Friday, October 22, 2010

Hari bersejarahku = hari yang kutakuti

Semalam adalah hari jumaat..penghulu segala hari buat umat Islam seluruh dunia...jua hari raya mingguan bagi umat Islam..sebab tu kita tak digalakkan berpuasa sunat mutlak pada hari jumaat...semalam jua adalah hari bersejarah buatku.


Itulah hari terakhir buatku bergelar guru..datangku disambut dengan senyuman...pulangku dirai dengan jamuan ringan...aku mungkin akan menyambung kerjaya guru di masa akan datang..borang KPLI pun sudah penuh terisi..andai tiada jodoh di alam pendidikan, paling tidak ku berharap dapat menjadi guru terbaik untuk anak2 dan pasangan hidup..persediaan untuk itu harus lebih lagi..kerana ibu bapa adalah guru pertama untuk setiap anak2 yang dilahirkan ke dunia..

Hati ini terasa sayu apabila melihat anak2 didik yang ditinggalkan..mampukah mereka menjawab soalan peperiksaan yang akan berlangsung Isnin depan berbekalkan ilmu yang ku ajarkan?adakah diriku akan dipersalahkan jika prestasi mereka menurun?..


Runsing rasanya apabila difikirkan...tapi bila diaamati ada perkara yang harus lebih dirunsingkan pada mereka..mereka adalah pemimpin masa depan...merekalah pejuang agama dan bangsa..mereka adalah produk yang kita hasilkan..andai kita salah mencorakkan mereka, hancur-punahlah negara dan rosaklah agama..

Takutnya diriku jika ketika mereka melakukan kerosakan di muka bumi, diriku ini yang akan dipersalahkan...gentarnya hatiku jika mereka menjadi penyebab diriku diseret ke neraka..hanya kerana aku tidak mempersiapkan mereka untuk menghadapi dunia penuh cabaran yang melampau...terlalu ramai musuh yang ingin menjatuhkan mereka...musuh yang ingin melihat mereka lalai dan leka dengan dunia dan kemewahan...musuh yang ingin memisahkan agama daripada kehidupan...musuh yang memecah-belahkan umat Islam...juga musuh yang bercita-cita untuk menghancurkan Islam...mampukah mereka menghadapi semua itu?


Aku hanya mampu berharap..semoga mereka menjadi insan berguna kelak..menjadi pemimpin yang menjaga kebajikan rakyat...menjadi pejuang agama yang mendaulatkan Islam melebihi segala perkara..menjadi rakyat yang celik mata hatinya dan berani menegur orang atasan..menjadi ibu bapa terbaik untuk anak-anaknya..kerana itu semua akan menjadi saham ku di akhirat..selagi ilmu yang disampaikan terus dimanfaat..


semoga hari yang ku takuti akan berubah menjadi sinar kebahagiaan di akhirat kelak..amiin..



Friday, October 8, 2010

Mereka atau Kita yang kebudak-budakan?

Hari ini aku melangkahkan kaki ke kelas seperti hari-hari biasa..memulakan kelas dengan doa dan sapaan khabar kepada murid-murid..ada yang selesema dan ada juga yang tidak hadir..namun itu tidak mematahkan semangatku untuk mengajar pada hari ini..



Item yang diajar amat mudah..postur menyanyi ketika duduk mahupun berdiri...namun biasalah, apabila berhadapan dengan kanak-kanak ia menjadi mencabar sedikit...perlu disuruh satu-persatu...daripada A-Z baru mereka faham..hatta tarikh hari ini pun guru yang kena tukarkan..itulah cabaran buat pendidik..insan yang perlu membentuk buluh daripada rebungnya selepas ibu bapa..


Semasa mengajar daku melihat reaksi mereka...ada yang terhibur...ada yang buat muka bosan...mungkin tidak berminat dengan topik pembelajaran hari ini atau caraku tidak memenuhi selera mereka..ada juga yang lebih gemar bermain2..lantas ku panggil beberapa daripada mereka yang bermain itu ke hadapan dan mempraktikkan apa yang telah ku ajar..ternyata mereka masih mampu melakukannya walaupun tidak sempurna..

