Saturday, April 24, 2010

Cinta Terakhir


Post kali ni bukan tentang hidupku....bukan peristiwa ketika diriku putus cinta mahupun baru bercinta..tapi tentang satu lagu yang baru dihadiahkan oleh kak cik aku semalam..memang best lagu ni..sayhdu..namun apa guna lagu jika tidak dihayati liriknya..itulah yang jari-jemariku akan bahaskan di sini..

Tiap orang punya persepsi tersendiri. Persepsi awal diriku terhadap lagu ini ialah jelek kerana seolah-olah lagu ini memuja seorang gadis secara terlampau dan akhirnya frust menonggeng. Namun, setelah menghayati berulang kali akhirnya aku keluar dengan suatu konklusi. Ia dipecahkan mengikut perenggan..

Pada perenggan pertama dan kedua itulah hakikat kebanyakan manusia kini dalam bercinta. Ketika bercinta segalanya dirasakan indah sehingga segala yang ada di dunia ini tiada tandingannya berbanding dengan buah hati masing-masing. Bak kata ustaz mahupun ustazah pada kebiasaan ceramah tentang cinta ini, "bila cinta sudah melekat, tahi kucing pun rasa coklat". Itulah kebiasaan yang di alami oleh orang yang bercinta.

Pada perenggan ketiga dan keempat pula, disitulah hakikat percintaan. Tiada siapa yang dapat menjamin rasa cinta yang ada dalam diri kepada seseorang akan kekal selamanya..sebab itu ada ulama' berpesan "jika engkau mencintai sesuatu, cintailah seadanya..kerana mungkin kelak ia akan menjadi sesuatu yang kau benci..jika kau membenci sesuatu, bencilah seadanya..kerana mungkin kelak ia akan menjadi sesuatu yang kau cintai" . Itulah hakikat percintaan manusia.. Tidak tahu apa kesudahannya. Hanya Tuhan yang mampu menentukan segalanya..Kita hanya mampu merancang dan berdoa untuk dapat yang terbaik, namun segalanya atas ketentuan serta rahmatNya.

Pengajaran yang terakhir yang ingin ku kongsi bersama disini adalah cinta manusia tiada kesudahan. Tapi cinta Allah dan Rasulullah sudah pasti berbalas dengan kesudahan yang pasti (syurga)..Hayati, renungi dan amalkanlah hadith nabi sollallohu 'alaihi wasallam (s.a.w) ini :

لا يؤمن أحدكم حتى أكون أحب إليه من والده وولده والناس أجمعين
"Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga aku (Rasulullah s.a.w) dicintai melebihi daripada kedua ibu bapanya, anaknya serta seluruh manusia." (Sohih Bukhari)

Maka sebagai umat Islam, urutan rasa cinta yang harus diikuti adalah :

Allah
Rasulullah S.A.W
Ibu Bapa, Anak Isteri, Keluarga & Sesama umat Islam

p/s : Kat bawah ni, aku sediakan lirik lagu Cinta Terakhir untuk rujukan semua.


Kau Cinta pertamaku
Engkau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa menafikan kasih kita...

Kau ayu dimataku
Satu antara seribu
Tiada tara didunia...

Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir...

Mungkin kitakan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan Tuhan....

Lagu/lirik: Hafiz Hamidun
Album : Single Terbaru
Munsyid : Aiman Akademi Nasyid
http://liriknasyid.com

Wednesday, April 7, 2010

JaLinAn KaSiH

Salam perpisahan kuucapkan buat rakan-rakan serta adik-adik di FST yang mengenali diri ini terutamanya mereka yang berada dalam PMFST..Kenapa awal sangat diri ini mengucapkan kata-kata ini?...takut2 tak berkesempatan kerana masing-masing sibuk dengan
peperiksaan..Tahniah dan salam perkenalan buat keluarga PMFST yang baru..

