Tuesday, February 23, 2010

di mana anda?

Post kali ini bukan berkaitan tempat di mana anda berada, sebaliknya di manakah kedudukan anda dan kita semua di sisi Tuhan Yang Maha Mengasihani hamba-hambaNya.

Pagi tadi diri ini didatangi oleh seorang rakan yang melakukan survey untuk subjek pengurusan emosi (maaf kalau silap,tak ingat). Bezanya survey yang dilakukan adalah beserta gambar yang ada dalam laptop dia. Soalan yang diberi adalah mengenai perasaan kita sewaktu melihat gambar tersebut tapi tak boleh bagi tahu dalam blog ni, takut-takut tak suprise kalau ada yang dapat soalan survey dia nanti..(jangan marah,hehe). Tak cukup dengan itu, di tambah pula dengan cerita kegembiraan di syurga dan seksaan di neraka. Mungkin dia nak lihat sejauh mana pengaruh gambar tadi dengan cerita yang diberi.

Namun satu perkara yang terkesan dihati ini sewaktu membaca kedua-dua cerita tersebut. Jawapan yang kuberi untuk kedua-duanya adalah sama, Sedih dan Risau walaupun cerita tersebut berbeza tajuk (sedih dan gembira). Jawapan tersebut adalah yang tersirat di benak hati ini.

Walaupun diceritakan tentang keindahan di dalam syurga, hati ini tetap sedih & risau kerana belum tentu diri ini mampu mengecapinya kelak. Terasa diriku tidak layak untuk itu semua. Ketika cerita ancaman di neraka, lebih-lebih lagilah hati ini tersentak. Seolah-olah itulah tempat kembaliku kelak jika bersandarkan kepada amalanku kini. Seandainya diriku berada di zaman Rasulullah Sollallohu 'alaihi wassam (s.a.w), adakah diriku akan dicop sebagai orang-orang yang beriman mahupun orang munafik yang mendapat ancaman daripada Allah?..sukar bagiku menganggarnya. Terasa terlalu rendahnya diriku disamping Dia, Sang Pencipta.

Oleh itu, diri ini ingin mengajak semua bermuhasabah diri. Di manakah kedudukan kita disamping Yang Maha Esa? Sejauh manakah perintahNya kita turuti dan sebanyak manakah laranganNya yang kita ingkari? Rasanya terlalu banyak laranganNya yang kita langgar berbanding suruhanNya yang kita taati. Kitalah hamba yang tak sedar diri yang selayaknya ditebang sahaja kerana tidak mendatangkan hasil. Namun kasihnya Allah kepada kita tak terbalas. Kita masih diberi ruang untuk bertaubat dan berubah.

Bertaubatlah selagi belum terlambat. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun terhadap segala dosa dan noda yang kita lakukan sendainya kita benar-benar ingin berubah, kerana itulah sebenar-benar taubat (Taubat Nasuha).


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Wednesday, February 17, 2010

Perjuangan Islam Itu Sukar?




Itulah kesimpulan yang dapat diriku catatkan selepas menghadiri ceramah disurau An-Nur, Bandar Baru Bangi malam tadi. Berkisarkan tentang perang khandak (parit) yang berlaku di madinah suatu ketika dahulu. Sungguh bijak penceramah menyampaikan isinya, jelas dan penuh perinciaan.

Ketika itu umat Islam dikepung, makanan dicatu dan tiada siapa yang boleh keluar dari Madinah. Rasulullah sollallohu 'alaihi wasallam (s.a.w) sendiri mengikat batu di perut baginda bagi menahan lapar. Umat Islam amat teruji ketika ini. Allah juga menurunkan ribut ketika perang ini berlaku yang menjadi salah satu faktor kekalahan kaum Quraisy Makkah ketika itu.

Ribut yang ditemani oleh suasana dingin turut menggugat umat Islam ketika itu sehingga tiada yang sanggup pergi ke Makkah melihat perancanaan musuh walau dijanjikan kedudukan disisi Baginda di akhirat kelak. Bukannya mereka semua ingkar, namun mereka hanya insan biasa yang turut tergugat oleh cuaca amat dingin mencengkam ketika itu. Akhirnya Khuzaifah yang dipilih Baginda bagi menjalankan tanggungjawab tersebut. Dengan hati yang redha, dia menuruti.

Kisah ini sudah cukup sebagai pembuktian bahawa perjuangan Islam bukan mudah seperti ABC. Ia menuntut kepayahan+ tekanan fizikal & mental + pengorbanan harta, diri dan hati + kesabaran serta kesetiaan yang menggunung demi mendapatkan hasil yang bergelar kejayaan.