Namun salah seorang daripada mereka hanya mampu tercegat di hadapan rakan-rakan lain dan diam membatu..dia menundukkan kepalanya dengan riak muka ingin mengangis..ditambah pula dengan ejekan rakan2 sekelas yang lain..menambahkan lagi apa yang terpendam di jiwanya...lalu ku memaksanya untuk menyanyi..dia tetap berdegil walaupun telinganya telah sedikit kemerahan ku tarik..ego dalam dirinya terlalu tebal sehingga apabila ku suruh duduk dia tetap berdegil..seolah-olah meluahkan rasa marah kepadaku dengan melakukan perkara yang berlawanan daripada suruhanku..ku hanya biarkan dia berdiri sehingga kelas tamat..


Setibanya di rumah baru ku terfikir..itulah fitrah kanak2..alam mereka berbeza dengan kita..bermain dan berseronok adalah perkara utama dalam hidup mereka..kitalah yang harus memimpin mereka dalam membezakan waktu belajar dan bermain..memimpin dengan lembut, ibarat menarik rambut di dalam tepung..tidak boleh rentap sesuka hati kerana nanti tepung berterabur dan rambut pun putus.. usah ego dilawan ego kerana mereka tidak akan mengalah..kitalah yang perlu mengalah..kerana buluh bukan senang dilentur..perlukan masa yang lama..

Ingatlah bahawa mengalah bukan bererti kalah..pasti ada sinar kejayaan yang menanti di masa hadapan...semoga kita mampu menjadi orang dewasa yang memahami jiwa kanak2 dan membentuk mereka menjadi kanak2 yang cemerlang..insya-Allah..

Monday, August 30, 2010

Diari Seorang Guru





Hari ini hari kedua aku memulakan kerjaya sebagai seorang guru...berpakaian formal dan bertali leher mengimbau kembali kenangan melakukan pembentangan tesis di hadapan rakan2 sewaktu di universiti suatu masa lalu.

Sedikit perkongsian buat teman2 yang mungkin berminat mahupun ingin tahu lebih lanjut kehidupan seorang guru...terutamanya guru baru sepertiku..


Ternyata profesyen seorang guru ini tak semudah yang disangka...masih banyak yang perlu dipelajari..masih luas lautan pengalaman hidup yang harus ku terokai..namun aku bersyukur kerana dibantu oleh guru-guru lain yang juga merupakan guru-guruku sewaktu aku kecil dahulu..kerja2 mengisi borang kedatangan pun perlu dipelajari kerana ada kiraan tersendiri..

Soal mengajar pula lain ragamnya..walaupun perkara yang kita ajar semudah ABC, namun menerangkan kepada puluhan akal yang memiliki tahap pemikiran berbeza dalam sesebuah kelas memerlukan kesabaran yang tinggi dan kesungguhan..sebagai seorang guru, kita harus menggunakan 1000 cara sebagai usaha untuk memberi kefahaman pada setiap murid..andai 1000 cara ini gagal, maka gunakan 1001 cara..usah sesekali tunjukkan riak wajah penat dan berputus asa pada murid-murid..kerana jika kapten kapal berputus asa, siapa yang akan mengawal para kelasi untuk mengemudi kapal?..maka kita perlu sentiasa optimis dalam menghadapi pelbagai situasi..dan jangan lupa berdoa pada Tuhan Yang Maha Bijaksana, agar diberikan kefahaman kepada murid-murid.


Itulah apa yang aku pelajari...sedikit teguran daripada guru lamaku membuat akal ini berfikir sejenak..masih terngiang2 lagi ditelinga.." bagi mereka peluang..memang kita inginkan yang terbaik, namun berilah peluang untuk mereka"..betul tu..kata-kata ini juga berkait dalam kehidupan seharian kita..berilah peluang pada orang lain untuk melakukan yang terbaik..sebab tiada manusia yang sempurna di dunia ini..jangan terlalu berharap yang terbaik daripada orang lain tapi berilah yang terbaik kepada orang lain..erti hidup pada memberi bak kata Ust Hasrizal Jamil..

Namun perkara yang paling seronok adalah kita dapat lihat kembali imbasan masa lalu kita di alam persekolahan..kadang-kadang tergelak sendirian bila melihat telatah mereka kerana kita melihat diri kita pada suatu masa dahulu..berkejar-kejar dengan rakan, mintak izin ke tandas sambil pakai pas keluar kelas, main sos dalam buku kotak2..itulah masa laluku..perkara sebeginilah yang sedikit sebanyak dapat menghilangkan rasa letih semasa mengajar..