Terkenang kembali saat diri ini mula-mula hadir dalam keluarga FST..tiada ikatan kerja..hanya jalinan kasih daripada anda semua menarik diri ini untuk bersama-sama kalian..Insan yang paling beriya ketika itu adalah YDP PMFST 09/10 sendiri..rakan silat seawal kehadiranku di UKM ini ...kusangka diri akan disisih namun kalian terlalu baik buat diri ini..kehadiranku disambut bagai bayi yang baru lahir..penuh mesra n gelak ketawa.

Hadir kalian dalam hidup ini amat bermakna..walaupun tempoh 1 tahun bersama kalian terasa begitu singkat, namun kenangan indah bersama takkan pernah kulupakan..majlis ilmu terlalu kerap dilakukan mengisi jiwaku yang kekosongan ini..apatah lagi majlis makan bersama yang kesannya kalian boleh lihat pada diriku sekarang ini..hehe..

Susah-senangku di FST kalian memahami..kalianlah sahabat, kaunselor serta pembantu bagi diri ini dalam mengharungi mehnah dan ujian hidup sebagai mahasiswa..Detik itu sangat kurasai waktu bertanding untuk pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar..walau diriku bukan mewakili PMFST tapi seluruh FST, kalianlah insan yang paling berjasa buat diri ini...sanggup berkorban masa dan tenaga membantuku...Infiniti terima kasih kuhadiakan buat kalian..kalian terlalu baik buat diri ini.

Ku bersyukur pada Tuhan kerana dengan Rahmah serta mahabbahNYa, kalian hadir dalam hidup ini..Biarlah kalian mengatakan diri ini terlalu 'touching' mahupun lembut hati ataupun jiwang karat.....hati ini terlalu sayangkan kalian..terasa tidak ingin berpisah namun itulah adat setiap pertemuan....perpisahan menjadi gandingannya...Kuharap kalian dapat memaafkan segala kesalahan diri yang kerdil lagi hina ini andai bicaraku pernah mengguris hati, andai perbuatanku pernah menyalakan api kemarahan dijiwa dan andai umpatanku dibelakang kalian tak pernah kalian ketahui...diriku terlalu lemah untuk mengelakkan itu semua..hanya mampu duduk menanti sejuta kemaafan daripada kalian.

Buat kalian yang masih berada di FST, teruskanlah perjuangan...usah tewas dengan perasaan..usah gentar pada ujian..Sesungguhnya pada setiap permasalahan ada kunci kejayaan..Binalah keperibadianmu, ciptalah kejayaanmu dan timbalah ilmu selagi kau masih punya waktu..jiwaku tetap menyokong kalian...Salam juang kuucapkan sebagai kata mungundur diri..


Thursday, March 11, 2010

LuaHaN RaSa BerSaMa

Detik itu terlalu bermakna bagiku...seolah-olah itulah yang ku nanti-nantikan selama berada dalam galaxy geologi ini. Sesi meluahkan perasaan yang selama ini terpendam dalam tiap jiwa yang menemaniku selama 3 tahun ini. Inilah yang pertama dan mungkin inilah yang terakhir buat kita bersama. Namun detik yang hanya 3 jam lebih itu akan ku kenang selamanya.

Walaupun tak semua yang ada, namun ku cukup terharu. Suasana yang mampu membuatkan setiap insan mengalirkan air mata. Amat sukar dikecapi. Baru sekarang ku tahu apa yang selama ini terpendam di hati mereka. Baru kini ku sedari siapa mereka sebenarnya. Pelbagai konflik yang berlegar di antara kami seolah selesai begitu sahaja. Segala kekusutan begitu senang terlerai. Segala kesumat dendam begitu mudah dimaafkan. Inilah insan-insan yang berada disekitarku selama ini.

Dalam keramaian itu, diriku cukup berterima kasih serta kagum kepada seorang sahabatku yang dahulunya sama-sama pergi ke kelas semasa di matrikulasi dan masih sekelas denganku di UKM ini. Semuanya gara-gara diriku yang menyebabkan beliau ditawarkan bidang geologi ini sedangkan dirinya tidak berminat pun. Kutahu segalanya atas taqdir Allah, namun hatiku sayu, kerana pada awalnya jiwaku turut menolak bidang geologi ini. Terlalu sukar bagiku, apatah lagi bagi dirinya. Namun kami tak keseorangan. Masih ada insan-insan lain yang menemani jiwa yang gundah ini. Segala susah-payah diharungi bersama. Anda semualah motivasi bagi diri ini. Kini, sahabatku itulah geologist yang matang bagiku.

