Monday, February 1, 2010

TeRiMa KaSiH

Ucapan yang tidak sukar dilafaz namun sukar dikeluarkan oleh sesetengah orang. Mungkin kerana terlupa atau sebagainya. Sebelum diriku tergolong dalam kacang yang lupakan kulit, biarlah kuluahkan rasa hati ini.

Sebelum itu infiniti kesyukuran kurafakkan ke hadrat Ilahi atas segala ketentuanNya ke atas diri ini. Kita hanya mampu merancang, namun Dialah sebaik-baik perancang dan segala yang berlaku atas kehendakNya. Mungkin diri ini belum mampu memikul tanggungjawab itu.

Walaupun tidak terpilih menjadi ahli Majlis Perwakilan Pelajar di FST, jutaan TERIMA KASIH kuucapkan buat rakan-rakan yang memberi kepercayaan kepada diri ini. Sokongan anda amat dihargai. Semoga mereka yang terpilih bakal menjaga kepentingan kita bersama di FST ini. Genggam bara api biar sampai jadi arang dan bukan hangat-hangat tahi ayam. Semoga harmoni FST yang kita cintai ini.

Segunung kasih kuhadiahkan buat teman-teman yang telah banyak berkorban masa dan tenaga dalam membantu diri ini sepanjang tempoh PRK..semoga Tuhan menilai dan merahmati segala jerih payah anda semua. Tiada yang dapat kubalas melainkan ucapan TeRiMa KaSiH buat semua..maaf atas segala kekurangan diri ini..
.

Wednesday, January 20, 2010

Mahasiswa Fleksibel

Memetik kata-kata ibnu Taimiyah yang bermaksud seandainya masih tersisa sebutir batu, maka usahakanlah untuk tidak diberi kepada musuh. Bicara beliau ini terungkap dalam peperangan menentang tentera Tartar yang dipimpin oleh Raja Qazan.

Umat Islam ketika itu berpihak kepada beliau setelah duduk di dalam dilema menetang Raja Qazan yang juga seorang muslim tetapi menentang umat Islam lain untuk meluaskan pengaruhnya. Maka, tampillah ketika itu seorang mujadid dalam ilmu agama, pemidato yang hebat, intelek (ulama') yang disegani serta penggerak terulung dalam peperangan bernama Ibnu Taimiyah. Sikap beliau inilah yang harus dicontohi oleh mahasiswa dan mahasiswi dewasa ini.

Mahasiswa kini harus melangkah lebih jauh. Harapan setinggi langit, usaha seluas lautan. Kita bukan hanya perlu menguasai bidang di pengajian masing-masing, tapi turut mendalami ilmu-ilmu lain seperti kepimpinan, pengurusan dan teknologi semasa. Bagi yang bergelar muslim, ilmu agama harus selari dengan ilmu yang lainnya dan tidak wajar dibelakangi. Kita juga harus lahir sebagai mahasiswa/i yang intelek, proaktif, tinggi dengan nilai moral serta sikap menyumbang untuk kebaikan agama, bangsa dan negara dalam menyahut seruan sebagai
mahasiswa minda kelas pertama.

Marilah kita bersatu berubah membina tamadun terbilang dan memakmurkan alam ini kerana itu adalah amanah bagi mereka yang bergelar manusia. Usah biar persekitaran menjajah dan menghalang pemikiran bercambah. Mahasiswa agen perubah, pemimpin dimensi masa depan.



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


*rujukan=50 kata-kata tokoh berpengaruh disebaliknya karangan Ust. MOhd Dzulkhairi Mohd Noor

Thursday, January 14, 2010

bahana gurauan

tidak ku nafi diri ini suka bergurau. dari bualan bersama teman hinggalah bersama orang yang lebih tua. ku berpendapat bahawa gurauan itu perlu dalam mengeratkan hati dan menghilangkan stress selepas seharian belajar mahupun bekerja. Namun diri ini silap.

segala aspek harus dilihat sebelum bergurau. menurut pengalaman hidup kini, 3 aspek penting perlu diambil perhatian sebelum bergurau. suasana, perkara dan orang yang terlibat. suasana merangkumi masa dan tempat kita berada. takkanlah time solat @ meting kita nak wat lawak..tak sesuailah. perkara pula melibatkan cerita mahupun subjek yang dibawa dalam gurauan. pastikan ia tidak menyentuh sensitiviti mane2 pihak..termasuk juga agama,ia bukan bahan gurauan. orang yang terlibat ialah mereka yang kita ajak bergurau kerana 'rambut sama hitam, namun hati lain-lain'. penerimaan setiap individu berbeza terhadap gurauan kita. contohnya kebanyakan lelaki telah terbiasa dengan gurauan yang kasar.

