Wednesday, December 23, 2009

azam baru...

Ahad lepas (20/12) bermulalah kemasukan siswazah ke UKM untuk mendaftar kolej. Tapi dalam masa yang sama jasadku berada di Kuala Krai,Kelantan untuk kerja lapangan. Tahun akhirlah katakan. Walaupun hujan lebat spanjang hari, kerja tetap diteruskan sehingga badan ini terasa sebati dengan air hujan. Namun,dalam tika itu juga tahun hijrah telah melangkah pantas mendahului tahun masihi.

Kini telah masuk tahun ke 1431 H. Tahun baru buat umat Islam seluruh dunia. Ada surau2 & masjid2 yang buat solat hajat agar dikurniakan kebaikan sepanjang tahun ini. Tentu ramai yang memasang azam baru.Tambahan lagi dikaitkan pula dengan peristiwa hijrah, mesti ramai yang tanam niat untuk berhijrah ke arah yang lebih baik. Tentu sahaja kerana sesungguhnya berperang melawan hawa nafsu adalah peperangan yang paling besar. Lebih besar dari perang melawan kaum kafir yang tegar memusuhi Islam. Namun itu bukan alasan untuk kita tidak turut berperang. Kita akan turut dipersoalkan tentang tiap titis darah saudara kita yang ditumpahkan.

Kembali kepada azam baru. Hati ini berazam menjadi mukmin sejati. Walaupun diri ini berada dalam lingkungan sains & teknologi, ia bukan penghalang untuk mencari ilmu agama. Ia adalah kewajipan buat kita semua (fardhu ain). Tambahan lagi diri ini seorang lelaki yang bakal punyai isteri dan anak2. Andai jahil mereka, maka dosa kejahilan itu akan terletak bahu ini.sedarlah wahai kaum sejantina denganku.

Ayuh kita cuba laksanakan azam masing2 dengan segala kudrat dan pemikiran yang kreatif lagi kritis. Kita hanya merancang, namun Tuhan yang menentukan. Oleh itu, jangan lupa untuk berdoa serta bertawakal kepadaNya..

Salam Tahun Baru Hijrah saudara2 seagamaku..(",)




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

No comments:

Post a Comment