Diri ini jua ingin mengucapkan syukur kepada Ilahi kerana diberi peluang serta kekuatan untuk terus bersama-sama mereka ini. Mungkin kadangkala hati ini terusik dengan gurauan mahupun tingkahlaku rakan-rakan, namun itulah yang merapatkan kita semua. Hanya ucapan maaf serta terima kasih sudah cukup untuk menjadi pengubat buatku. Mengimbau nostalgia lalu, terasa terlalu banyak perubahan pada mereka. Perubahan yang kadang-kala sukar diramal. Itulah warna-warna kehidupan ini. Tiada siapa yang bisa meramal apa yang ada pada tiap insan kerana tiap jiwa ada kelebihan tersendiri.

Terima Kasih Rakan-Rakan Sekelasku...Maaf andai diri ini pernah melukakan hati anda semua.. Semoga persahabatan ini kekal selamanya...




p/s : kepada intan, sowi aku tak bagitau copy gambar ni dari profil fb ko..mohon copy k..(",)

Friday, March 5, 2010

DuGaaN KeHiDuPaN




Hampir setiap hari dugaan itu tiba..ada yang kecil dan ada yang besar sehingga terlalu berat buat diri ini menanggungnya.Keluahan sering juga terhembus sedang diri ini tahu bahawa dalam tiap sesuatu kesusahan pasti diiringi kesenangan sebagaimana mafhum firman Allah dalam Al-Quran ( Al-Insyirah, ayat 5 & 6).

Tiap jiwa di dalam dunia ini pasti akan menerima ujian. Ujian yang menguji kedudukan kita sebagai seorang hamba kepada Sang Pencipta. Hanya cara kita melalui ujian tersebut yang berbeza. Ada yang melaluinya dengan jalan terbaik, ada yang sederhana dan ada jua yang tidak lulus. Semuanya dalam nilaian Allah. Seandainya jalan keluar yang diambil mengikut perintahNya, nescaya redhaNya di dunia & akhirat menjadi ganjarannya. Itulah impian setiap mukmin dan muttaqin..kebahagiaan dunia dan akhirat..tiada yang lebih berharga daripadanya.

Ramai yang sedar akan perkara ini namun berapa ramai antara kita yang sentiasa mengingati Allah ketika susah mahupun senang? jawapannya ada pada anda..kadang-kala Dia sengaja memberikan sedikit kesukaran di kala senang sebagai peringatan agar kita sentiasa menjadi hambanya yang bersyukur. Sering jua dugaan itu datang bertatalu hingga ingin rebah diriku, Namun ingatlah teman-temanku sekalian, tiada kesusahan yang berpanjangan. Tiap permasalahan pasti punya jalan keluar tersendiri..Insya-Allah.

Dia yang menurunkan ujian tersebut, pasti Dia punya skema jawapan bagi tiap permasalahan hidup ini. Mengadulah padanya. Hanya padanya. Letakkan sepenuh pergantungan diri padaNya.Nescaya aduanmu akan diterima. Cuma waktu yang menjadi batasnya. Ada yang cepat dan ada yang kurang pantas. Segalanya atas aturanNya. Namun kita diberi ruang dan peluang untuk berusaha (penyebab ) demi menggapai segala yang tersirat di hati. Usah berputus asa teman-temanku.

Sedarlah wahai hati dan jiwa,
Sesungguhnya ujian itu hanya seketika,
jambatan untuk tingkatkan iman,
Ruang untuk dekat padaNya.

hayatilah bait-bait lagu Maher Zain yang membicarkan soal ini. Semoga dirimu dan diriku menemui jalan iu..Jalan menuju redha Ilahi.

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way


p/s : lagu ni tak sampai habis..Ringkas tapi padat dengan isinya,.Semoga terenung kesilapan lalu dan ambil iktibar.