Akhir sekali adalah niat kita..adakah kita mengajar semata2 kerana kerja mahupun minat?..itulah soalan pertama yang dilontarkan oleh guru besar kepadaku waktu mula-mula aku menjejakkan kaki ke sekolah...bagi aku mudah sahaja..ikhlaskan niat kerana Allah, jalankan amanah yang diberi sebaik mungkin..insya-Allah apabila ikhlas, hati akan tenang walau ada ujian melanda dan dengan izin Tuhan Yang Maha Esa, tugasan mengajar itu akan menjadi mudah..

Semoga aku dan dirimu bisa menjadi guru yang bakal melahirkan ribuan guru yang punya peribadi jitu..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Wednesday, July 21, 2010

Cintakan Allah & Cinta kerana Allah I





Satu tajuk yang menarik untuk dikongsi..apatah lagi bila berkaitan dengan cinta..pasti ramai yang teruja..tapi bak kata seorang teman di FB, benarkah kita cintakan Allah? Benarkah segala yang kita cinta di atas dunia ini semata-mata kerana Allah?

Jika benar kita cintakan Allah, apa buktinya? cukupkah sekadar solat 5 waktu yang kadang2 tak penuh sehari semalam & yang kadang2 nak habis waktu baru kita kerjakan?cukupkah sekadar dengan menunaikan rukun Islam yang lima sedangkan rukun Iman yang enam masih tak lengkap lagi?..haha..sungguh banyak persoalan untuk membuktikan cinta kepada Allah..tapi itulah hakikat hamba yang seharusnya menyintai tuannya yang juga menciptakan dirinya...maka seharusnya cinta yang sepatutnya adalah sepenuh jiwa hingga sanggup berkorban nyawa..cinta yang tiada penghujungnya..

Amalan yang diwajibkan ke atas kita, mampukah ia menjadi jambatan penghubung cinta kita kepada Allah?

Andai cukup syarat serta rukun mengerjakannya, ia cukup untuk melepaskan kita daripada tanggungjawab...namun jika tiada keikhlasan dihati, bagaimana kita ingin menjamin ia akan diterima Allah?..perlu diingat bahawa keikhlasan itu takkan wujud tanpa cinta..ibarat ikhlas menolong ibu bapa..mesti didahulukan cinta kepada mereka...begitu jugalah jika ingin ikhlas menunaikan cinta kepada Allah..harus ada cinta yang tiada berbelah bahagi kepada Si Dia, Sang Pencipta.

Cinta boleh dipupuk
....macam orang2 dahulu yang bercinta selepas kahwin..cinta hanya dipupuk selepas kahwin kerana mereka berkahwin atas pilihan keluarga dah masih belum mengenali hati masing-masing..pelbagai cara ang dilakukan untuk memupuk cinta seperti memasak bersama, berkongsi cerita sebelum tidur dan lain-lain lagi..pendek kata, semuanya dilakukan bersama..begitu jugalah jika ingin memupuk cinta kepada Allah, harus merasakan Allah sentiasa bersama-sama kita..Dia melihat dan memerhatikan tiap gerak laku kita..


Selain itu, banyakkan menyebut namaNya seperti kita selalu menyebut-nyebut nama orang yang kita cintai dan memuji mereka..sedangkan Allah yang lebih layak dipuji dan dipuja kerana segala nikmat yang kita dapat datang daripada Dia..namun jangan lupa juga berselawat, jika tidak samalah kita dengan bani Israel.. kerana Bani Israil turut mengakui kewujudan Allah namun menafikan kewujudan Nabi Muhammmad s.a.w.

Usaha lain yang boleh dilakukan adalah banyakkan amalan sunat..kerana selain menampung amalan wajib, amalan sunat inilah yang membantu untuk kita lebih dekat dengan Tuhan..ia boleh diibaratkan dengan mee goreng..mee itu adalah kewajipan yang kita kerjakan..rasanya adalah keikhlasan yang kita lahirkan..dan bagaimana mee itu dihias dan dipersembahkan itulah amalan sunat..jika tak cantik dan rasanya tak sedap pun ia masih di panggil mee goreng..namun, mungkin pelanggan akan menolaknya..jika rasanya sedap, pasti pelanggan akan memujinya..apatahlagi jika persembahannya baik dan rasanya sedap sudah pasti kita jatuh cinta dan takkan beli mee goreng daripada kedai lain..begitu jugalah ingin meraih cinta Allah..andai Dia cintakan kita, insya-Allah Dia akan semaikan benih cinta kepada Dia dalam hati kita..cinta Allah itulah cinta yang abadi..


