Thursday, March 11, 2010

LuaHaN RaSa BerSaMa

Detik itu terlalu bermakna bagiku...seolah-olah itulah yang ku nanti-nantikan selama berada dalam galaxy geologi ini. Sesi meluahkan perasaan yang selama ini terpendam dalam tiap jiwa yang menemaniku selama 3 tahun ini. Inilah yang pertama dan mungkin inilah yang terakhir buat kita bersama. Namun detik yang hanya 3 jam lebih itu akan ku kenang selamanya.

Walaupun tak semua yang ada, namun ku cukup terharu. Suasana yang mampu membuatkan setiap insan mengalirkan air mata. Amat sukar dikecapi. Baru sekarang ku tahu apa yang selama ini terpendam di hati mereka. Baru kini ku sedari siapa mereka sebenarnya. Pelbagai konflik yang berlegar di antara kami seolah selesai begitu sahaja. Segala kekusutan begitu senang terlerai. Segala kesumat dendam begitu mudah dimaafkan. Inilah insan-insan yang berada disekitarku selama ini.

Dalam keramaian itu, diriku cukup berterima kasih serta kagum kepada seorang sahabatku yang dahulunya sama-sama pergi ke kelas semasa di matrikulasi dan masih sekelas denganku di UKM ini. Semuanya gara-gara diriku yang menyebabkan beliau ditawarkan bidang geologi ini sedangkan dirinya tidak berminat pun. Kutahu segalanya atas taqdir Allah, namun hatiku sayu, kerana pada awalnya jiwaku turut menolak bidang geologi ini. Terlalu sukar bagiku, apatah lagi bagi dirinya. Namun kami tak keseorangan. Masih ada insan-insan lain yang menemani jiwa yang gundah ini. Segala susah-payah diharungi bersama. Anda semualah motivasi bagi diri ini. Kini, sahabatku itulah geologist yang matang bagiku.

Diri ini jua ingin mengucapkan syukur kepada Ilahi kerana diberi peluang serta kekuatan untuk terus bersama-sama mereka ini. Mungkin kadangkala hati ini terusik dengan gurauan mahupun tingkahlaku rakan-rakan, namun itulah yang merapatkan kita semua. Hanya ucapan maaf serta terima kasih sudah cukup untuk menjadi pengubat buatku. Mengimbau nostalgia lalu, terasa terlalu banyak perubahan pada mereka. Perubahan yang kadang-kala sukar diramal. Itulah warna-warna kehidupan ini. Tiada siapa yang bisa meramal apa yang ada pada tiap insan kerana tiap jiwa ada kelebihan tersendiri.

Terima Kasih Rakan-Rakan Sekelasku...Maaf andai diri ini pernah melukakan hati anda semua.. Semoga persahabatan ini kekal selamanya...




p/s : kepada intan, sowi aku tak bagitau copy gambar ni dari profil fb ko..mohon copy k..(",)

Friday, March 5, 2010

DuGaaN KeHiDuPaN




Hampir setiap hari dugaan itu tiba..ada yang kecil dan ada yang besar sehingga terlalu berat buat diri ini menanggungnya.Keluahan sering juga terhembus sedang diri ini tahu bahawa dalam tiap sesuatu kesusahan pasti diiringi kesenangan sebagaimana mafhum firman Allah dalam Al-Quran ( Al-Insyirah, ayat 5 & 6).

Tiap jiwa di dalam dunia ini pasti akan menerima ujian. Ujian yang menguji kedudukan kita sebagai seorang hamba kepada Sang Pencipta. Hanya cara kita melalui ujian tersebut yang berbeza. Ada yang melaluinya dengan jalan terbaik, ada yang sederhana dan ada jua yang tidak lulus. Semuanya dalam nilaian Allah. Seandainya jalan keluar yang diambil mengikut perintahNya, nescaya redhaNya di dunia & akhirat menjadi ganjarannya. Itulah impian setiap mukmin dan muttaqin..kebahagiaan dunia dan akhirat..tiada yang lebih berharga daripadanya.