Monday, March 1, 2010

WaRkah BuAtMu

Rasa ini telah lama kupendam. Sedalam lubuk hati yang tidak terjangkau oleh akal, namun itulah sifatnya hati..didiami oleh perasaan serta perikemanusiaan..di situ jua terletak jua nafsu. Sebab itulah jika baik hati seseorang maka baik seluruh jasadnya..itulah mafhum sabda Rasulullah solallahu'alaihi wasallam (s.a.w).

Namun bukan tentang nafsu itu yang ingin ku ceritakan saat ini. Hanya perasaan yang kurasa kebelakangan ini. Tentang dia. Tentang insan yang menjadi penyebab kelahiranku kedunia ini. Tentang insan yang perlu berlaku baik terhadapnya selepas Allah dan RasulNya..dialah ibu, ummi, mama & emak buat diri ini..

Terlalu besar pengorbananmu dalam mendidik diri ini. Tatkala rakan-rakan berkata tentang kenakalan serta keligatan diri ini, tika itulah diri ini terkenang susah-payah serta jerih-maungmu membesarkanku. Ku sering sakiti hatimu, namun dirimu terus bersabar..Ku sering buatmu menangis, namun kau tak pernah menyisihkanku..Ku sering memalukanmu di kalangan teman-temanmu, namun engkau abaikan itu semua..Dirimu terlalu baik buatku.

Engkaulah insan yang begitu mudah membaca segala gerak-langkahku tatkala orang lain tidak menyedarinya. Sukar bagiku berselindung darimu. Namun, diri ini jua bisa membaca segala kepayahan yang kau lalui walaupun dalam senyummu. Keperitan itu kau lalui untukku dan adik-adik tanpa mengenal erti penat dan putus asa.

Terima kasih ummi. Akan ku cuba berikan yang terbaik buatmu walaupun ku tahu pengorbananku tak sebesar mana jika dibandingkan dengan apa yang telah kau lalui. Ku harap dirimu dapat memafkan segala kesalahanku sepanjang hayat ini dan meredhakan segala yang telah kau berikan buat diri ini...kerana redha Allah terletak pada redhamu...




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Tuesday, February 23, 2010

di mana anda?

Post kali ini bukan berkaitan tempat di mana anda berada, sebaliknya di manakah kedudukan anda dan kita semua di sisi Tuhan Yang Maha Mengasihani hamba-hambaNya.

Pagi tadi diri ini didatangi oleh seorang rakan yang melakukan survey untuk subjek pengurusan emosi (maaf kalau silap,tak ingat). Bezanya survey yang dilakukan adalah beserta gambar yang ada dalam laptop dia. Soalan yang diberi adalah mengenai perasaan kita sewaktu melihat gambar tersebut tapi tak boleh bagi tahu dalam blog ni, takut-takut tak suprise kalau ada yang dapat soalan survey dia nanti..(jangan marah,hehe). Tak cukup dengan itu, di tambah pula dengan cerita kegembiraan di syurga dan seksaan di neraka. Mungkin dia nak lihat sejauh mana pengaruh gambar tadi dengan cerita yang diberi.

Namun satu perkara yang terkesan dihati ini sewaktu membaca kedua-dua cerita tersebut. Jawapan yang kuberi untuk kedua-duanya adalah sama, Sedih dan Risau walaupun cerita tersebut berbeza tajuk (sedih dan gembira). Jawapan tersebut adalah yang tersirat di benak hati ini.

Walaupun diceritakan tentang keindahan di dalam syurga, hati ini tetap sedih & risau kerana belum tentu diri ini mampu mengecapinya kelak. Terasa diriku tidak layak untuk itu semua. Ketika cerita ancaman di neraka, lebih-lebih lagilah hati ini tersentak. Seolah-olah itulah tempat kembaliku kelak jika bersandarkan kepada amalanku kini. Seandainya diriku berada di zaman Rasulullah Sollallohu 'alaihi wassam (s.a.w), adakah diriku akan dicop sebagai orang-orang yang beriman mahupun orang munafik yang mendapat ancaman daripada Allah?..sukar bagiku menganggarnya. Terasa terlalu rendahnya diriku disamping Dia, Sang Pencipta.

