Tuesday, January 5, 2010

kalimah Allah...Penggunaannya oleh Non-muslim.

Ia menjadi topik hangat apabila akhbar terbitan gereja menggunakan kalimah Allah sebagai ganti kepada perkataan God. Tambahan pula ia mendapat kelulusan pihak mahkamah KL. Majoriti daripada umat Islam membangkang akan perkara ini. Tahniah buat seluruh umat Islam di Malaysia yang peka akan perkara ini. Anda telah berjaya menjaga kesucian nama Tuhan Yang Maha Esa. Namun jangan kebangkitan ini untuk politik mahupun kepentingan diri semata, biarlah ia demi Agama.

Tetapi jika dikaji secara terperinci, fenomena ini juga membuktikan betapa lemahnya umat Islam di Malaysia kini. Kita terpaksa menggunakan undang2 untuk menjaga iman dan akidah kita semua. Mengapa hal sebegini boleh berlaku? Adakah umat Islam di Malaysia mudah terpesong jika orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah? renung2kan saudaraku sekalian.

Kebanyakan kita ibarat tin kosong yang berlabelkan Islam. Hanya nama tertera di IC sahaja Islam, namun hakikatnya tiada bukti keislamannya dari segi pertuturan mahupun perbuatan kerana itu yang jelas kelihatan. Nama sahaja Islam tetapi meneguk ARAK. Nama sahaja muslim tetapi pergi BERJUDI. Nama sahaja Abu & Aminah tetapi ditangkap sedang berzina. Inilah realiti umat Islam kini. nama tak menggambarkan iman seseorang.

Islam kini hanya agama turun-temurun. ibarat puak arab jahiliyah yang yang mengikuti agama nenek moyang mereka berdekad lamanya. Tiada pemahaman serta pengamalan Islam yang jelas oleh kebanyakan insan yang bergelar muslim/muslimah kini.

Ingatlah saudaraku. Islam tidak memerlukan kita tapi kita yang perlukan Islam. Ia panduan dalam membentuk kehidupan harmoni di dunia dan akhirat. sedikit pun kemuliaanya takkan tercemar walau kita semua menolaknya kerana ia adalah agama disisi Allah. kitalah yang hina seandainya meninggalkannya, namun kitalah insan yang mulia jika beramal dengannya.

"wahai orang2 yang beriman, bertaqwalah kamu dengan sebenar2 taqwa & janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan muslim" (ali-imran:102). sedarlah wahai saudaraku. dalamilah agama Islam serta beramallah dengannya. usah biar dirimu menjadi tin kosong itu.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

3 comments:

  1. Assalamualaikum,buat al-fadhil al-mujahid aiman sharom, ini adalah tanda amaran dari Allah kepada umat islam supaya kembali meneguhkan kefahaman 'aqidah ahlussunnah wal jama'ah.. Isu ini adlah isu 'aqidah,jgnlah umat islam berpecah dalam mempertahankannya akibat perbezaan ideologi dan fikrah siasah.Moga bagi siapa yang menzahirkan rasa peka mereka terhadap isu ini,semoga Allah akan memberikan hidayah supaya kita dan umat islam seluruhnya sama ada di malaysia dan seluruh dunia kembali kepada jalan hidayah..kitalah yang berhajat kepada-Nya.Dan tidaklah Allah berhajat kepada makhluk-Nya..

    Wallahu musta'an..

    ReplyDelete
  2. salam..cuba fikir dari sudut yang positif..Jika mereka sentiasa menggunakan perkataan ALLAH, bukankah itu merupakan satu cara untuk kita berdakwah kepada mereka?sebenarnya negara lain sudah lali akan penggunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam..mungkin Malaysia baru terfikir kerana terdapat kes di mana kalimah ALLAh seolah dipersendakan.Rasanya x salah kalau penggunaan kalimah ALLAH dalam kalangan umat bukan islam tetapi mestilah sesuai dengan masa dan keadaan.sekadar memberi pendapat.

    ReplyDelete
  3. benar ridzuan..kita harus membezakan antara 'membenarkan' dan 'meredhai'...walaupun,kita membenarkan mereka menggunakan nama Allah, tetapi kita tidak meredhai pensyirikan yang dilakukan mereka...kita harus mengajak perdebatan antara agama dan menerangkan siapa Tuhan yang sebenarnya,,barulah dakwah islam akan berkembang.

    ReplyDelete