maka berhati-hatilah dalam bergurau. bergurau itu tidak salah kerana Rasulullah s.a.w juga turut bergurau dengan sahabat2 baginda. contoh termudah adalah apabila baginda menyatakan kepada sahabat yang menaiki ibu unta bahawa beliau menaiki anak unta. sahabat itu pelik dan berkata bahawa dia sedang menaiki ibu unta. namun baginda terus menyatakan bahawa itu adalah anak unta dengan penjelasan bahawa unta dewasa itu juga merupakan anak unta kepada unta yang lain. amat berhikmah serta tingginya tahap intelek gurauan baginda. inilah yang seharusnya dicontohi oleh mahasiswa yang memiliki tahap IQ yang hebat serta umat islam umumnya dewasa ini. bukan hanya terikut-ikut dengan lawak bodoh yang tiada membawa makna.

moga peringatan ini dapat dikongsi bersama anda semua walaupun sukar bagi diriku ini. terutamanya aspek ke-3 yang kunyatakan kerana tidak mudah membaca hati orang lain. ia tak semudah melihat ikan di air tenang. hati manusia mudah berkocak umpama plastik yang dihanyut ombak. andai ada yang pernah terasa dengan gurauanku sebelum ini, izinkanku memohon ampunan daripada kalian..kerana ku tak tahu nafasku walau sesaat selepas ini..wassalam.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Tuesday, January 5, 2010

kalimah Allah...Penggunaannya oleh Non-muslim.

Ia menjadi topik hangat apabila akhbar terbitan gereja menggunakan kalimah Allah sebagai ganti kepada perkataan God. Tambahan pula ia mendapat kelulusan pihak mahkamah KL. Majoriti daripada umat Islam membangkang akan perkara ini. Tahniah buat seluruh umat Islam di Malaysia yang peka akan perkara ini. Anda telah berjaya menjaga kesucian nama Tuhan Yang Maha Esa. Namun jangan kebangkitan ini untuk politik mahupun kepentingan diri semata, biarlah ia demi Agama.

Tetapi jika dikaji secara terperinci, fenomena ini juga membuktikan betapa lemahnya umat Islam di Malaysia kini. Kita terpaksa menggunakan undang2 untuk menjaga iman dan akidah kita semua. Mengapa hal sebegini boleh berlaku? Adakah umat Islam di Malaysia mudah terpesong jika orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah? renung2kan saudaraku sekalian.

Kebanyakan kita ibarat tin kosong yang berlabelkan Islam. Hanya nama tertera di IC sahaja Islam, namun hakikatnya tiada bukti keislamannya dari segi pertuturan mahupun perbuatan kerana itu yang jelas kelihatan. Nama sahaja Islam tetapi meneguk ARAK. Nama sahaja muslim tetapi pergi BERJUDI. Nama sahaja Abu & Aminah tetapi ditangkap sedang berzina. Inilah realiti umat Islam kini. nama tak menggambarkan iman seseorang.

Islam kini hanya agama turun-temurun. ibarat puak arab jahiliyah yang yang mengikuti agama nenek moyang mereka berdekad lamanya. Tiada pemahaman serta pengamalan Islam yang jelas oleh kebanyakan insan yang bergelar muslim/muslimah kini.

Ingatlah saudaraku. Islam tidak memerlukan kita tapi kita yang perlukan Islam. Ia panduan dalam membentuk kehidupan harmoni di dunia dan akhirat. sedikit pun kemuliaanya takkan tercemar walau kita semua menolaknya kerana ia adalah agama disisi Allah. kitalah yang hina seandainya meninggalkannya, namun kitalah insan yang mulia jika beramal dengannya.

"wahai orang2 yang beriman, bertaqwalah kamu dengan sebenar2 taqwa & janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan muslim" (ali-imran:102). sedarlah wahai saudaraku. dalamilah agama Islam serta beramallah dengannya. usah biar dirimu menjadi tin kosong itu.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Wednesday, December 23, 2009

azam baru...

Ahad lepas (20/12) bermulalah kemasukan siswazah ke UKM untuk mendaftar kolej. Tapi dalam masa yang sama jasadku berada di Kuala Krai,Kelantan untuk kerja lapangan. Tahun akhirlah katakan. Walaupun hujan lebat spanjang hari, kerja tetap diteruskan sehingga badan ini terasa sebati dengan air hujan. Namun,dalam tika itu juga tahun hijrah telah melangkah pantas mendahului tahun masihi.