Dalam kepayahan inilah Allah menapis tentera-tenteraNya. Ada yang tidak tahan dan lari dari medan perjuangan dengan cara menyorok , lompat parti dan sebagainya (sebagai gambaran). Ini semua berlaku kerana Allah hanya mahukan insan yang benar-benar setia kepada agama yang benar ini.

Ketika ada insan yang mengadu kepada Nabi s.a.w sendiri agar berdoa menuntut kemenangan Islam kerana dalam dirinya telah dimasukkan dengan 7 butir batu-bata, Baginda hanya menjawab bahawa pemuda itu terlalu gopoh. Insan-insan lain sebelumnya telah melalui kepayahan yang lebih hingga mengorbankan nyawa demi agama Islam tercinta. Keluarga Yasir, Bilal bin Robah dan Zaid bin Thabit antara mereka yang melalui kepayahan itu.

Memang sukar, namun itulah harga yang perlu dibayar untuk sebuah kemenangan. Jangan anggap diri kita telah beriman selagi belum diuji. Nilailah sendiri sejauh mana pengorbanan kita untuk Islam, agama yang suci lagi murni ini. Terus tetap dalam perjuangan ini hingga ke akhirnya. Dunia ini bukan untuk kita, tetapi untuk mereka yang tidak inginkan syurga di akhirat sana. Wassalam..



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

pengorbanan tak pernah berakhir buat selamanya...

Wednesday, February 10, 2010

LoVe


Saat itu (malam tadi) amat bermakna buat diri ini..forum remaja; Cintaku, kau dan Dia sungguh membawa kesan yang mendalam pada jiwa ini. Bukan sebab diri ini menjadi pengacara majlis (itupun membawa makna,tapi sikit je),tetapi kerana ia telah dikupas oleh panel handalan iaitu ust Nabil Ahmad (Far East) dan ust Muhd Zai Mustafa. Orang-orang veteran dalam dunia cinta.

Awal-awal lagi ust Nabil buka dengan pertanyaan berapa ramai yang ada di majlis itu yang dah tengok filem Ketika Cinta Bertasbih. Masih ramai yang belum menontonnya, namun mataku baru sahaja menontonnya kelmarin (hehe). Ketika ada yang bertanya relevankah bagi seorang mahasiswa berkahwin semasa belajar, dengan spontan ustaz Nabil menyokong 100%. Namun ianya bersyarat, iaitu kita benar-benar yakin dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami. Andai tidak mampu,berpuasalah..kerana itu anjuran agama Islam. Menariknya hujah itu dikuatkan lagi dengan kenyataan "adik saya juga akan berkahwin pada pertegahan bulan 2 ni " tanda sokongan untuk berkahwin pada usia muda.

Dikala itu juga, ditimbulkan persoalan bahawa jalan manakah di dalam islam yang menghalalkan couple? mmg TIADA selagi belum ada ikatan pernikahan. Kemudian ada audience yang bertanya bagaimana kita ingin menjaga hati ini agar tidak terlalu terdesak untuk bercinta?..memang soalan itulah yang bermain di lubuk hati setiap remaja yang ada kesedaran tentang haramnya couple sebelum nikah..Jawapannya mudah, alihkan cintamu kepada Ilahi kerana ia cinta yang hakiki, sibukkan dirimu dengan kegiatan lain yang dapat melupakanmu tentang cinta monyet dan berdoalah agar dirimu dan dirinya tidak jatuh ke lembah maksiat.

Kita sebagai mahasiswa islam tidak dapat lari daripada pemikiran moden dewasa ini yang mengatakan setiap daripada kita harus bercouple sebelum kahwin. Alasannya ingin mengenali pasangan dan mencari pengalaman. Namun, sedarkah kita bahawa terlalu banyak kes penceraian di luar sana yang melibatkan pasangan muda yang telah banyak kali bercouple sebelum ini? Semuanya disebabkan cinta nafsu semata. Sedarlah bahawa cinta dan perkahwinan itu diiringi dengan tanggungjawab. Jika ia diniatkan ke atas nafsu semata, dirimu akan jemu setelah mendapatkannya di saat awal perkahwinan sehingga ingin mencuba yang lain. Suatu penjelasan yang cukup menarik.

Kesimpulannya, kita harus mensistemkan kembali pemikiran kita mengikut syariat agama dan bukannya menggunakan dalil serta ruang dalam agama sebagai alasan untuk kita terus hanyut dalam arus pemikiran songsang di zaman globalisasi ini. Niatkan cintamu kerana Allah.

Aku hanya mampu berdoa, YA Allah..