Itu baru cinta kepada Allah, bagaimana cinta kerana Allah?..fikir2kanlah..
(bersambung di siri akan datang-Cintakan Allah & Cinta kerana Allah II)

Monday, July 5, 2010

Masa

Demi masa,
masa adalah kurun dan zaman
masa adalah penggantian tahun ke tahun
masa adalah peredaran bulan ke bulan
masa adalah perjalanan hari demi hari
masa adalah peredaran saat ke minit
masa juga adalah pertukaran siang dan malam..
hargailah masa kerana ia begitu berharga..

Jangan usia sudah penghujung umur,
gigi pun dah banyak gugur,
yang boleh dimakan hanya bubur,
tinggal tunggu masuk kubur,
barulah sibuk untuk beramal..
oleh itu perbanyakkanlah syukur,
jangan pula menjadi kufur,
jika tidak amalanmu lebur,
tunggulah siksa ketika di kubur..

semua manusia itu rugi
yang kaya itu rugi
yang miskin itu rugi
yang untung pun rugi
dan yang rugi lagilah dua kali rugi..
sebab apa rugi?
sebab tidak mampu urus masa dengan bijaksana

jika taknak rugi,
isilah masa sampai penuh,
jangan nampak sahaja penuh tapi kosong,
jangan nampak sahaja penuh tapi tiada isi..
oleh itu, isilah masa dengan 4 perkara..
1) Iman
2)Amal soleh
3)Nasihat kepada kebenaran
4)Nasihat kepada kesabaran

insya-Allah yang yang kaya itu untung
yang miskin pun untung
yang untung lagilah dua kali untung
dan yang rugi pun ada untungnya..

walau apapun isilah kepala ini hingga nak pecah,
isilah dada ini hingga nak meletup,
jangan isi dengan dunia semata-mata,
kerana ia tidak kekal selamanya..

Gunalah masa yang kita ada sebaiknya
sebagai bekalan untuk ke sana
di dunia yang kekal selamanya
yang tiada patah baliknya...

p/s: posting kali ini adalah sedikit bingkisan daripada syarahan adik tahfiz Umar Al-Faroaq (dari ma'had tahfiz di Indonesia) ketika berada di masjid Kg.Sawah, Banting sempena majlis Israk Mikraj..beliau baru berumur 11 tahun, namun kata2nya mampu mengalahkan orang dewasa..semoga beliau menjadi imam muda yang disegani kelak...amiin..

Tuesday, June 29, 2010

Ko Memang Hipokrit !!!

Pernah dengar ayat seperti di atas?..apa perasaan anda jika ada orang yang mengatakan sebegitu kepada anda?...tentu sakit hati bukan..rasa macam hendak lumat-lumatkan muka orang cakap tu je...begitu berbisanya ayat ini..

Hipokrit...satu perkataan yang sengaja dicipta oleh orientalis dan digembar-gemburkan melalui masyarakat sehingga perkataan ini menjadi sungguh menyengat..Fungsinya mudah, iaitu untuk melemahkan semangat untuk kita berubah ke arah kebaikan..

Suatu contoh mudah yang boleh diambil adalah bekas penagih yang baru sahaja keluar dari pusat pemulihan...mereka telah berhenti menagih dan mungkin ada yang sudah tidak merokok...tapi apabila pulang ke kampung rakan-rakan menghulurkan rokok...apabila mereka menolak, rakan-rakan mereka pun berkata, "tak payah hipokrit la wei..dulu ganja pun lu sapu"...akhirnya mereka terpaksa menurut...dan tidak mustahil mereka akan ditangkap semula kerana terpengaruh dengan penagih-penagih di luar sana..

Contoh lain pula seperti seorang artis yang baru pulang menunaikan haji...keadaannya sebelum dan selepas melengkapkan rukun Islam ke-5 itu langsung tiada perbezaan...masih pakai seksi-seksi, mulut laser dan sombong..alasan mudahnya, "I tak nak hipokrit"..tanpa dia sedar perbuatannya seolah-olah mempersendakan agama...na'uzubillahiminzalik..

