Wednesday, January 20, 2010

Mahasiswa Fleksibel

Memetik kata-kata ibnu Taimiyah yang bermaksud seandainya masih tersisa sebutir batu, maka usahakanlah untuk tidak diberi kepada musuh. Bicara beliau ini terungkap dalam peperangan menentang tentera Tartar yang dipimpin oleh Raja Qazan.

Umat Islam ketika itu berpihak kepada beliau setelah duduk di dalam dilema menetang Raja Qazan yang juga seorang muslim tetapi menentang umat Islam lain untuk meluaskan pengaruhnya. Maka, tampillah ketika itu seorang mujadid dalam ilmu agama, pemidato yang hebat, intelek (ulama') yang disegani serta penggerak terulung dalam peperangan bernama Ibnu Taimiyah. Sikap beliau inilah yang harus dicontohi oleh mahasiswa dan mahasiswi dewasa ini.

Mahasiswa kini harus melangkah lebih jauh. Harapan setinggi langit, usaha seluas lautan. Kita bukan hanya perlu menguasai bidang di pengajian masing-masing, tapi turut mendalami ilmu-ilmu lain seperti kepimpinan, pengurusan dan teknologi semasa. Bagi yang bergelar muslim, ilmu agama harus selari dengan ilmu yang lainnya dan tidak wajar dibelakangi. Kita juga harus lahir sebagai mahasiswa/i yang intelek, proaktif, tinggi dengan nilai moral serta sikap menyumbang untuk kebaikan agama, bangsa dan negara dalam menyahut seruan sebagai
mahasiswa minda kelas pertama.

Marilah kita bersatu berubah membina tamadun terbilang dan memakmurkan alam ini kerana itu adalah amanah bagi mereka yang bergelar manusia. Usah biar persekitaran menjajah dan menghalang pemikiran bercambah. Mahasiswa agen perubah, pemimpin dimensi masa depan.



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


*rujukan=50 kata-kata tokoh berpengaruh disebaliknya karangan Ust. MOhd Dzulkhairi Mohd Noor

No comments:

Post a Comment