Hampir setiap hari dugaan itu tiba..ada yang kecil dan ada yang besar sehingga terlalu berat buat diri ini menanggungnya.Keluahan sering juga terhembus sedang diri ini tahu bahawa dalam tiap sesuatu kesusahan pasti diiringi kesenangan sebagaimana mafhum firman Allah dalam Al-Quran ( Al-Insyirah, ayat 5 & 6).
Tiap jiwa di dalam dunia ini pasti akan menerima ujian. Ujian yang menguji kedudukan kita sebagai seorang hamba kepada Sang Pencipta. Hanya cara kita melalui ujian tersebut yang berbeza. Ada yang melaluinya dengan jalan terbaik, ada yang sederhana dan ada jua yang tidak lulus. Semuanya dalam nilaian Allah. Seandainya jalan keluar yang diambil mengikut perintahNya, nescaya redhaNya di dunia & akhirat menjadi ganjarannya. Itulah impian setiap mukmin dan muttaqin..kebahagiaan dunia dan akhirat..tiada yang lebih berharga daripadanya.
Ramai yang sedar akan perkara ini namun berapa ramai antara kita yang sentiasa mengingati Allah ketika susah mahupun senang? jawapannya ada pada anda..kadang-kala Dia sengaja memberikan sedikit kesukaran di kala senang sebagai peringatan agar kita sentiasa menjadi hambanya yang bersyukur. Sering jua dugaan itu datang bertatalu hingga ingin rebah diriku, Namun ingatlah teman-temanku sekalian, tiada kesusahan yang berpanjangan. Tiap permasalahan pasti punya jalan keluar tersendiri..Insya-Allah.
Dia yang menurunkan ujian tersebut, pasti Dia punya skema jawapan bagi tiap permasalahan hidup ini. Mengadulah padanya. Hanya padanya. Letakkan sepenuh pergantungan diri padaNya.Nescaya aduanmu akan diterima. Cuma waktu yang menjadi batasnya. Ada yang cepat dan ada yang kurang pantas. Segalanya atas aturanNya. Namun kita diberi ruang dan peluang untuk berusaha (penyebab ) demi menggapai segala yang tersirat di hati. Usah berputus asa teman-temanku.
Sedarlah wahai hati dan jiwa,
Sesungguhnya ujian itu hanya seketika,
jambatan untuk tingkatkan iman,
Ruang untuk dekat padaNya.
hayatilah bait-bait lagu Maher Zain yang membicarkan soal ini. Semoga dirimu dan diriku menemui jalan iu..Jalan menuju redha Ilahi.
Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
p/s : lagu ni tak sampai habis..Ringkas tapi padat dengan isinya,.Semoga terenung kesilapan lalu dan ambil iktibar.
kalau tidak kena ujian dan masalh,x pula dinamakan manusia..sebenarnya kalau ikut biologi,bagus sebenarnya masalah dan ujian tu..buatkan otak kita lebih berfungsi secara maksima dan cara kita mengawal emosi dengan pengaliran darah dan hormon yang seimbang..wah!!bleter plak aku ni.. lebih2 lagi kita ni umat akhir zaman..lagi kuat dugaan die..sabar dan sentiasa berzikir dan beristighfar..
ReplyDeleteTerima kasih rozuan...Sesungguhnya, Allah yang mencipta kita semua dan segala perintah mahupun larangannya adalah yang terbaik buat kita semua..semoga kita menjadi hambanya yang taat...amiin.
ReplyDelete