Dua contoh di atas bukan untuk menghina sesiapa..tapi sekadar ingatan bersama..ia juga membuktikan betapa dalamnya jarum musuh Islam telah menusuk ke dalam daging kita semua..Di dalam Islam tiada istilah hipokrit...yang ada hanyalah munafik mahupun mujahadah..

Apa yang dikatakan sebagai munafik adalah apa yang kita lakukan itu bukan untuk berubah, sebaliknya untuk menunjuk-nunjuk..untuk memberitahu semua orang bahawa dialah orang paling baik dalam dunia ini sedangkan tiada keikhlasan di dalam hati...bahkan hatinya sebenarnya membenci kebaikan yang dilakukan itu..

Mujahadah pula ialah melakukan segala perbuatan baik semata-mata kerana Allah..terniat di sudut hati kecilnya untuk berubah ke arah kebaikan..dia tidak menghiraukan apa yang diperkatakan orang di sekeliling, tapi hanya mengharapkan redha Allah di atas segala perbuatannya..

Oleh itu, ayuh bermujahadah menjadi hamba Allah yang bertaqwa di dunia ini dan jauhi sifat munafik..abaikan ungkapan hipokrit daripada manusia yang tidak mengerti tujuan hidup di dunia..kerana redha Allah lebih utama daripada segala perkara..


p/s: cetusan idea ini bersumberkan daripada slot motivasi bersama Ust Fakhrurrazi..

Sunday, June 13, 2010

3 Pancang

Suatu ketika, Rasulullah sollallohu'alaihi wasallam (s.a.w) keluar bersama sahabat. Baginda membuat tiga pancang..pancang yang pertama di hadapan baginda s.a.w..pancang yang kedua pula dihadapan sahabat dan yang terakhir sekali diletakkan begitu jauh daripada kedua pancang sebelumnya..

Sahabat hairan, lalu bertanya kepada baginda s.a.w mengapa pancang yang satu lagi diletakkan jauh daripada dua yang lainnya..maka jawab baginda tenang,"pancang yang di hadapanku adalah adalah kita semua dan yang hujung pula adalah cita-cita kita..cita2 kita terlalu tinggi dan jauh hingga kita melupakan perkara yang dekat dengan kita...iaitu pancang yang kedua (kematian)"..

Kita tidak sedar bahawa kematian begitu hampir dengan kita semua..banyak cita-cita dan impian yang ingin kita capai dalam kehidupan ini...banyak perkara baru yang ingin dicuba..tambahan pula diikutkan dengan darah muda yang sukakan benda-benda baru..muda hanya sekali....tapi perlu diingat juga, hidup pun hanya sekali...maka, gunakanlah peluang kehidupan di dunia ini untuk mengumpul bekalan untuk ke akhirat..kerana tiada peluang kedua, ketiga dan keempat..peluang ini hanya sekali..seimbangkanlah dunia dan akhiratmu..

Tiap daripada kita punya 24jam...tapi berapa banyak masa yang kita gunakan untuk akhirat dan berapa lama pula kita hanyut dengan dunia..? berapa ramai yang di antara kita yang cuba bermati-matian mengejar kesenangan hidup di dunia, namun berapa ramai yang berusaha untuk kesenangan hidup di akhirat?..kita ingin kereta mewah, rumah bertingkat-tingkat dan pakaian yang berjenama dalam kehidupan ini..tapi mengapa tidak ada perasaan untuk itu semua di akhirat kelak?..urusan akhirat dibuat sekadar cukup makan sahaja...solat sikit, puasa sikit, baca quran sikit cukuplah..haha...begitu singkatnya pemikiran kita..untuk negeri dunia yang sekelip mata ini kita ingin lebih segala-galanya sedangkan untuk negeri akhirat serba sikit belaka..

Oleh itu, seimbangkanlah dunia dan akhirat kita..jangan terlalu mengejar dunia yang akan binasa ini sehingga kita melupakan akhirat yang kekal selamanya..namun, jangan pula meninggalkan dunia hingga kita menyusahkan orang lain..hidup berminta-minta dan seolah-olah tidak menghargai nikmat dunia cipataan Tuhan...sebaiknya ambillah dunia sekadar keperluan dunia dan carilah bekalan akhirat selagi punya waktu..kerana hidup hanya sekali..

p/s: cerita 3 pancang ini didapati melalui kuliah maghrib di Surau Al-Azhor,Sg.Buaya sebentar tadi..andainya ada nas keseluruhan hadith daripada pembaca mohon perkongsian...tq..