Ramai yang sedar akan perkara ini namun berapa ramai antara kita yang sentiasa mengingati Allah ketika susah mahupun senang? jawapannya ada pada anda..kadang-kala Dia sengaja memberikan sedikit kesukaran di kala senang sebagai peringatan agar kita sentiasa menjadi hambanya yang bersyukur. Sering jua dugaan itu datang bertatalu hingga ingin rebah diriku, Namun ingatlah teman-temanku sekalian, tiada kesusahan yang berpanjangan. Tiap permasalahan pasti punya jalan keluar tersendiri..Insya-Allah.

Dia yang menurunkan ujian tersebut, pasti Dia punya skema jawapan bagi tiap permasalahan hidup ini. Mengadulah padanya. Hanya padanya. Letakkan sepenuh pergantungan diri padaNya.Nescaya aduanmu akan diterima. Cuma waktu yang menjadi batasnya. Ada yang cepat dan ada yang kurang pantas. Segalanya atas aturanNya. Namun kita diberi ruang dan peluang untuk berusaha (penyebab ) demi menggapai segala yang tersirat di hati. Usah berputus asa teman-temanku.

Sedarlah wahai hati dan jiwa,
Sesungguhnya ujian itu hanya seketika,
jambatan untuk tingkatkan iman,
Ruang untuk dekat padaNya.

hayatilah bait-bait lagu Maher Zain yang membicarkan soal ini. Semoga dirimu dan diriku menemui jalan iu..Jalan menuju redha Ilahi.

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way


p/s : lagu ni tak sampai habis..Ringkas tapi padat dengan isinya,.Semoga terenung kesilapan lalu dan ambil iktibar.


Monday, March 1, 2010

WaRkah BuAtMu

Rasa ini telah lama kupendam. Sedalam lubuk hati yang tidak terjangkau oleh akal, namun itulah sifatnya hati..didiami oleh perasaan serta perikemanusiaan..di situ jua terletak jua nafsu. Sebab itulah jika baik hati seseorang maka baik seluruh jasadnya..itulah mafhum sabda Rasulullah solallahu'alaihi wasallam (s.a.w).

Namun bukan tentang nafsu itu yang ingin ku ceritakan saat ini. Hanya perasaan yang kurasa kebelakangan ini. Tentang dia. Tentang insan yang menjadi penyebab kelahiranku kedunia ini. Tentang insan yang perlu berlaku baik terhadapnya selepas Allah dan RasulNya..dialah ibu, ummi, mama & emak buat diri ini..

Terlalu besar pengorbananmu dalam mendidik diri ini. Tatkala rakan-rakan berkata tentang kenakalan serta keligatan diri ini, tika itulah diri ini terkenang susah-payah serta jerih-maungmu membesarkanku. Ku sering sakiti hatimu, namun dirimu terus bersabar..Ku sering buatmu menangis, namun kau tak pernah menyisihkanku..Ku sering memalukanmu di kalangan teman-temanmu, namun engkau abaikan itu semua..Dirimu terlalu baik buatku.

Engkaulah insan yang begitu mudah membaca segala gerak-langkahku tatkala orang lain tidak menyedarinya. Sukar bagiku berselindung darimu. Namun, diri ini jua bisa membaca segala kepayahan yang kau lalui walaupun dalam senyummu. Keperitan itu kau lalui untukku dan adik-adik tanpa mengenal erti penat dan putus asa.

Terima kasih ummi. Akan ku cuba berikan yang terbaik buatmu walaupun ku tahu pengorbananku tak sebesar mana jika dibandingkan dengan apa yang telah kau lalui. Ku harap dirimu dapat memafkan segala kesalahanku sepanjang hayat ini dan meredhakan segala yang telah kau berikan buat diri ini...kerana redha Allah terletak pada redhamu...




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini