Thursday, June 3, 2010

Aku Redha..

Ucapan Alhamdulillah tanda syukur tidak terhingga aku ucapkan kepada Tuhan Pemberi Rahmat...hati ini sebak tak terkata..lidahku kelu, diam seribu bahasa..

Hari ini aku melihat result last semester..pada mulanya diri ini berasa sedih dan hiba sekali...result jatuh dengan teruk...result paling teruk dalam sejarah hidupku di UKM..sungguh memilukan..bertambah pilu pula apabila mendapat tahu result rakan-rakan yang lebih baik daripadaku..

Tiba-tiba ilham dan petunjuk daripadaNya datang menjengah pintu hatiku yang kepiluan...ia berkata kepada hatiku " Mengapa engkau bersedih dengan 1 result yang teruk sedangkan Allah telah beri banyak result yang baik sebelumnya?"..hatiku begitu tersentak..segala kepiluan itu seolah-olah pergi begitu sahaja..jiwaku kaku seketika dan aku terduduk..lantas hati kecil ini bersuara.."Ya Allah, betapa butanya mata hatiku selama ini kerana tidak dapat melihat rahmatMu yang melimpah-ruah kepada diri ini,,,maafkanlah hamba yang hina lagi dina ini Ya Allah.."..

Itulah fitrah manusia...sering tangisi kesukaran yang kecil dan seketika...sedangkan rahmat serta kurniaanNya seolah-olah tidak pernah datang pada diri..teringat kata-kata hikmah yang biasa dapat pada mesej daripada rakan-rakan..kadang-kadang kita menangis kerana mentari hilang di balik awan hujan...kilat pula datang sabung-menyabung..tapi kita tak tahu Allah nak berikan pelangi yang cantik selepas itu..bersabarlah..pelangi itu akan tiba kepadamu bila masanya tiba...sungguh termotivasi mendengar kata-kata itu..tambahan pula mendengar pesanan daripada rakan di fb klu pun tidak bertambah pointer anda, sudah pasti ILMU dan PENGAMALAN anda bertambah!..jgn khuatir!..ya..memang pengalamanku bertambah..pengalaman hidup ini..pengalaman yang mengajar erti kehidupan kepada jiwa yang kerdil ini...hidup tidak selalunya indah..dan kesusahan itulah yang menjadi perasa untuk membuatkan kehidupan lebih menarik..

Akhirnya aku pasrah..pasrah dengan ketentuan daripada Dia yang lebih tahu apa yang terbaik buat diriku..aku juga bersyukur kerana disedarkan oleh Dia yang mengurniakan hidayah petunjuk kepada diri yang kerdil ini..Ya Allah, Kau tetapkanlah hati ini di jalanMu...bantulah diri ini melalui ranjau kehidupan dalam redhaMu...janganlah Engkau biar diri ini tenggelam dalam maksiat dan kebinasaan..bimbinglah diri ini Ya Allah...

p/s: buat teman2 di luar sana, ingatlah kurniaan yang melangit luas Allah disaat kau diuji dengan sedikit kesukaran..wallohua'lam..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

9 comments:

  1. salam
    aiman..mintak emel..nak invite ko jadi writer kat jura-kapur.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. saya bangga dengan awak man..
    moga sentiasa dalam didikan Allah..
    Sesungguhnya kita tidak mengetahui hikmah disebalik ujian yang di kurnia olehNya.
    Sabarlah..
    keberkatan ilmu itu bukan terletak pada tingginya pointer seseorang penuntut ilmu itu tetapi keberkatan itu terletaknya pada keikhlasan kau menuntut ilmu itu kerana Allah sahabatku..=)

    ReplyDelete
  3. assalamu'alaikum.

    mudah2an pasrah dan redha yg dilafazkan di mulut adalah prkara yg sama dirasai dlm hati.

    saudara adlah org yg terpilih sbb Allah syg pd kamu.. Insya-allah ujian Allah x sia2. tambahan lg,Allah x kan uji sesuatu yg di luar kemampuan hamba-Nya..

    ReplyDelete
  4. s'sunguhny benar lah ap yg tlh ducapkn..

    namun,xsume org mmpu utk menelan secubit kepahitan lg stlh skian lame s'sara m'cari kemanisan..

    tiap insan b'beza..mgkin sbhgnny sdg b'bahagia dgn p'alaman hidup yg sdg dicoret Ilahi..tp mgkin ad sbhgn len yg msh b'duka menyunting sebuah kisah yg xtau kesudahanny..:-(..

    tq 4 diz post-ku afif

    ReplyDelete
  5. tq kepada sume yang komen..mgkin ada yang pertikai mngapa buat post ni klu btol2 redha?..hurm..post ini adalah utk pkongsian dgn semua...utk saling beringat..sbb kte sering lupe kpd nikmat yang dikecapi ktika dtimpa musibah..so, bsyukurlah dgn apa yang kita dpt..ada hikmah dsebaliknya..

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah..

    makin matang ucu..
    Ssghnya Allah xkn mberi ss2 kpdmu klu bkn itu yg selayaknya..

    Sglanya pya hikmah dccNya..

    ReplyDelete
  7. buat khairul aiman bin sahrom
    bersabarlah,,,
    sesungguhnya sabar itu ibu segala akhlak..
    peluang2 baru akan muncul pd setiap waktu,tetapi peluang2 ini tidak semestinya sama dgn peluang yg hadir sebelumnya..

    ReplyDelete
  8. tq anon..smoga kesabaran itu sentiasa mengiringi kita semua..

    ReplyDelete