Andai benar dia untukku, kau peliharalah dia untukku dan peliharalah daku untuknya. Peliharalah cinta kami agar tidak melebihi cinta kepadaMU ya Ilahi, Peliharalah hati dan diri kami dari jatuh ke lembah kehinaan, Namun, andai dia bukan milikku kau redhakanlah hati ini dengan ketentuanmu. Kau kurniakanlah baginya insan yang lebih baik daripadaku, dan kurniakanlah bagiku insan yang lebih baik darinya, yang dapat mengingatkanku dikala terleka, yang dapat membawaku dekat padaMu Wahai Maha Pemberi Cinta....

p/s : sebagai rujukan tambahan tentang isu cinta, layarilah laman http://saifulislam.com/

Tuesday, February 9, 2010

kehidupan

kehidupan,
kau tak semudah yang disangka,
ibarat laut biru yang luas,
kadang-kala bergelora dan berombak,
kadang-kala tenang seketika.

kehidupan,
kau memberiku pengalaman,
ibarat limau yang ranum,
kadang-kala masam dan pahit,
kadang-kala manis lagi mengenyangkan.

kehidupan,
kau punya peraturan tersendiri,
ibarat roda yang berputar,
sering membawa diriku ke atas,
namun, sering jua membawaku ke bawah.

kehidupan,
kau membawaku mengenal Tuhan,
ibarat radio yang bercerita,
mengingatkanku dikala alpa,
menyapaku dikala duka.

kehidupan,
hadirmu hanya seketika di dunia ini,
namun, kau hadir buat selamanya di akhirat sana,
semoga kebahagiaan tiba pada keduanya.

ku berharap agar kehidupan kita ini mendapat redha serta kasih Ilahi...


Wednesday, February 3, 2010

Sahabat

2 hari yang lepas aku didatangi oleh seorang sahabat baik dan kami keluar makan malam bersama. Di kala itu, kami turut bertemu dengan kenalan-kenalan lain yang turut ada di kedai makan tersebut. Kenapa ku nyatakan bahawa dia seorang sahabat baik? Ada sesuatu padanya yang tidak ada pada kawan biasa.

Dia seorang yang berani menyatakan keburukanku secara berdepan. Setiap bait katanya ku amati satu-persatu. Penuh hikmah dan kebenaran disebaliknya. Niatnya adalah agar diri ini perbaiki segala kekurangan yang ada. Terima kasih sahabat, semoga engkaulah teman dunia dan akhirat.

Itulah salah satu daripada ciri seorang sahabat sejati. Orang yang boleh menerima buruk dan baiknya kita serta sanggup menerangkan segala kesilapan yang tidak harus kita ulangi. Bak kata pepatah melayu 'berani kerana benar'. Dengan itu, dia akan selesa selama berkawan dengan kita sedangkan dalam perhubungan pasti ada onak dan duri yang harus ditempuh bersama.

Semoga kita menjadi salah satu golongan yang mendapat lindungan Arasy Allah kelak, iaitu golongan yang bertemu dan berpisah hanya kerana-Nya. Ku bersyukur di atas kurniaan Tuhan kepada diri ini. Terlalu banyak cara yang Dia hantarkan dalam merevolusikan diri ini menjadi insan yang lebih baik dan salah satunya adalah melaluimu Sahabatku. Ku berharap agar lebih ramai insan sepertimu dalam hidupku ini.
TeRiMa KasiH SaHaBatku...


Monday, February 1, 2010

TeRiMa KaSiH

Ucapan yang tidak sukar dilafaz namun sukar dikeluarkan oleh sesetengah orang. Mungkin kerana terlupa atau sebagainya. Sebelum diriku tergolong dalam kacang yang lupakan kulit, biarlah kuluahkan rasa hati ini.

Sebelum itu infiniti kesyukuran kurafakkan ke hadrat Ilahi atas segala ketentuanNya ke atas diri ini. Kita hanya mampu merancang, namun Dialah sebaik-baik perancang dan segala yang berlaku atas kehendakNya. Mungkin diri ini belum mampu memikul tanggungjawab itu.

Walaupun tidak terpilih menjadi ahli Majlis Perwakilan Pelajar di FST, jutaan TERIMA KASIH kuucapkan buat rakan-rakan yang memberi kepercayaan kepada diri ini. Sokongan anda amat dihargai. Semoga mereka yang terpilih bakal menjaga kepentingan kita bersama di FST ini. Genggam bara api biar sampai jadi arang dan bukan hangat-hangat tahi ayam. Semoga harmoni FST yang kita cintai ini.

Segunung kasih kuhadiahkan buat teman-teman yang telah banyak berkorban masa dan tenaga dalam membantu diri ini sepanjang tempoh PRK..semoga Tuhan menilai dan merahmati segala jerih payah anda semua. Tiada yang dapat kubalas melainkan ucapan TeRiMa KaSiH buat semua..maaf atas segala kekurangan diri ini..
.