tidak ku nafi diri ini suka bergurau. dari bualan bersama teman hinggalah bersama orang yang lebih tua. ku berpendapat bahawa gurauan itu perlu dalam mengeratkan hati dan menghilangkan stress selepas seharian belajar mahupun bekerja. Namun diri ini silap.
segala aspek harus dilihat sebelum bergurau. menurut pengalaman hidup kini, 3 aspek penting perlu diambil perhatian sebelum bergurau. suasana, perkara dan orang yang terlibat. suasana merangkumi masa dan tempat kita berada. takkanlah time solat @ meting kita nak wat lawak..tak sesuailah. perkara pula melibatkan cerita mahupun subjek yang dibawa dalam gurauan. pastikan ia tidak menyentuh sensitiviti mane2 pihak..termasuk juga agama,ia bukan bahan gurauan. orang yang terlibat ialah mereka yang kita ajak bergurau kerana 'rambut sama hitam, namun hati lain-lain'. penerimaan setiap individu berbeza terhadap gurauan kita. contohnya kebanyakan lelaki telah terbiasa dengan gurauan yang kasar.
maka berhati-hatilah dalam bergurau. bergurau itu tidak salah kerana Rasulullah s.a.w juga turut bergurau dengan sahabat2 baginda. contoh termudah adalah apabila baginda menyatakan kepada sahabat yang menaiki ibu unta bahawa beliau menaiki anak unta. sahabat itu pelik dan berkata bahawa dia sedang menaiki ibu unta. namun baginda terus menyatakan bahawa itu adalah anak unta dengan penjelasan bahawa unta dewasa itu juga merupakan anak unta kepada unta yang lain. amat berhikmah serta tingginya tahap intelek gurauan baginda. inilah yang seharusnya dicontohi oleh mahasiswa yang memiliki tahap IQ yang hebat serta umat islam umumnya dewasa ini. bukan hanya terikut-ikut dengan lawak bodoh yang tiada membawa makna.
moga peringatan ini dapat dikongsi bersama anda semua walaupun sukar bagi diriku ini. terutamanya aspek ke-3 yang kunyatakan kerana tidak mudah membaca hati orang lain. ia tak semudah melihat ikan di air tenang. hati manusia mudah berkocak umpama plastik yang dihanyut ombak. andai ada yang pernah terasa dengan gurauanku sebelum ini, izinkanku memohon ampunan daripada kalian..kerana ku tak tahu nafasku walau sesaat selepas ini..wassalam.
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
No comments:
Post a Comment