Tuesday, October 6, 2009

cincin suasa


Semalam daku berjalan-jalan dipasar malam. Melihat kiri-kanan mencari juadah berbuka. Alhamdulillah hari ke-5. Tiba-tiba mata ini terkesima akan cincin yang cantik. Harga pun murah,dlm RM20 dan student price=RM15...Bukan main kepalang lagi,aku pun memilih satu.
Tapi sebelum beli tu, ada rasa was-was (syubhah). Boleh pakai ke tak sebab die tulis kat tmpat penjualan tu cincin suasa. Bile tanye kat peniaga tu, die cakap boleh orang laki pakai. Siap boleh bawa sembahyang lagi. Lalu diriku yang jahil ini pun terus melenyapkan segala prasangka dan membelinya.

selapas subuh tadi, timbul rasa tak sedap hati. Lalu jari-jemariku pantas kupandu di atas papn kekunci untuk mencari hukum pemakaian suasa. sekali dapat, inilah hasilnya...

"Apa yang saya ketahui hukum mekai cincin suasa bagi orang lelaki adalah haram kerana ia diperbuat daripada emas yang bercampur dengan logam lain.

Samalah seperti haramnya lelaki memakai emas putih seklipun emas putih itu bukan 100% diperbuat daripada emas.

Kata Imam Nawawi dalam kitab Syarah Muslim yg bermaksud:

"Emas itu adalah haram atas lelaki memakainya samdaa emasnya sedikit atau banyak."

Syeikh Abd Qadir Al-Mandili menyebut dalam fatwanya :

"Dan adalah suasa itu haramlah bagi kaum lelaki memakainya."

Rujukan Kitab Fatwa Syeikh Abd Qadir , Fatawa Mufti Negeri Johor dan Pelita Penuntut

wallahua'lam "--->pandangan ustaz azhar idrus


"Memakai cincin menurut sunnah yang diperbuat daripada perak adalah harus bagi lelaki. Manakala bagi perempuan harus memakai cincin yang diperbuat daripada emas. Rasulullah SAW pernah memakai cincin diperbuat daripada perak sehingga baginda wafat. Baginda melarang memakai cincin emas sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi bermaksud; “Rasulullah SAW melarang daripada memakai cincin emas”.
Cincin suasa adalah campuran daripada dua unsur logam iaitu emas dan perak. Oleh kerana cincin suasa campuran emas lebih daripada perak maka ia dihukumkan emas dan haram dipakai oleh kaum lelaki.
Menurut laporan Mesyuarat Panel Kajian Syariah JAKIM kali ke 31 pada 2-4 Oktober 2000 mengenai hukum memakai suasa bagi lelaki adalah haram..
Status : Selesai – Paparan Web.
. Nombor Rujukan : PANEL 030407
Tarikh Selesai : 03/04/2007 12:21 PM

Sumber: http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/5bf3fb7251836f9a482567f20004d104/46573c57f718868d002572b1007b6310?OpenDocument
Nota:
1. Jawapan kepada soalan disediakan oleh Panel Kemusykilan Agama, JAKIM
2. Setiap borang yang dihantar hendaklah mengandungi hanya satu soalan sahaja.
3. Jawapan yang diberi adalah berdasarkan Mazhab Shafie kecuali dinyatakan sebaliknya."

--->pandangan jakim

lalu ku termenung sendirian..rupanya sebab inilah timbul khilaf hati sebelum membelinya. benarlah kata ustaz saifulIslam, hati tak tenteram jika melakukan maksiat/perkara yang mungkar melainkan hati yang mati. Ya Allah, kau ampunilah dosa hambamu & terimalah taubatku. Sentiasalah memandu hambaMu ini ke arah Jalan yang Kau redhai Ya Allah...Amiin..

p/s: cincin tu takkan ku pakai lagi dan beri pada yang lebih berhak.


No comments:

Post a Comment