Oleh itu, diri ini ingin mengajak semua bermuhasabah diri. Di manakah kedudukan kita disamping Yang Maha Esa? Sejauh manakah perintahNya kita turuti dan sebanyak manakah laranganNya yang kita ingkari? Rasanya terlalu banyak laranganNya yang kita langgar berbanding suruhanNya yang kita taati. Kitalah hamba yang tak sedar diri yang selayaknya ditebang sahaja kerana tidak mendatangkan hasil. Namun kasihnya Allah kepada kita tak terbalas. Kita masih diberi ruang untuk bertaubat dan berubah.

Bertaubatlah selagi belum terlambat. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun terhadap segala dosa dan noda yang kita lakukan sendainya kita benar-benar ingin berubah, kerana itulah sebenar-benar taubat (Taubat Nasuha).


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Wednesday, February 17, 2010

Perjuangan Islam Itu Sukar?




Itulah kesimpulan yang dapat diriku catatkan selepas menghadiri ceramah disurau An-Nur, Bandar Baru Bangi malam tadi. Berkisarkan tentang perang khandak (parit) yang berlaku di madinah suatu ketika dahulu. Sungguh bijak penceramah menyampaikan isinya, jelas dan penuh perinciaan.

Ketika itu umat Islam dikepung, makanan dicatu dan tiada siapa yang boleh keluar dari Madinah. Rasulullah sollallohu 'alaihi wasallam (s.a.w) sendiri mengikat batu di perut baginda bagi menahan lapar. Umat Islam amat teruji ketika ini. Allah juga menurunkan ribut ketika perang ini berlaku yang menjadi salah satu faktor kekalahan kaum Quraisy Makkah ketika itu.

Ribut yang ditemani oleh suasana dingin turut menggugat umat Islam ketika itu sehingga tiada yang sanggup pergi ke Makkah melihat perancanaan musuh walau dijanjikan kedudukan disisi Baginda di akhirat kelak. Bukannya mereka semua ingkar, namun mereka hanya insan biasa yang turut tergugat oleh cuaca amat dingin mencengkam ketika itu. Akhirnya Khuzaifah yang dipilih Baginda bagi menjalankan tanggungjawab tersebut. Dengan hati yang redha, dia menuruti.

Kisah ini sudah cukup sebagai pembuktian bahawa perjuangan Islam bukan mudah seperti ABC. Ia menuntut kepayahan+ tekanan fizikal & mental + pengorbanan harta, diri dan hati + kesabaran serta kesetiaan yang menggunung demi mendapatkan hasil yang bergelar kejayaan.

Dalam kepayahan inilah Allah menapis tentera-tenteraNya. Ada yang tidak tahan dan lari dari medan perjuangan dengan cara menyorok , lompat parti dan sebagainya (sebagai gambaran). Ini semua berlaku kerana Allah hanya mahukan insan yang benar-benar setia kepada agama yang benar ini.

Ketika ada insan yang mengadu kepada Nabi s.a.w sendiri agar berdoa menuntut kemenangan Islam kerana dalam dirinya telah dimasukkan dengan 7 butir batu-bata, Baginda hanya menjawab bahawa pemuda itu terlalu gopoh. Insan-insan lain sebelumnya telah melalui kepayahan yang lebih hingga mengorbankan nyawa demi agama Islam tercinta. Keluarga Yasir, Bilal bin Robah dan Zaid bin Thabit antara mereka yang melalui kepayahan itu.

Memang sukar, namun itulah harga yang perlu dibayar untuk sebuah kemenangan. Jangan anggap diri kita telah beriman selagi belum diuji. Nilailah sendiri sejauh mana pengorbanan kita untuk Islam, agama yang suci lagi murni ini. Terus tetap dalam perjuangan ini hingga ke akhirnya. Dunia ini bukan untuk kita, tetapi untuk mereka yang tidak inginkan syurga di akhirat sana. Wassalam..



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

pengorbanan tak pernah berakhir buat selamanya...