Tuesday, October 6, 2009

cincin suasa


Semalam daku berjalan-jalan dipasar malam. Melihat kiri-kanan mencari juadah berbuka. Alhamdulillah hari ke-5. Tiba-tiba mata ini terkesima akan cincin yang cantik. Harga pun murah,dlm RM20 dan student price=RM15...Bukan main kepalang lagi,aku pun memilih satu.
Tapi sebelum beli tu, ada rasa was-was (syubhah). Boleh pakai ke tak sebab die tulis kat tmpat penjualan tu cincin suasa. Bile tanye kat peniaga tu, die cakap boleh orang laki pakai. Siap boleh bawa sembahyang lagi. Lalu diriku yang jahil ini pun terus melenyapkan segala prasangka dan membelinya.

selapas subuh tadi, timbul rasa tak sedap hati. Lalu jari-jemariku pantas kupandu di atas papn kekunci untuk mencari hukum pemakaian suasa. sekali dapat, inilah hasilnya...

"Apa yang saya ketahui hukum mekai cincin suasa bagi orang lelaki adalah haram kerana ia diperbuat daripada emas yang bercampur dengan logam lain.

Samalah seperti haramnya lelaki memakai emas putih seklipun emas putih itu bukan 100% diperbuat daripada emas.

Kata Imam Nawawi dalam kitab Syarah Muslim yg bermaksud:

"Emas itu adalah haram atas lelaki memakainya samdaa emasnya sedikit atau banyak."

Syeikh Abd Qadir Al-Mandili menyebut dalam fatwanya :

"Dan adalah suasa itu haramlah bagi kaum lelaki memakainya."

Rujukan Kitab Fatwa Syeikh Abd Qadir , Fatawa Mufti Negeri Johor dan Pelita Penuntut

wallahua'lam "--->pandangan ustaz azhar idrus


"Memakai cincin menurut sunnah yang diperbuat daripada perak adalah harus bagi lelaki. Manakala bagi perempuan harus memakai cincin yang diperbuat daripada emas. Rasulullah SAW pernah memakai cincin diperbuat daripada perak sehingga baginda wafat. Baginda melarang memakai cincin emas sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi bermaksud; “Rasulullah SAW melarang daripada memakai cincin emas”.
Cincin suasa adalah campuran daripada dua unsur logam iaitu emas dan perak. Oleh kerana cincin suasa campuran emas lebih daripada perak maka ia dihukumkan emas dan haram dipakai oleh kaum lelaki.
Menurut laporan Mesyuarat Panel Kajian Syariah JAKIM kali ke 31 pada 2-4 Oktober 2000 mengenai hukum memakai suasa bagi lelaki adalah haram..
Status : Selesai – Paparan Web.
. Nombor Rujukan : PANEL 030407
Tarikh Selesai : 03/04/2007 12:21 PM

Sumber: http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/5bf3fb7251836f9a482567f20004d104/46573c57f718868d002572b1007b6310?OpenDocument
Nota:
1. Jawapan kepada soalan disediakan oleh Panel Kemusykilan Agama, JAKIM
2. Setiap borang yang dihantar hendaklah mengandungi hanya satu soalan sahaja.
3. Jawapan yang diberi adalah berdasarkan Mazhab Shafie kecuali dinyatakan sebaliknya."

--->pandangan jakim

lalu ku termenung sendirian..rupanya sebab inilah timbul khilaf hati sebelum membelinya. benarlah kata ustaz saifulIslam, hati tak tenteram jika melakukan maksiat/perkara yang mungkar melainkan hati yang mati. Ya Allah, kau ampunilah dosa hambamu & terimalah taubatku. Sentiasalah memandu hambaMu ini ke arah Jalan yang Kau redhai Ya Allah...Amiin..

p/s: cincin tu takkan ku pakai lagi dan beri pada yang lebih berhak.


Friday, October 2, 2009

musibah @ ujian?

Baru2 ni kita dkjutkn dengan pelbagai musibah seperti gempa bumi, hujan batu, ribut n mcm2 lg...klu ahli saintis, mst ada y mngatakan bhwa sgl y terjadi adlh neutral & fenomena semulajadi...jika difikir2 kembali, apakh y dimaksudkn ngan perkataan 'semulajadi'? adkah mampu sebiji benih bercambah, membesar, mgeluarkn tunas n berbuah dgn sndiriny? bagaimanakh 9 planet bergerak sendiri mgelilingi matahari tanpa berlanggar jika tiada y mngawalnya?..

segalanya adalah menurut ketetapan Allah, Tuhan y mtadbir alam ini dengan adil lg saksama..ayuh kita tetapkan dalam hati bhw segala y terjadi ats kehendak Ilahi..Dia y mngatur segalanya...bencana2 y melanda kawasan sekitar ngara kita terutamanya,jiran terdekat kita,indonesia..mgkin ia sbg azab dr Allah..kerna terlalu byk kemungkarn y dilakukn..ia juga merupakan peringatan kpd seluruh umat manusia bhw azab Allah boleh turun ble2 mse sahaja..adakah mereka2 di kelab malam, y minum arak mahupn y melakukan zina shj y akn ditimpa azab? bagaiman y mjaga solat serta mbaca al-quran?..adakah merka terlepas? perlu diingat sahabatku Azab Allah bkn sahaja menimpa mereka y melakukan maksiat,tetapi ianya bersifat myeluruh..maka, menjadi tanggungjawab kita untuk saling menasihati serta memperbetul antara satu sama lain..ayuh bangkit saudaraku..

musibah2 ini adalah peringatan buat kita dimalaysia agar menjaga hukum2 Allah..jgn sampai tsunami plak mlanda negara Malaysia y kita kasihi..jika kita lihat dewasa ini, sangat banyak hukum Allah y dilanggar mahupn ditentang..contohny isu kartika..ada sesetgh pihak y mnentang hukumn ke atsny...isu hudud suatu ketika dahulu y diremehkan dengan alasn y tidak masuk akal..segalanya berlaku apabila kita jahil..jahil tentang agama..jahil tentang hukum Allah..oleh itu, sedarlah saudaraku...

ayuh kita dalami ilmu agama serta mngaitkan ilmu duniawi dengan akhirat..ambillah pengajaran dr peringatan y Allah turunkan..Azab Allah boleh turun ble mse shj...xkire tmpt dan ketika..andai kata Allah nk bg cash,tiada siapa y mampu mhalangny..oleh itu, marilah kita koreksi diri..perbetulkn apa y tak baik n ikut syariat islam...salam renungan dan selamat beramal..