya untuk menyanyi..dia tetap berdegil walaupun telinganya telah sedikit kemerahan ku tarik..ego dalam dirinya terlalu tebal sehingga apabila ku suruh duduk dia tetap berdegil..seolah-olah meluahkan rasa marah kepadaku dengan melakukan perkara yang berlawanan daripada suruhanku..ku hanya biarkan dia berdiri sehingga kelas tamat..


Setibanya di rumah baru ku terfikir..itulah fitrah kanak2..alam mereka berbeza dengan kita..bermain dan berseronok adalah perkara utama dalam hidup mereka..kitalah yang harus memimpin mereka dalam membezakan waktu belajar dan bermain..memimpin dengan lembut, ibarat menarik rambut di dalam tepung..tidak boleh rentap sesuka hati kerana nanti tepung berterabur dan rambut pun putus.. usah ego dilawan ego kerana mereka tidak akan mengalah..kitalah yang perlu mengalah..kerana buluh bukan senang dilentur..perlukan masa yang lama..

Ingatlah bahawa mengalah bukan bererti kalah..pasti ada sinar kejayaan yang menanti di masa hadapan...semoga kita mampu menjadi orang dewasa yang memahami jiwa kanak2 dan membentuk mereka menjadi kanak2 yang cemerlang..insya-Allah..

3 comments:

  1. salam 'alaik
    waaahh hebatnye cg kite mengajar..
    mmg itulah yg perlu skrg..kanak2 zaman skrg xsame dgn kanak2 zaman dulu..NAbi pn ada kate, kalu nk mendidik anak2 didiklah ikut zaman...fahamilah mereka sebelum diminta difahami..
    banyak masalah disiplin terjadi skrg, sbb kebykn cg hnya tahu menghukum..mmglh mereka salah tp kena ada cara yg lain..
    jdlah cg yg baik di samping da'ei yg mntop!

    ReplyDelete
  2. tq ukti...smoga tmakbul doamu itu...amiin..

    ReplyDelete
  3. salam ukhwah.

    eh, eh... jap. Should be using 'Sir', n0t a 'teacher'. Ngee~~~
    mantap, teruskan menimba pengalaman. :)

    ReplyDelete