Kini telah masuk tahun ke 1431 H. Tahun baru buat umat Islam seluruh dunia. Ada surau2 & masjid2 yang buat solat hajat agar dikurniakan kebaikan sepanjang tahun ini. Tentu ramai yang memasang azam baru.Tambahan lagi dikaitkan pula dengan peristiwa hijrah, mesti ramai yang tanam niat untuk berhijrah ke arah yang lebih baik. Tentu sahaja kerana sesungguhnya berperang melawan hawa nafsu adalah peperangan yang paling besar. Lebih besar dari perang melawan kaum kafir yang tegar memusuhi Islam. Namun itu bukan alasan untuk kita tidak turut berperang. Kita akan turut dipersoalkan tentang tiap titis darah saudara kita yang ditumpahkan.

Kembali kepada azam baru. Hati ini berazam menjadi mukmin sejati. Walaupun diri ini berada dalam lingkungan sains & teknologi, ia bukan penghalang untuk mencari ilmu agama. Ia adalah kewajipan buat kita semua (fardhu ain). Tambahan lagi diri ini seorang lelaki yang bakal punyai isteri dan anak2. Andai jahil mereka, maka dosa kejahilan itu akan terletak bahu ini.sedarlah wahai kaum sejantina denganku.

Ayuh kita cuba laksanakan azam masing2 dengan segala kudrat dan pemikiran yang kreatif lagi kritis. Kita hanya merancang, namun Tuhan yang menentukan. Oleh itu, jangan lupa untuk berdoa serta bertawakal kepadaNya..

Salam Tahun Baru Hijrah saudara2 seagamaku..(",)




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Sunday, December 6, 2009

layakkah aku menjadi kekasihnya?

teringat plak kt surah Al-Asr(demi masa).surah yang pendek namun mendalam maknanya.mengingatkan manusia antara ciri2 kekasih Allah di atas muka bumi.

hurm..brapa banyak masa yang kita habiskan untuk mengingati Pencipta kita?
10 mnt?20minit?adakah lebih daripada chating di facebook @ ym? Alangkah beruntung mereka yang bisa mengingatiNya setiap masa.ya..masa yang ada kredit di sisiNya.

sesungguhnya hati ini pernah berjanji untuk mengingati Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Penyayang dalam setiap denyut nadi,dalam setiap degupan jantung ini.kerana itulah yang dilakukan oleh kekasih2 Allah dia atas muka bumi. dunia ini bukan untuk orang2 yang beriman. Ia umpama penjara. banyak yang tak boleh buat.itu tak boleh, ini tak boleh. Tapi ianya berbaloi kerana pantang-larang yang seketika di dunia ini akan diganjarkan dengan kebebasan yang infiniti di syurga kelak. sifir yang mudah,dunia=penjara (orang beriman) & syurga (orang kafir,munafik,fasik)..akhirat= syurga(orang beriman) & penjara yang amat dahsyat (orang kafir,munafik,fasik).

namun,bisakah diri ini menjadi kekasih Allah yang menjadi banduan di dunia namun tetamu Allah yang dihormati ketika di akhirat kelak?..hurm..ayuh sedar teman2ku. dunia ini sementara sedang akhirat itu selamanya..

renung2kan dan selamat beramal..(",)


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Friday, December 4, 2009

boleh ke doakan keburukan atas orang lain?

Pada dasarnya kita diharuskan berdoa, lebih2 lagi mendoakan kebaikan ke atas orang lain. why?
bila kita mendoakan orang lain, malaikat pula akan mendoakan kita dan malaikat itu makhluk yang paling taat pada Allah. maka, lebih mudah doa kita dimakbulkan, Insya-Allah.

persoalannya, bolehkah kita mendoakan atas keburukan orang lain?

hurm..persoalan yang agak menjerat. apabila kita dengar, tentu kita akan marah dengan orang berbuat demikian. namun, jangan telalu marah hingga kita terlupa mencari sebabnya. Bertenang dan cuba lihat secara halus. adakah bersebab perbuatannya itu??andai secara suka-suka, maka memang patut kita semua berasa marah. Tapi andai orang yang berdoa itu adalah golongan yang dizalimi, maka wajarlah dia bertindak sedemikian rupa.

kita perlu ingat, doa orang yang dizalimi adalah setara dengan doa seorang ibu kepada anaknya dan orang yang berpuasa hingga tiba waktu berbukanya yang tiada hijab pada doa2 ini, jika diizinkan Allah. doa ini sebagai pengajaran kepada orang yang berlaku zalim agar segera bertaubat disamping pengajaran kepada orang lain agar tidak berlaku zalim.

bukalah mata hati kita semua..jangan sampai orang yang zalim terus dijulang tinggi serta disanjung2 sedang orang yang teraniaya terus ditindas serta dicerca-hina. Takut2, kita turut disoalkan diakhirat kelak kerana menyokong kezaliman dan takut2 juga bala Allah yang menimpa penzalim itu turut tertimpa ke atas kita.

renung2kan dan selamat beramal..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini